Friday, January 21, 2011

KETIKA SUJUD KU BERTASBIH



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..


Pagi yang indah dan nyaman,Washfa menguji kebesaran Allah dan bermonolog sendirian... Alhamdulillah..Maha Suci Tuhan Yg Mencipta Alam Semester dan Seisinya..Limpah kurniakan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan kaum kerabatnya...

Tatkala dia menatap laptop comelnya...terus dia mencatatkan sesuatu buat dirinya..

Hati tatkala mahu berkongsi sesuatu di situ sesuatu berbisik seakan-akan menghalang ku berbuat demikian. Aku bukanlah sape2 yang hebat untuk berkongsi pengalaman dan cerita kepada orang lain. Namun jauh di sudut hati mahu berkongsi dengan sahabat2 bukan untuk bermegah-megah tetapi sebagai penguat jiwa yang sentiasa alpa dan leka ini. Aku amat yakin bahawa sejarahlah yang dapat mengembalikan ingatan kita setiap keterlanjuran kita kepada Pencipta....Kini kutahu INILAH SEHRAH KITA....

Aku tidak mahu dianggap sombong dan takabbur oleh sahabat2 kerana siapakah aku yang dijadikan daripada air mani yang hina dan jijik ini mahu berlagak sombong. Namun ku tahu fitrah manusia..tatkala kita tidak punya sesuatu kita diabaikan dan tatkala kita punya sesuatu kita diagung2kan setinggi langit menyebabkan kita sombong dan bongkak...Nauzubillahimizalik..

Kiniku tahu di jalan dakwah ini amat menuntut pegorbanan yang tinggi. Ku tahu di jalan dakwah ini menyeru supaya menghormati seluruh manusia,menyusun pembangunan,menyebarkan kebajikan dan menjamin kebahagiaan melalui akidah tauhid,persaudaraan,persamaan, kemerdekaan dan kesejahteraan.Oleh kerana tauhid ialah suatu kekuatan,persaudaran ialah jalan ke arah kerjasama,persamaan ras ialah jalan keadilan,kebebasan ialah jalan kehormatan dan kesejahteraanialah jalan kemajuan,maka segala tujuan manusia akan diharapkan itu akan tercapai melalui ilmu pngetahuan dan tamadun. Pencapaian ini tidak terpapar indah selagi jauh di bawah lindungan agama (Ahmad Hasan al-Zayyat,al-Wa'yu Islami.)

Arghh...ngomelan kecil kedengaran ....fikiran mula bercelaru....asaimen..kertas kerja..presentation...khatibah...lawatan.....semuanya seakan berlegar2 mcm burung berkejaran...namun hanya manusia yang sedar sahaja diberi kesempatan untuk menerima dengan hati terbuka...cepat2 beristigfar mengenang kebesaran Allah dan yakin Allah memberikan ujian kepada setiap hambanya selagi hambaNya mampu untuk menongkah setiap badai dan rintangan..

Kini aku berpegang pada yakinan ku terhadap pertolongan Allah..aku sedaya upaya untuk mempermudahkan urusan orang lain supaya Allah dapat memudahkan kehidupanku di dunia dan di akhirat kelak.Insyaallah...Sungguh... aku merasai kebahagiaan dan ketenangan apabila membantu sahabat2..dan aku sendiri dapat melihat impaknya..mengimbas lagi sejarah silam..

Kringg...tiba-tiba telefon berdering di saat 15 minit lagi untuk masuk ke dewan peperiksaan..."Assalamualaikum..Kak Ti...ada ape hal ye..".."Waalaikumsalam..Washfa..washfa..ada kat mana ni.akk na mintak tolong sikit..urgent"..."Washfa kat tangga tepi dewan ni...tengah bertakafur...mai la.."..Washfa berasa agak berdebar sambil terus khusyuk menghafal nota2 untuk peperiksaan yang tidak sampai beberapa saat nanti..."Kak Ti..apahal ni tergopoh gapah cari Washfa ni....?".."Nk mintak tolong nie...akk tertinggal kad matrik..risau nanti x bley masuk periksa coz semalam akk pakai beg lain...mintak tolong boley bawakkan akk balik umah jap ambil kad matrik..."fikiran Washfa mula menerawang mencari jawapan yang sesuai sambil melihat nota yang masih belum habis di scan lagi...."ermmm....nak bace nota ni kak..akk amik la moto ni...nek sendiri.."jwb Washfa nada bergurau kerana tahu Kak Ti tidak pandai memandu....."Ok la kak..jom.."...Washfa membonceng Kak Ti sambil berdoa..Ya Allah..Permudahkan urusan ku kelak...


Ku sujud sambil bertasbih menginsafi dosa-dosaku.....di pagi yang hening..sungguh ku merasai kedamaian di sebalik kemengantukan...ku tabahkan diri untuk bermunajat kepadamu kerana ku yakin..bait2 syair ini

Tidakkah kita belajar dari sejarah?
Mengapa kita boleh jadi demikian?
Bagaimana satu empayar yang hebat,
yang bertahan selama 1400 tahun yang lampau
hanya boleh jatuh dengan sekelip mata?
Tidakkah itu satu kepelikan?

Tentu tidak jika kita menoleh pada sejarah

Kerana sejarah melabuhkan tinta
Salahudin adalah orang yang tak pernah tinggal tahajudnya
ketika beliau berjaya membebaskan baitul maqdis
Muhamad Al-Fateh orang yang tak pernah tidur
memikirkan bagaimana untuk menawan Konstatinople
Abu Bakar, Umar, Ali, Ustman, Saad Abu Waqqas,
yang hari-hari mereka tidak pernah kering
dari bacaan Quran, dan telaah ilmu dengan Rasulullah.
Hasilnya mereka berjaya menjadi manusia perkasa!

Tapi apabila kita tidak seperti mereka,
di ketika dunia mengelabui mata kita,
di ketika itu saat iman makin melemah,
dan di saat itulah zaman kehancuran kita!

Nauzubillahimizaik...
Renung-renungkan..moga thabat di jalanNyaa..AMIN.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...