Wednesday, February 2, 2011

MELIHAT..MENDENGAR..MENTAFSIR..



Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah..syukur di atas nikmat dan inayahMU..
Walaupun aku balik agak lewat dari kawan2 seperjuangan, aku lagi terkesan kepada sahabat2 yang sanggup tidak balik ke rumah.Tahniah kepada sahabt2 yang ketika sahabt lain berseronok bercuti bersama keluarga,anda pula bercuti di USIM..Kagum sungguh aku. Aku tahu bukan senang mahu menahan gelora rindu kepada mak dan abah serta adik-beradik..Namun itulah lumrah kehidupan..Tabahnya sahabat2 ku.Namun bagi aku, tabah lagi kepada sesiapa yang menanggung gelora rindu kepada kekasih@buah hati tercinta…betul tak..Ya Allah, bagaimana aku nak jadikan rindu kepd  Engkau lebih dari segala-galanya..Ya Allah janganlah engkau biarkan hati ini merindui makhlukmu lebih dari rinduku padaMU.Aku takut Ya AllAh.
                
 Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Al-Ankabut: 21)
Perjalanan pulangku agak menarik cuti kali ini. Dapat juga aku mengamati sedikit  sebanyak telatah haiwan yang boleh berkata-kata ini.Namun aku akui perjalanan ke pulang dari Terengganu adalah lebih seronok walaupun jauh... Seawal 8 pagi aku dan Nasyrah bersiap untuk pergi ke stesen Bas Bukit Jalil. Agak kurang bernasib baik kerana bas biru RM1 baru sahaja pergi . Terima kasih K.Da kerana beritahu,semoga lulus ujian JPJ .Namun tiada masalah pun andai ketinggalan bas, Cuma perlu menunggu satu jam je lagi..Aku melihat asrama Akasia semakin lengang. Yang menariknya aku terkesan dengan sikap pengawal keselamatan yang menjaga hostel kami .Betul lah kate orang kalau  hati nak buat baik dan dapat pahala di mana2 je boleh dapat janji ada usaha. Aku bersyukur kerana hari ini , mataku dapat menatap sekeluarga kucing yang sangat comel yang hidup di dalam longkang .Betul, sangat comey..aku membelai2 anak kucing yang manja tu. Tapi tertanya-tanya mungkin die kelaparan..yela duduk dalam longkang..tapi badannya gebu dan gemuk..kenape ye..dalam keadaan perasaan meronta mahu membawa ank kucing ni balik Perak kerana sanagt kesian..P.cik pengawal pun datang dan member fishkis kepada kucing2 tu…P.cik pun citelah..sape lagi nak bagi kucing2 tu makan..kesian.daripada p.cik tak de wat pape mengadap bangunan ni..x salah kan p.cik bagi…dalam hatiku berkata..baiknya P.ciK. P.cik pun cite la bahawa sebelum2 ni ada orang dah amik sekor anaknya…oooo..he2…tiba2 bas RM1 dah datang..adus…camne nak bawak anak kucing ni balik..tersanagt comeyyyy dan kesian…xpela..sabo jela..g main puas2 BLACK ngan Coki bile sampai rumah nanti..lagipun ada orang yang member mereka makan…
                Perjalanan ku sudah bermula..sangat seronok kalo kita amik iktibar dalam perjalanan.Semasa di dalam komuter..  aku teringat dulu ada like India Muslim dengan anaknya yang comey..namenye Adam..sangat talkative..Aku ngan Aini pun main2 la acah2 ngan die…tetibe seorang Chinese masuk dalan KTM..tetibe Adam pandang lain je kat amoi ni n terus  berkate.. “Ibu2.. kakak tu x pakai seluar la ibu”..…mak die ape lagi..tutupkan la matenye…dan terus bagitau kitorang yang Adam ni x pernah tengok orang pakai seluar pendek..even mak die pun tak penah pakai kat umah..bagusnya didikan Si Adam ni..tapi inilah hakikat dunia wahai Adam.
                Lagi aku melihat..dan bermonolog sendiri sambil mata melilau melihat kejadian Pencipta..Ya Allah..tidak mengertikah atau tidak sedarkah mereka2 yang memakai tudung ni  bahawa tiada bezanya seorang Muslim yang berpakaian ketat, dengan mencukur alis dengan kaum non Muslim yang berdiri disebelah mereka...nak je aku tampal poster2 ke ayat Quran kt dalam KTM ni bagi diorang sedar..juga kepada diri ku juga. Inilah dunia yang penuh dengan kepalsuan dan penipuan.

                Jalan pun bas ni setelah 1 jam 30 delay..bas tambahan pun tambahn la…nasib dapat balik hari ni…di saat meninggu hampir 2 jam kat tempt duduk di depan kaunter Bukit Jalil tu..cadangnya nak bace buku research method dan mencari ilham tajuk ape untuk proposal..tapi…ada je bas Rapid KL berhenti kat depan..ada sesuatu yang menarik perhatianku…aku melihat setiap kali bas RapidKL datang dan berhenti, ulat2 tiket .sibuk la ..Tanya nak balik mana..nak balik mana…mai2 beli tiket…..nampak..kat mane2 pun boleh cari duit tau..hatta sampai atas bas diorang jual mineral water…dapat gak duit…hanya orang2 yang pandai dan berusaha sahaja mengerti ..Ok berbalik pada ulat2 tiket tadikan..aku kesian dengan Mat2 & Minah2 Salleh yang turun bas tu…dibiarkan sahaja mereka termangu2 tanpa layanan..biasala..same je kita kalo nun tercampak kat tempat orang..mesti termangu2 juga..so consider la..ape yang kite rase same je diorang rase betul x??..layan la diorang jugak..last2 diorang dapatla nek bas buruk..coz bas mewah2 dah dibeli oleh rakyat tempatn ….sepatutnya..aku rasakan cara ini patut diubah umumnya kepada masyarakt Malaysia…
                Di dalam perjalanan aku mendoakan moga perjalanan ini dilindungi Allah..tiba2 bas kami berhenti di tepi hinghway yang sesak..para penumpang mula gelisah kerana pemandu bas terus keluar..hampir 15 minit kami tertanya2 apa yang terjadi dan pemandu bas tu pun masuk dan mengatakan die di saman…apakah sebabnya ya..aku pun  x tahu..janji bas kami telah meneruskan perjalanan..Aku amat mengambil iktibar bagi cuti perayaan ini..Buat perancangan awal dan beli tiket awal2..xdela terpaksa naik bas yang aku sendiri ragu akan status pemandu dan keadaan bas itu sendiri.
                Di dalam bas, aku berpindah tempat duduk ke sebelah kak Nor yang aku sendiri  tidak mengenalinya sebelum ini kerana mengelak untuk duduk bersama seorang lelaki yang sedang mencari2 tempat duduk. Kami bertaaruf dan Kak Nor telah memperkenalkan produk AuraLife kepadaku. Moga ada sinar dan keberkatan dalam pertemuan ini.
                Tiba di Teluk Intan,aku mengambil telefon bimbitku untuk memberitahu ibuke tetapi malangnya aku kehabisan bateri..Aku amat risau kerana semestinya akan tercetuslah huru hara di rumah nanti..Namun aku cuba menyabarkan diri. Sesampainya di tempat yang dituju aku terus mencari Public Phone dan telefon rumah untuk menjemputku..ibuku mengangkat dengan nada risau dan sanggup tidak pergi kelas agama kerana menantikan kepulanganku.. Minta ampun mak…Pengajaran yang aku dapat ialah sentiasa prihatin dan berfikiran jauh…Sangkaanku tepat sekali kerana ibuku menyalurkan kerisauannya kepada ayahku yang masih di tempat kerja…
                Esoknya aku bersendirian lagi keluar untuk menghidupkan lesen.Terus ke pejabat pos untuk membayar bil dan membuka ASB….selesai urusan aku pulang dengan perasaan dan fikiran yang penuh dengan tanda soal..yela..mane tidaknya aku beri RM100 untuk permulaan akaun tersebut..tetapi pihak mereka hanya tulis RM50..sebelum balik pihak pej.pos mereka mengambil no telefonku dan akan menghubungiku setelah mengira duit keseluruhan dan jika ada lebih akan menghubungiku kembali. Aku rasa aku masih waras dan  ingat lagi amaun yang aku beri ialah RM100. Namun aku pasrah dan redha bahawa jika Rm50 tu milikku dan rezekiku di dunia ini ..pulangkanlah Ya Allah dan jika ia bukan rezekiku di dunia ini maka Kau gantikanlah dengan lebih baik di akhirat sana..Amin .Aku yakin kerana dalam Al-Quran menyebut.


"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). (Hud:6) ..

Alhamdulillah sehinnga petang aku menunggu panggilan telefon dari pihak pej pos ..rupa2nya ada sedikit kecuaian di pihak mereka…Terima kasih Ya Allah mendengar permintaan hambamu yang kerdil ini…..Wallahualam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...