Tuesday, December 21, 2010

Kau Memang Ahli Neraka?


 
Bismillahirrahmanir rahim.... .
Adakah benar kita tahu seseorang itu akan masuk neraka jika mereka sememangnya seorang yang zalim? Sudah tentu tidak. Kali ini kita akan belajar dari sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah. Bagaimana Allah yang maha penyayang dan maha pengasih sentiasa membuka pintu taubat
kepada hambanya yang leka.

” Al-kisah, pada suatu hari Umar r.a mendapatkan Rasulullah SAW sambil menangis: Rasulullah SAW : Wahai Umar, apakah yang membuat engkau sehingga menangis? Umar :Ya Rasulullah, ada seseorang di muka pintu ini yang telah membakar hatiku. Rasulullah SAW : Ya Umar, bawalah dia masuk. Lalu Umar membawa pemuda itu masuk sambil menangis.

Rasulullah SAW : Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis? Pemuda : Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang besar! Aku sangat takut kepada ALLAH SWT yang sangat murka kepadaku. Rasulullah SAW : Apakah kamu telah mempersekutukan ALLAH?
Pemuda : Tidak, ya Rasulullah. Rasulullah SAW : Apakah kamu telah membunuh jiwa yang kamu tiada hak untuk membunuhnya? Pemuda : Tidak, ya Rasulullah. Rasulullah SAW : Maka ALLAH SWT akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit.
Pemuda : Wahai Rasul ALLAH, aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukitnya. Rasulullah SAW : Apakah dosamu itu lebih besar dari Al-Kursi?Pemuda : Dosaku lebih besar.
Rasulullah SAW : Apakah dosamu lebih besar dari Arsy? Pemuda : Dosaku lebih besar.
Rasulullah SAW : Apakah dosa kamu lebih besar dari dimaaf oleh ALLAH? Pemuda : MaafNYA lebih besar. Rasulullah SAW : Sesungguhnya tidak ada siapa yang dapat mengampunkan dosa besar kecuali ALLAH YANG MAHA BESAR, yang BESAR keampunanNYA. Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang telah engkau lakukan? Pemuda : Aku malu hendak memberitahumu, ya Rasulullah. Rasulullah SAW : Beritahu aku apakah dosamu itu (Sedikit tegas!) Pemuda : Begini ya Rasulullah, kerjaku adalah sebagai penggali kubur. Aku telah melakukan kerja menggali kubur selama tujuh tahun. Pada suatu hari, aku menggali kubur mayat seorang gadis dari kaum Ansar. Setelah aku menanggalkan kain kafannya, maka aku tinggalkan dia. Tidak jauh aku meninggalkannya, maka naiklah nafsuku. Oleh kerana tidak dapat menahan
nafsu, aku kembali kepada mayat tersebut lalu menyetubuhinya. Setelah aku memuaskan nafsu, maka aku tinggalkan dia. Belum jauh aku beredar dari situ, tiba-tiba mayat gadis itu bangun dan berkata, “Celaka betul kamu, wahai pemuda! Tidakkah kamu berasa malu pada Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kelak! Bila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut oleh yang teraniaya! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada ALLAH SWT dalam keadaan junub!” Rasulullah SAW : Hai orang yang fasik! Memanglah layak kamu masuk neraka dan keluarlah kamu dari sini.Maka keluarlah pemuda itu.

Selama 40 hari pemuda itu memohon ampun kepada ALLAH dan pada malam yang ke-44, dia memandang ke langit sambil berdoa,” Ya ALLAH, Tuhan kepada Rasulullah, Nabi Adam dan ibu Hawa, jika ENGKAU telah mengampunkan aku, maka beritahulah Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Jika tidak, maka kirimkan
kepadaku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku dari siksa akhirat.”

Tidak beberapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibrail
mendapatkan Rasulullah. Selepas memberi salam:

Jibrail : Wahai Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu.
Rasulullah SAW : Ialah Assalam dan daripadaNYA salam dan kepadaNYA segala
keselamatan.
Jibrail : ALLAH SWT bertanya, apakah kamu yang menjadikan makhluk?
Rasulullah SAW : ALLAH lah yang menjadikan segala makhluk.
Jibrail : Adakah kamu yang memberi rezeki kepada makhluk?
Rasulullah SAW : ALLAH lah yang memberi rezeki kepada aku dan
makhluk-makhluk lain.
Jibrail : Apakah kamu memberi taubat kepada mereka?
Rasulullah SAW : ALLAH yang menerima taubat dariku dan mereka.
Jibrail : ALLAH BERFIRMAN, maafkanlah hambaKU itu kerana AKU TELAH
MENGAMPUNKANNYA.

Maka segera Rasulullah SAW memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya
bahawa ALLAH telah menerima taubatnya dan mengampunkannya.”

Pengajarannya, pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang mahu kembali
kepada Allah dan Rasul-NYA. Janganlah terjerumus ke dalam kancah maksiat
kerana terasa diri sudah TIDAK BERGUNA & TIDAK DAPAT DIAMPUNKAN
LAGI……….selagi ada hayat, berusahalah untuk kembali kepada Allah seberapa
segera yang boleh.

Janganlah mengungkapkan kata2 seperti ini:

“Jahatnya orang ini, dia ni memang ahli neraka!”

“Kau memang layak masuk neraka!”

Ingat, bukan kita yang menentukan siapa ahli syurga atau siapa ahli neraka,
janganlah soal ini dijadikan bahan gurauan atau ejekan. Sesungguhnya Allah
bila-bila masa sahaja boleh mengubah seorang kafir memeluk Islam dan
memasukkannya ke dalam syurga, dan bila-bila masa sahaja boleh memilih
seorang Islam bertukar agama lain dan memasukkannya ke dalam neraka..Wallahualamm.(Taman2Syrga)

Saturday, December 11, 2010

Bile Malaikat doaKan Kitee???



Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. 
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9 . Orang yang membelanjakan harta (infak). 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.

Peringatan. Solat itu wajib, jgn biarkan diri dimamah usia dengan kekosongan rohani. Isikanlah dengan zat-zat yang berguna. Sebaik-baik rumah adalah Syurga. Sewanya dibayar dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Seburuk-buruk tempat adalah neraka. Hindarkanlah dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur yang luas kerana solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur yang sempit kerana tidak solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Lakukan sebaik mungkin yang wajib, insyaalah yang sunat pun akan berkat. Amin.



Sumber: TAman2sYurga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...