Tuesday, October 5, 2010

Selamatkann Merekaaa!!!



Assalamualaikum…
Sekadar luahan kata penguat jiwa untuk diri yang hina ini. Tidak dapatku gambarkan betapa bersyukurnya aku di atas nikmat yang Engkau berikan.Terima kasih kepada ayahanda dan bonda kerana mempercayai kemampuan anakandamu ini walaupun aku tahu jauh dari sudut hati mereka merisauai keselamatan anakandamu di sini. Namun apa yang dapat kuungkapkan untuk merendahkan suhu kerisauan mereka ¸hanyalah dengan sentiasa mendoakan diriku ini dalam keadaan selamat dan jauh dari musibah.
Alhamdulillah berkat kepercayaan ayahanda dan bonda , walaupun ada program lainnya pada masa yang sama, dapat juga sekali lagi aku mengikuti program ekplorasi Perkampungan Orang Asli anjuran SPMM iaitu sambutan hari raya. Semalam isu hangat yang dibincangkan dalam kelas adalah isu bercouple…tazkirah yang disampaikan oleh Sheikh Fadhil moga-moga berkesan . Daripada kita fikir couple kita..ni altenatif aku bagi….marilah kita sama-sama fikir masalah umat kita khususnya di Kg Tekir,Labu..Setahu aku ramai yang tahu program ini, namun yang berpeluang untuk pergi adalah kecil kerana memerlukan kenderaan sendiri untuk pergi ke kampung tersebut.Oleh itu,aku merayu dan menyeru kepada sahabat sekalian yang berkelapangan dan diiringi dengan hati yang ikhlas untuk sama-sama kita mengimarahkan Islam di kampung tersebut kerana mereka amat memerlukan kita di sana.Sungguh aku tidak dusta..!!
Aku berkesempatan berjumpa lagi dengan M.Cik Gayah yang banyak memberi nasihat dan membantu kami dalam keberlangsungan program ini.Sungguh aku tidak dapat gambarkan betapa gigih dan tabahnya beliau dalam menghadapi segala cercaan penduduk kampungnya sendiri dalam memberi kesedaran Islam.Marilah kita berfikir,wahai mahasiswa USIM yang semesti mempunyai ilmu setinggi gunung,adakah anda sedar bahawa ilmu itu adalah untuk orang-orang sekeliling kita seperti mereka hakikatnya.Sungguh jauh kesedaran kita berbanding M.Cik Gayah dalam mendepani masalah menyedarkan orang sekeliling kita Apa Itu Islam????
Dalam sesi temu ramah ku dengan Mak Cik Gayah….sungguh jelas pengharapan beliau untuk melihat wujudnya pembimbing di kampung mereka. Banyak isu-isu yang Mak Cik Gayah lontarkan dan sampai sekarang baik di pihak Pusat Dakwah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sendiri tidak ada penyelesaiannya.
Contohnya masalah pernikahan penduduk Islam dan paling merisaukan beliau jika adanya kematian penduduk Islam itu sendiri di kampung tersebut. Pihak berwajib seakan lepas tangan dengan kebajikan mereka dari segi pembinaan rohaniah.(mereka mendapat sumbangan barangan dapur).Aku diberitahu bahawa sudah ada 4 orang pasangan suami isteri yang sudah beranak-pinak dan hakikat sebenarnya mereka belum lagi berkahwin secara syariat ISLAM.Cuba kita fikir…apakah beza pasangan ini dengan artis-artis yang berkhalwat di hotel-hotel mewah…remaja-remaja yang minum arak…semestinya sama sahaja…mereka ini melakukan maksiat bukan??di manakah keadilannya..Walaupun Mak CiK Gayah telah mengutarakan masalah ini kepada pihak berwajib....namun harapan Mak Cik Gayah untuk mendapatkan penyelesaian adalah sia-sia.Mak Cik seakan-akan mengutuk orang-orang yang bertanggungjawab mengislamkan penduduk kampung itu ,tetapi tidak ada usaha untuk membimbing mereka….Nah..ayat-ayat itu sungguh berbekas di hati ku..seakan-akan aku yang bersalah..anda pula bagaimana wahai USTAZ dan USTAZAH di USIM yang hanya pergi ke kuliah,makan dan tidur….adakah anda sedar hakikat tanggungjawab anda??
Sekadar perkongsian,Mak Cik Gayah menceritakan tentang senario adat perkahwinan golongan orang asli ini di KG TEKIR. Bagi pasangan orang asli yang hendak berkahwin(TIDAK KIRA AGAMA),mesti dikehendaki menemui tuk batin (KRISTIAN)dan membayar adat iaitu memberi duit kepada tuk batin contohnya jika cucu tuk batin RM44 dan pasangan biasa RM25.50 dan ini termaktub dalam Lembaga Adat.
Cara-cara perkahwinan bayar adat ini (tuk batin kahwinkan) ialah tuk batin akan memanggil nama pasangan tersebut dan kemudiannya sah menjadi suami isteri ..itu sahaja.tiada cop dan surat.Kami bertanya lagi,bagaimana jika mengalami penceraian dan nafkah bagi pasangan yang beragama Islam.??M.Cik Gayah menjawab bahawa tiada istilah nafkah dan cerai di kalangan mereka dan orang asli ini sendiri boleh berkahwin seberapa ramai yang mereka mahu…(undang-undag apakah ini??)semestinya wanita masyarakat orang asli ini ditindas seperti di zaman jahiliyah dulu…Nauzubillahimizalik..Namun ,bermula tahun ini mereka dikehendaki membuat surat dan pengesahan perkahwinan.
Mak Cik Gayah seakan-akan putus asa kerana menyatakan sudah penat dalam mendapatkan penyelesaian masalah ini..Beliau juga memberitahu bahawa beliau rasa berdosa kerana masalah ini tidak diselesaikan..Wahai sekalian umat….baik di Pusat Dakwah , JHEOA DAN WARGA USIM sendiri yang mempunyai ilmu di dada..tidakkah anda juga berasa berdosa..???Kita ada tanggungjawab besar dalam memberi ilmu dan kesedaran kepada mereka…Ini hakikatnya!!!
Seterusnya aku tanya pada Mak Cik Gayah..sebagai penduduk kampung ,bagaimana cara yang M.Cik rasa masalah sebegini dapat diselesaikan???Mak Cik Gayah memberitahu bahawa sekurang-kurangnya wujud kerjasama untuk mengadakan majlis khusus umat Islam di Kg Tekir seperti panggil tuk kadi dan menikahkan mereka beramai-ramai di kg tesebut…dengan cara ini..dan bantuan M.Cik Gayah sendiri mereka yang dikenalpasti tidak dapat lari ….aku akui bahawa kedudukan geografi kampung ini juga menyumbang sedikit sebanyak dalam hal ini.
Masalah Kg Tekir menjadi-jadi apabila seorang ustaz yang diamanahkan menjaga kampung tersebut sudah berpindah ke tempat lain.Mak Cik Gayah menyatakan ketidakpuasan hatinya apabila sering mengajukan persoalan kepada jabatan ,siapakah yang akan membimbing mereka selepas Ustz Khalid namun tiada jawapan yang diberikan.Ini amat membahayakan masyarakat Islam di kampung Tekir kerana ketika ini ,tiada seorang untuk membimbing mereka .Masalah ini hampir berlarutan sehingga hampir 4 tahun.Bagaimana kalau anda sendiri selama 4 tahun tidak dibimbing dan tidak menerima makanan rohani …. Tidak dapat dibayangkan kehitaman hati yang dialami..
Sungguh jelas perjuangan M.Cik Gayah dalam memastikan walau 1/3 umat Islam di kampung tersebut mendapat bantuan dan kebajikan yang sepatutnya.Beliau mengalu-alukan kedatangan kita dan amat mengharap ada pembimbing untuk mereka.Yang lebih merisaukan beliau adalah anak-anak dan remaja Islam yang kian membesar.Bagaimana mereka dapat membesar bersama Islam dengan sempurna jika ketandusan ilmu Islam itu sendiri.
Akhir perbualan kami, Mak Cik Gayah sendiri mengatakan bahawa beliau bukan saja-saja mahu menjual masalah kampungnya sendiri…tetapi jauh dari sudut hati beliau, mengharapkan sinar Islam dan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi.Terima kasih M.Cik kerana berkongsi beban masalah bersama kami.Nah..apakah tindakan kita sekarang???Cuma ini sahaja yang dapat kukongsikan bersama teman-teman…walaupun cukup dengan kesedaran tentang masalah ini..namun apa yang paling baik adalah tindakan dan perlaksanaan..Ya Allah bantulah kami dalam menyelesaikan masalah mereka..Ya Allah permudahkan urusan kami dan lindungilah masyarakat Islam di Kg Tekir , Labu daripada terpesong di jalan kebenaran ini
Sungguh!!kamu tidak menyesal di hari kemudian andai engkau terus-menerus menyintai ISLAM…mari kita hayati ayat cinta yang menerangkan keadaan orang-orang yang menyesal kerana tergolong orang-orang yang rugi…

10. Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?"(Surah AL-Munafiqun;10)
Namun,sesungguh terlajak perahu boleh diundur…terlajak waktu ..pandai-pandai la sambung peribahasa ini…..
11. Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Munafiqun;11)

Dan..inilah jawapan yang Allah bagi andai kita tidak endah dengan kata-katanya. Buat diri dan teman-teman..marilah kita sama-sama bermuhasabah diri menanyakan diri kita berapa banyakkah amalan kita sumbangkan untuk Islam sebenarnya…..ingatlah..Allah tidak sesekali melihat sejauh mana kejayaan dan hasil yang kita kecapi….pastinya Allah melihat berapa banyakkah usaha kita sekarang ini untuk menegakkan syiar Islam..marilah kita berfikir se…dua…tiga..jenak.

17. Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipat gandakan balasannya kepadamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun.
(At Taghaabun,64;17)
Marilah kita pinjamkan usaha dan tenaga kita demi Islam tercinta…..mohon maaf dan mohon sebarkan kepada rakan-rakan lain…
p/s: sungguh tercabar dengan kata-kata Ustz Aizuddin….orang-orang dakwah la (belajar ilmu dakwah) yang kene turun padang dan memikirkan method-method dakwah yang sesuai dalam berdakwah………anda pula lagu mana………wallahualam......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...