Saturday, November 20, 2010

Opick-Rapuh

Artist : Opick
Lirik Lagu : Opick - Rapuh


Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku


meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu


maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertakhta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Monday, November 15, 2010

KEnaPE WAnITA MeNangiSSS?


Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, ''Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "sebab ibu adalah perempuan nak.."." saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. " Nak engkau takkan mengerti.."

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya."Ayah,kenape ibu menangis?""Ibumu menangis tanpa alasan yang jelas.Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."jawab sang bapa.

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya..mengapa perempuan menangis?Hingga pada satu malam,ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, " Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya terasa seolah mendengar jawapannya :

"SaatKu ciptakan wanita,Aku menjadikannya sangat utama.Kuciptakan bahunya,agar mampu menahan semua beban dunia dan isinya,walaupu jua bahu itu harus cukup nyaman dan lembut menahan kepala bayi yang sedang tertidur."
"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi, walau kerap berualangkali menerima  cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar."
"Kuberikan keperkasaaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang berputus asa."
"Kuberikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit,walau penat,tanpa keluh kesah."
''Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam keadaan apapun.Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya''
''Kuberikan kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya.Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tidak terkoyak.
"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan walau seringkali pula ia akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar,saling melengkapi dan saling menyayangi..."

Monday, November 1, 2010

Salam Imtihan.:-)



Assalamualaikum kepada semua pengunjung..

Masa itu emas...tidak kusangka semester ini akan berakhir begitu cepat...maka sesiapa yang rasa apa yang aku rasa...itulah salah satu petanda hari Kiamat. Ya Allah..adakah aku sudah bersedia menghadapinya...Sebenarnya banyak yang aku ingin kongsikan...aku pun tidak menyangka banyak aktiviti dan program yang aku sertai pada semester ini...hinggakan aku rasa hujung mingguku bukan untuk diriku malah untuk program-program yang aku sertai. Bermula dengan Sembelihan Halal  (Slacos'10), Konvokesyen Festival (C-Fest)-Bicara Siswa, Program Perkampungan Orang Asli (Epos'10),  I'dad Murabbbi, Pelancaran Konvoi Kami Prihatin, Fasilitator Kem Bestari Solat di SMRA Kuala Klawang, Jelebu dan sehinggakan dikala aku menanggung kesakitan yang semkin bertambah , atas kehendak ibu aku sertai juga Kursus Keusahawanan Membuat Kek Cawan, walaupun pada masa yang sama jauh dari sudut hati rasa rugi tidak mengikuti program yang aku rasakan amat berguna pada diriku.. Namun setinngi kesyukuran aku panjatkan kepadaMu.Alhamdulillah...Ya Allah..ku mohon padamu moga aku blaja sesuatu dari program2 tersebut. Hambamu ini insan lemah Ya Allah..sentiasa lupa ..ingatkanlah aku.. Kini aku semakin mengerti tentang kehidupan duniawi yang fana ini..Pelbagai ragam manusia yang kujumpai dan aku yakin akan kutemui banyak lagi ragam manusia dalam perjalanan menuju redhoMu ini yang adakalanya bersimpang dengan sifat kemanusiaan itu sendiri. Nauzubillahimizalik...lindungilah aku dari syaitan yang direjam.

"Ya, kita  berbahagialah kerana Allah telah memilih kita  berada dijalan ini. Allah telah mengistimewakan kita menerima nikmat kerana ini adalah kurniaan terbaik yang kita terima setelah kurniaan keimanan kepada Allah. Kurniaan yang tidak akan kita dapat kerana nasab, status, harta, mahupun ilmu. Tapi ia semata-mata kerana kurniaan Allah Yang Maha Rahmat, menuntun langkah kita sampai di sini, di jalan ini dan pada detik ini. Sesungguhnya apa yang kita lalui hanyalah catatan kecil dari perjalanan panjang kita agar kita lebih merasakan kesyukuran dan ketundukan kepada Allah atas kurniaaNya dalam kebersamaan ini. Moga kita bertemu lagi dalam perjalanan menuju Allah di dunia mahupun di akhirat."



Saje nak kongsi cerita menarik dalam emel yang kudapat..moga santai2 dalam minggu study week ini...Selamat Menghadapi Imtihan di Dunia mahupun di Akhirat kepada rakan-rakan seperjuangan. Jom baca..Sekadar gambar hiasan..

Posted by: "Hurul Mardhiyah" hurulmardhiyah@yahoo.com   hurulmardhiyah
Sat Oct 30, 2010 8:00 am (PDT)


Assalamualaikum dan selawat ke atas Nabi Muhammad Shalallahu Alaihi Wasallam


Maka tersebutlah kisah seorang guru sekolah rendah yang telah memegang fahaman 

Atheis (tidak mempercayai wujudnya tuhan). Suatu hari, sebelum memasuki kelas 

dia dilihat duduk termenung di balkoni sebelum memasuki kelas tahun 1 Aktif. Dia 
murid-muridnya mengenai ketidakwujudan tuhan di muka bumi ini. Dia mahu 
meletakkan anasir buruk dalam pemikiran muridnya meragui kewujudan tuhan. Perah 
punya perah keringat otaknya itu, maka muncullah suatu idea yang agak rasional 
dan mudah pendekatannya. Dia tersenyum kambing lantas terus menuju masuk ke 
kelas tahun 1 Aktif itu.

Seusai ucap selamat diberikan oleh seluruh isi kelas. Guru itu memulakan
 
pengajaran dengan membawa set induksi yang telah difikirkan sebentar tadi.
 
Dikeluarkan sebatang pen dan ditunjukkan kepada murid-muridnya. Diangkatnya
 
dengan agak tinggi agar semua murid dapat melihatnya.

Guru : Murid-murid, cikgu nak bertanya, apakah benda ini?

Murid : Sebatang pen!

Guru : Bagus! Dia wujud kan dihadapan kamu?

Murid : Wujud!

Guru : Ha…ianya wujud kerana kamu nampak ia.

Terukir sekuntum senyuman penuh makna. Lalu disorokkan pen itu ke dalam
 
poketnya.

Guru : Ha…sekarang kamu nampak tak pen tu?

Murid : Tak!

Guru : Maknanya pen tak….?

Murid : Tak Wujud cikgu! Pen tidak ada!

Guru : Pandai kamu semua! Baiklah..sekarang cikgu mahu kamu semua cari di
 
sekeliling nampak di mana-mana adanya Tuhan?

Murid-murid pun mulalah mencari-cari disekeliling mereka untuk mencari ‘objek’
 
tuhan!

Guru : Kamu semua percaya tuhan kan? Carilah dimana-mana, bawah meja ke? Diluar
 
tingkap ke? Tak pun didalam tong sampah barangkali?

Sudah puas murid-murid mencari namun tidak jumpa juga ‘Tuhan’ yang dimaksudkan.

Murid : Penatlah cikgu! Tak nampak pun tuhan?

Cikgu : Tak jumpa ke? Ha…kamu tidak nampak pun kan tuhan tu dimana-mana?
 
Maknanya….tuhan itu tidak….?

Murid : Tuhan tidak wujud cikgu! Tuhan tidak ada cikgu!

Guru tersenyum puas, akhirnya dia berjaya memasukkan keraguan biarpun dalam
 
keadaan yang sedikit dan simple.

Tiba-tiba, seorang murid angkat tangan, Ariff namanya.

Guru : Kenapa kamu angkat tangan Ariff?

Ariff : Saya nak tunjukkan sesuatu pada semua.

Guru : Baiklah, kamu boleh ke hadapan.

Dia berdiri betul-betul bersebelahan dengan cikgunya.

Ariff : Kawan-kawan nampak tak cikgu di sebelah saya?

Murid : Nampak!

Ariff : Baiklah…sekarang saya nak kawan-kawan cari dimana letaknya otak cikgu?

Murid : Mana nampak lah ariff!

Ariff : Haaa…kamu tak nampak ya? Saya pun tak nampak! Maknanya…cikgu tidak ada…?

Murid : Cikgu tidak ada otak! Otak cikgu tidak wujud!

Ariff : Pandai kawan-kawan saya!
 

Guru tersebut merah padam mukanya menahan 
 malu, terus keluar dari kelas. 
Aii..cikgu! ingatlah Allah Laisa Kamislihi Syaiun!
sedang berfikir cara dan pendekatan yang paling sesuai untuk menyedarkan 


Wallahualam... minta ampun atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan..doakan kejayaan kita bersama..salam imtihan untuk semua...:-)










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...