Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..
Syukur ke hadrat ilahi dengan berbekalkan Islam dan Iman insyaallah.. berkesempatan penulis untuk mencoretkan sesuatu sebagai "secangkir teh pengubat letih"..eh..kenape letih pulak...mentang2 la bln puasa....bukan maksud penulis begitu...cuma khusus kepada mereka-mereka yang sedang letih mencari rezeki, letih berdakwah, letih ditimpa ujian, letih mengharap, letih mencari jodoh.....opss..astagfirullahalazim...subhanallah...ketahuilah..mereka bukan letih sebenarnya...hikmah terbesar sedang menanti mereka..BERSABARLAH.....
Di pagi yg indah, terlihat ulat beluncas sedang bersarapan pagi dengan sup daun segar seperti di dalam pic... bonda mula merungut.... namun penulis teruja kerana melihat betapa cantiknya ekosistem yang berada di kawasan sekelilingku..Sungguh..jika ada pemangsa..semestinya ada mangsa..itulah adat dan lumrah kehidupan...mungkin keadaan tersebut adalah suatu bentuk "pelajaran" yang hendak disampaikan Allah, Tuhan Semesta Alam untuk diambil menjadi ibrah berkaitan dengan keunikan situasi yang penulis alami. Setiap orang berhak mentafsirkan gambaran masing-masing. Cerita tauladannya berbunyi begini...

"Ada seorang lelaki yang meminta rama-rama dan bunga daripada Allah. Setiap hari dia berdoa supaya Tuhan memakbulkan doanya. Dia sangat- sangat berharap dia akan memperoleh rama-rama dan bunga. Namun pada satu hari, Allah bagi dia pokok kaktus dan ulat beluncas. Lelaki itu sangat kecewa. Dia merintih kenapa Tuhan beri dia ulat beluncas dan pokok kaktus, padahal dia meminta rama- rama dan bunga. Semenjak itu, dia telah berhenti berdoa. Dia sangat kecewa dengan Tuhan. Lalu, dia membiarkan sahaja ulat beluncas dan pokok kaktus kerana doanya tidak dimakbulkan dan tanpa sedar masa berlalu. Detik demi detik, minit demi minit...
Sehinggalah satu hari itu, pokok kaktus itu mengeluarkan bunga yang sangat cantik dan juga ulat beluncas itu telah menjadi rama-rama yang berwarna-warni dan menawan.. Dan pada masa itulah dia sedar yang dia telah tersilap. Dia bersyukur teramat sangat dengan pokok kaktusnya yang telah berbunga dan juga ulat beluncasnya yang telah pun menjdai seekor rama- rama. Pada masa itu dia sedar yang Allah masih lagi memakbulkan doanya walaupun dengan cara yang dia tidak suka"
pengajaran daripada cerita tersebut: 'Tuhan telah memberikan kita sesuatu walaupun kita tidak suka walhal sebenarnya apa yang kita tak suka itulah yang menggembirakan kita ..dengar tuh...peringatan juga buat si penulis yg kerdil nih..=)
CINTA IBARAT ULAT BELUNCAS...
MENCARI TEMPAT TERTINGGI UNTUK BERTAPAK...
MELAHIRKAN BENIH YANG NANTI AKAN BERKEMBANG
MENJADI SANG RAMA-RAMA YANG INDAH DI PUNCAK TERTINGGI POKOK KASIH...
YANG KELAK TERBANG BEBAS DI UDARA RINDU
MENGHIRUP SECANGKIR MADU CINTA....
Ya Allah jadikanlah aku redha terhadap takdir yang Engkau tetapkan bagiku.Dan ampunilah aku terhadap apa yang Engkau kekalkan sehingga aku tidak suka mendesak apa yang Engkau lambatkan dan tidak melambatkan apa yang hendak Engkau segerakan....Amin..

No comments:
Post a Comment