Friday, July 30, 2010

Stesen TV terbaru akan muncul

Bissmillahirahmanirrahim..Dengan nama Allah yang lagi Pemurah lagi Maha Mengasihani

Pagi Jumaat yang indah ini aku dikejutkan dengan sekumpulan krew-krew TV ALHIJRAH di perkarangan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan.Ku terus mencuba nasib dengan dorongan rakan-rakan seperjuangan tanpa ku tanya lebih lanjut asal usul TV ALHIJRAH ini untuk di ujibakat.

Sungguh ku tidak menduga di Malaysia ini akan muncul satu lagi stesen TV terbaru iaitu TV ALHIJRAH. Jelas apa yang diaspirasikan oleh TV Hijrah. TV Hijrah bukan saja mahu menjadi sebuah stesyen TV yang mengeluarkan kandungan program tv yang selari dengan nilai Islam, malahan mahu juga setiap aspek di dalam pembikinan program tersebut daripada pra produksi hinggalah ke pos produksi mahupun dalam aspek promosi sejajar dengan nilai-nilai Islam. Kalau boleh artis yang melakonkan watak di dalam sesebuah drama tayangan TV Hijrah pun harus juga bersifat mulia di luar set.

Iklan-iklan yang bakal ditayangkan di TV Hijrah juga akan diterbitkan mengikut piawaian yang sesuai dengan Islam. Selain itu kandungan program juga mesti yang terbaik dan mendapat penerimaan baik dari para penonton.(sumber : FAZNITA'S territory )

Bagi pendapatku, sejajar dengan nama ALHIJRAH , yang bermaksud perpindahan atau perubahan, maka ini adalah satu wadah yang amat sesuai sebagai alternatif bagi menyelesaikan maslahah ummah seperti gejala sosial yang semakin berleluasa. Namun sejauh mana pun usaha kita, yang penting kita harus mencari kelainan dalam mengadaptasikan sesuatu rancangan supaya mudah sampai kepada penonton atau  mad'u.dan dapat mengubah rakyat Malaysia amnya daripada sikap baik ke buruk

Selain itu, inilah peluang kepad para muslimin atau muslimat yang syadid atau zuhud dan amat meminati bidang seni, sama-sama mengambil bahagian dalam pembikinan projek ini kerana mereka merupakan orang-orang penting yang dapat memantau dan menegur di mana cacat celanya dalam mencapai matlamat utama stesen TV ALHIJRAH ini. Namun perlu diingatkan bahawa kita mesti perbetulkan niat iaitu segalanya kerana Allah dan insyaallah marilah kita mendoakan kerja-kerja murni ini dapat terlaksana dengan jayanya.Semoga dipermudahkan segala urusan.

Jesteru, usaha murni ini sangat sejajar dengan Firman Allah dalam surah Ali Imran ,104

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٠٤) 

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (104)

Akhir kata, terima kasih kepada penggerak TV ALHIJRAH kerana sudi singgah ke USIM untuk mencari bakat-bakat baru ini.Semoga diri ini dapat menjadi salah seorang keluarga TV ALHIJRAH suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...