Wednesday, April 18, 2012

ISK di MAAHAD TAHFIZ AS-SA’IDIYAH, SENAWANG

Alhamdulilllah.....segala puji bagi Allah yg menguasai Hari Pembalasan...Engkaulah yg Maha Pengasih dan Penyayang..selangkah kami ingin dekat denganMu..beribu2 langkah Engkau dekati kami...syukran Ya Allah....

Salam seIslam  dari penulis kpd pembaca2 yg dikasihi Allah hendaknya...

Alhamdulillah penulis berkesempatan untuk turut serta menjadi fasi di sekolah Maahad Tahfiz As-Sa'idiyah, Senawang,Negeri Sembilan dengan menganjurkan program Ini Sejarah Kita dan begitu excited kerana dapat bertemu generasi-generasi Al-Quran yang bakal mengubah dunia..Insyaallah..

Satu kelainan bagi  penulis kerana selalunya penulis hadir untuk menjadi fasi Smart Solat untuk adik-adik di sekolah di bawah fakulti tetapi kali ini penulis berkesempatan menjadi fasi untuk menerangkan kepada adik-adik tentang sejarah Islam dengan mata hati...


Mari kita melihat sejarah, dengan mata hati…

Kata Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid:
“Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati…”

Allah s.w.t. berfirman:
وَكُلا نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنْبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ وَجَاءَكَ فِي هَذِهِ الْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ
“Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu Dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang Yang beriman.”
Surah Hud 11: 120



Slot pada hari itu dimulai dengan sesi  Muqaddimah ISK yang menerangkan tentang Islam dengan lebih mendalam...tertarik dengan soalan muwajih tentang bila mana kita ISLAM?....bila yer..macam2 jawapan yang   kami dapat dan hakikat bila kita ISLAM ialah bila kita melakukan Islam itu...Islam itu bukan setakat syumul tetapi Islam itu adalah PERBUATAN... Islam itu bukan sekadar di dalam kad pengenalan tetapi Islam itu pegangan kita...tapi sejauh mana perbuatan dan kerja dan amalan  kita terhadap Islam...alhamdulillah adik2 juga faham perbezaan huruf 'I' dalam statement di bawah ni....apa yer beza huruf besar dan huruf kecil dalam perkataan Islam tuh...jawab2...                                                                       


Aku manusia beragama Islam
vs
Aku manusia yang islam


Seterusnya kupasan tentang hadis logam sangat terkesan bagi penulis dan adik2......


عن أبي هريرة رضي الله عنه: قَالَ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم:

(( الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )). صحيح البخاري

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahamannya dan tokoh yang boleh kita contohi ialah Saidina Umar Al-Khattab sendiri. Kita dapat lihat betapa hebatnya tokoh tersebut ketika mana beliau di zaman jahiliyyah dan berhijrah ke agama Islam. Hebat bukan.....moga kita dapat sama2 hayati perjuangan tokoh ini dalam mengembangkan Islam.

Dan penulis cuba mengaitkan diri seorang banat dalam grup penulis dengan kehidupan beliau di mana rupa-rupanya seorang adik ni baru masuk sekolah tersebut dan berasal dari Singapura. Memang perwatakan beliau lain dari yang lain kerana agak advance terutamanya bila menjawab soalan muwajih mengenai adakah kita jumpa Islam di rumah..... dan beliau dengan lantang bersuara menjawab tidak. Dari situ penulis cuba menyelami adik itu dan bertanya mengapa dan kenapa menjawab begitu dan alhamdulillah adik ni sudi berkongsi pengalaman hidup dengan penulis sendiri dan penulis nampak sambil beliau cerita sedikit air mata menitis...Subhanallah...penulis terus menasihatinya supaya menghargai hidayah yang dicampakkan di dalam hati adik ini ...

Ayat touching based Quran pagi tuh Surah at-Tariq ayat 9-10... .. jom tadabbur sama2...firman Allah yg bermaksud...'PADA HARI DITAMPAKKAN SEGALA RAHSIA'...MAKA MANUSIA TIDAK LAGI MEMPUNYAI SESUATU KEKUATAN DAN TIDAK PULA ADA PENOLONG...'..
makanya....
segala rahsia kita akan dipertontonkan nanti...malunya kalo dipertontonkan perbuatan2 yang tak baik...adakah kita akan dapat anugerah bintang paling popular di sisi Allah dengan amal yg sedikit cuma...Allahuakhbar.. 

Jom sharing2 pic...




Ketika mana kita bermain badminton vs ketika mana kita Islam??

ghupernyer yang bagi pengisian ni IMAM MUDA NAUFAL...selamat berjuang dan kami mendoakan yang terbaek untuk anda...rasenyer mcm ade rakam..ermm

Bila plak la zaman kejatuhan khalifah??




Masa agak terhad untuk menghabiskan modul yang ada asalnya ialah 2 hari dan disingkatkan kepada satu hari.Antara slot pada hari itu ialah Era Ar-Rasul, Khulafa’ ar-Rasyidin, Era Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah, Kejatuhan Khalifah dan Ini Peranan Kita. Jadual agak padat dan penulis merasa nikmat kesihatan ditarik sebentar mungkin tidak ambil sarapan pagi tuh. Tapi alhamdulillah penulis dapat bersama adik2 sehingga akhir program dan amat terasa aura &  semangat adik2 selepas membaca komen mereka. 








Moga kita dapat memenuhi salah satu muwasafat tarbiyah iaitu bermanfaat untuk orang lain...


Kikhlasan umpama semut hitam yang berada di atas batu hitam pada malam yang kelam...ia wujud tapi sukar untuk dilihat..orang yang ikhlas tidak takut dicaci dan tidak takut dikeji tapi bimbang bila di PUJI....

Adakah langkah kita selepas ini langkah  syukur di mana Allah akan menambah nikmat kepada kita..ataupun langkah kufur di mana Allah akan mengazab kita.... Nauzubillahiminzalik...


p/s selamat mengundi bila tarikh pengisytiharaan mengundi...







Wednesday, April 11, 2012

Gempa Bumi Terkini 11 April 2012

Assalamualaikum w.r.t....syukur tidak terhingga dengan  peluang yang diberikan oleh Allah Azzawajalla untuk terus bernafas dan merasai nikmat Iman dan Islam ....

Di petang yang tenang....sedang penulis tekun menulis nota, tiba2 terasa ada sesuatu yang tidak kena. Penulis berpendapat mungkin meja bergoyang tetapi penulis terus amati dan berhenti menulis dan menyandarkan badan ke bangku. Ternyata bumi ini mengalami gegaran kerana melihat kipas di syiling turut bergoyang. Terus fikiran penulis mengimbau kembali kejadian yang berlaku pada 26 Disember 2006 iaitu Tsunami yang mengakibatkan bumi Acheh seakan padang jarak padang terkukur kerana saat itu juga penulis di rumah merasai gegarannya. Namun, jika hendak dibandingkan dengan Tsunami dahulu, gegaran kali ini agak lama dapat dirasai. Lantas penulis dan ibu saling pandang memandang dan mengesahkan ia adalah gegaran dan terus keluar dari rumah. Jiran juga menceritakan air di dalam aquarium berkocak dan itu pasti menandakan bahawa bumi Manjung sedang mengalami gegaran.

Hanya Allah sahaja yang tahu debaran hati ini, banyak persoalan muncul di benak fikiran. Apakah yang berlaku? Apakah yang harus dilakukan? Bagaimana keadaan keluarga aku yang lain? Apakah yang harus dibekalkan ? Adakah hari ini hari terakhir aku? mcm2lah persoalan yang timbul dan yang penting amat bersyukur ibuku berada di samping penulis.

Setelah beberapa minit, melihat keadaan kembali stabil, penulis terus membuka facebook untuk melihat perkembangan tersebut dan didapati ada yang mengupdate status mengenai kejadian tersebut. Dan tahulah penulis akan gegaran tersebut yang berpunca dari gempa bumi 8.9 skala richter yang berlaku diluar pesisir pantai acheh sumatera. Gempa bumi yang pertama berlaku pada pukul 4.40 petang waktu malaysia dan yang kedua pada 6.45 petang waktu malaysia iaitu 2 jam selepas gempa bumi yang pertama. Gempa bumi yang kedua bernilai 8.5 skala richter. Gempa bumi yang kedua tidak dirasai kerana kami mungkin di atas jalan raya yang sedang menuju ke kampung dan menyahut seruan dan amaran supaya mengambil langkah berjaga2 kepada yang tinggal di kawasan pantai untuk menjauhi pantai. Hakikatnya ayah sudah merancang untuk pulang ke kampung awal2 lagi dan akhirnya bersyukur kerana amaran Tsunami itu di tarik balik.


*******
Copy dari  blog saudara 


AMARAN UNTUK SEMUA YANG BERADA BERHAMPIRAN PANTAI, SILA AMBIL LANGKAH BERJAGA JAGA DAN  JAUHKAN DIRI ANDA DARI KAWASAN PANTAI SEHINGGA AMARAN TSUNAMI DITARIK BALIK KERANA MUNGKIN MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN . SILA PATUHI AMARAN PIHAK BERKUASA DAN UPDATE BERITA DARI SEMASA KE SEMASA.


UPDATE TERKINI!!
  • Waktu Ombak dijangka sampai di Malaysia
    • Georgetown –9.11pm (11 April 2012)
    • Port Dickson – 2.10 am (11 April 2012)
    • Singapore – 7.51 am (12 April 2012)
  • Student Malaysia di Acheh kini dalam operasi menyelamatkan diri dan telah dipindahkan ke kawasan Masjid  Unsyiah dan jauh dari Pusat Kota dan dikhabarkan air sedang naik ke kawasan tanah tinggi. Doakan rakan rakan kita disana selamat dari sebarang bencana. 
  • Dikatakan Ombak setinggi 6meter telah melanda kawasan Pulau Simeulu . Kelajuan ombak dikatakan mencecah 756km/j .
  • Ombak dijangka sampai ke Malaysia lewat petang atau malam.

إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْ‌ضُ زِلْزَالَهَا ﴿١﴾ وَأَخْرَ‌جَتِ الْأَرْ‌ضُ أَثْقَالَهَا ﴿٢﴾ وَقَالَ الْإِنسَانُ مَا لَهَا ﴿٣﴾ يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَ‌هَا ﴿٤﴾ بِأَنَّ رَ‌بَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا ﴿٥﴾ يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ‌ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَ‌وْا أَعْمَالَهُمْ ﴿٦﴾ فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّ‌ةٍ خَيْرً‌ا يَرَ‌هُ ﴿٧﴾ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّ‌ةٍ شَرًّ‌ا

Peringatan dari Allah,
untuk meningkatkan Iman hamba-hambaNYA
menyedarkan mereka yang lalai dariNYA
menguji ketaqwaan manusia.

Sama-sama kita berdoa, solat hajat untuk KELUARGA-KELUARGA KITA di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, Inggris, Mauritania, Seycheless, Pakistan, Somalia, Oman, Madagaskar, Iran, Emirat Arab, Yaman, Komoro, Bangladesh, Tanzania, Mozambik, Kenya, Croizet Island, Kerguelen Island, Afrika Selatan, dan Singapura







Subhanallah... AllahuAkhbar...!! Allah Maha Besar...
Tahukah Anda kenapa Gempa di Acheh 8.9 skala richter..?


Marilah kita buka Al-Quran (8:9) Surah ke 8 ayat 9, dan bahawasanya marilah kita beringat dan sentiasa berdoa kepada Allah......



Jom sama-sama kita berdoa, dan ambil ikhtibar ini, sebarkan kepada semua umat kita...



Add caption




Amaran Tsunami yang dikeluarkan Pusat Amaran Tsunami Pasifik menyenaraikan 2 lokasi berpotensi menerima kesan Tsunami di Malaysia iaitu PORT DICKSON & GEORGETOWN di antara jam 9.00 malam ini hingga jam 3.00 pagi nanti.




‎"Siapa yang membaca kedua ayat itu, yakni dari akhir surah Al-Baqarah, niscaya keduanya akan memeliharanya dari bencana."


(Riwayat Hadis Imam Muslim)



Ya Allah....selamatkanlah kami dari kemurkaanMu.... jom tengok suasana yg berlaku..

http://www.youtube.com/watch?v=l5p58NYTH9A&feature=player_embedded 
http://www.youtube.com/watch?v=-XluMPugSMo&feature=related





rahmaT @ BALA??... segalanya pasti ada hikmahnya...


Rumahku Syurgaku..
Moga Engkau gantikan tempat perlindungan kami sekeluarga dengan rumah yang diperbuat daripada permata dan emas di akhirat kelak...kami redha Ya Allah...Amienn...





Sunday, April 8, 2012

rAHMAT atau Bencana?!!


Alhamdulillah..syukur dengan nikmat Islam dan Iman yg masih bertapak di jiwa dan moga2 hidayah tersebut kekal hingga kita mengadap Allah Azzawajalla...

Kepesatan itu…

Tatkala menjamu selera di Restoran Norain Tomyam di tepi jalan di malam hari bersama keluarga tercinta, penulis  terlihat lori2 besar yang lalu lalang di jalan utama kawasan penulis, semestinya penulis merasakan tentu lori2 yang lalu lalang ini menuju ke kawasan Teluk Rubiah yang tidak sampai 3km dari kediaman penulis dan dikhabarkan akan dibuat kilang besi.

Ada yang menyatakan  Zon Pelancongan di Teluk Rubiah akan ditukarkan kepada Zon Industri.Teluk Rubiah dijual atas nama "pembangunan". Dan alasan ianya dijual? Teluk Rubiah Beach & Golf Resort tidak mendatangkan keuntungan yang cukup. Sebenarnya, resort tersebut membuat keuntungan tetapi penyelenggaraan golf course melebihi keuntungan yang dibuat. Penulis sebenarnya kurang pasti sejauh mana  kesahihan fakta tersebut dan mengakui kejahilan penulis terutamanya isu politik di kawasan penulis.


Sepertimana kita ketahui, kedudukan harta sangatlah tinggi dihati manusia, menjadi sesuatu yang sangat dicintai dan berharga bagi mereka. Allah Ta’ala berfirman,

إِنَّ الْإِنْسَانَ لِرَبِّهِ لَكَنُودٌ (6) وَإِنَّهُ عَلَى ذَلِكَ لَشَهِيدٌ (7) وَإِنَّهُ لِحُبِّ الْخَيْرِ لَشَدِيدٌ (8)
“Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada Tuhannya, Dan Sesungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri) keingkarannya, Dan Sesungguhnya Dia sangat bakhil karena cintanya kepada harta.”(Qs. Al-Aadiyat: 6-8)

Lihat sendiri, Allah juga ada mengaitkan sikap manusia yang ingkar hanya semata-mata harta. Itulah sifat manusia yang sebenar dan diri ini tidak terkecuali sehingga Rasululloh shallallahu ‘alaihi wa sallam menggambarkan besarnya kecintaan manusia kepada harta dalam sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam:

لَوْ كَانَ لاِبْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ ؛ لاَبْتَغَى ثَالِثاً , وَلاَ يَمَلأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلاَّ التُّرَابُ , وَيَتُوْبُ الله عَلَى مَنْ تَابَ
Seandainya anak Adam memiliki dua lembah harta; pasti ia menginginkan yang ketiga, sedangkan perut anak Adam tidaklah dipenuhi kecuali dengan tanah, dan Allah memberi taubat-Nya kepada yang bertaubat. (2)

Tambahan juga mengenai pembinaan STESEN Janakuasa Sultan Azlan Shah di Manjung, Perak berasaskan pembakaran arang batu berkapasiti 2,100MW sehari. 
Menara yang tinggi berbentuk silinder boleh dilihat jelas dari perumahan kediaman penulis.



Peristiwa 2 Februari 2012 itu mungkin petanda…

Sebenarnya, dulu penulis tidak ambil pusing mengenai pembangunan pesat di kawasan penulis, tetapi hari demi hari penulis merasakan kepesatan yang dialami ini pasti ada kesannya. Penulis kembali teringat peristiwa yang berlaku di kawasan kediaman penulisan iaitu ribut yang tidak pernah terjadi sehingga menerbangkan atap-atap jiran dan sungguh, penulis bersyukur kerana rumah penulis tidak mengalami kerosakan pada waktu itu dan amat risau kejadian seumpama itu berlaku lagi dan kami tidak terlepas dari bencana tersebut. Tiba2 persoalan mengapa kejadian ini berlaku timbul di benak fikiran.

Lantas penulis kembali mentadabbur firman tuhan yang berbunyi

“Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan-perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [TMQ ar-Rum (30):41].

Di dalam surah Ar-Rum yang mengesahkan bencana hari ini adalah angkara tangan kita. Sungguh, Allah lebih awal menyatakan atau memberi amaran perihal kerosakan akibat tangan manusia ini melalui al-Quran dan sejauh mana kita menghayatinya


Pada 2 Februari 2012, di saat hujan turun ketika itu, penulis amat bersyukur kerana memang diakui amat jarang sekali hujan sampai di kawasan kediaman penulis...namun...dianggarkan lebih 200 buah rumah mengalami kerosakan apabila atap diterbangkn oleh angin dan pokok2 tumbang apabila ribut melanda....alhmdulillh...rumah penulis terkecuali saat itu. Berat mata memndang bert lagi bahu memikul...moga kesabaran bersama jran2 tetanggaku dan penulis dapat melihat semua orang keluar rumah untuk mengetahui cerita yang sebenar dan tidak kurang pula terus terfikir untuk meminta bantuan dari DUN@ Parlimen masing2 untuk mendapat pembelaan. Itulah sikap manusia, jika ditimpa bencana atau kesusahan terus inginkan pembelaan walhal kita sebagai khalifah adakah sepenuh kudrat kita memenuhi perintah dan seruan Allah?

Mungkin ini hanya perasaan penulis sahaja mengaitkan apa yang berlaku ini  dengan kepesatan pembangunan, namun penulis juga akui ianya mungkin antara tanda2 kiamat selain tanda2 yang sudah berlaku ketika ini…Ya Allah apakah persiapan ummatMu ini berhadapan dengan hari Kiamat..sudah cukupkah amalan kami Ya Allah...

“Di antara tanda dan syarat kiamat adalah bahawa anak-anak menjadi pemarah, hujan akan menjadi bencana, dan bahawa jumlah orang-orang jahat akan melimpah.” (hadis riwayat Thabrani dari Ibnu Mas`ud)



Dan mungkin juga Allah nak turunkan bala kat kediaman penulis seperti Tsunami yang berlaku di Acheh di mana penulis sendiri merasai gegarannya kerana dari sudut pemerhatian penulis, banyak juga perkara2 yang tidak sedap di dengar dengan sikap penduduk yang penulis tahu dari ibu antaranya semakin berleluasa anak2 dara mereka membawa kekasih yang bukan mahram untuk bermastautin di rumah  ketika cuti dan semestinya perkara ini berlaku kerana mendapat keizinan dari ibu bapa mereka. Kami memohon hidayah dan petunjukMu Ya Allah. Tunjukilah kami jalan yang lurus...janganlah Engkau bebankan kami dengan beban yang tidak mampu kami pikul Ya Allah...


Solusi


Benarlah kata Saidina Umar ra, Iman itu menaikkan taraf hidup manusia.Isu penjagaan alam sekitar sebenarnya menentukan sejauh mana maju sesebuah negara itu dan tidak salah  penulis mengaitkan isu penjagaan alam sekitar juga adalah isu Islam.

Ini kerana, Islam juga mendidik umatnya supaya sentiasa memelihara dan menjaga kebersihan bumi yang kita diami dengan sebaik mungkin demi kesejahteraan makhluk seluruhnya. Kita dilarang membuat kerosakan sesuka hati kerana khuatir akibat buruk itu akan kembali kepada kita semula.
Percayalah, Allah memberikan harta kepada sebagian hamba yang dikehendaki-Nya dan menahan dari hamba-Nya yang lain yang dikehendaki-Nya. Sebagai ujian dan berbagai hikmah lainnya. Sebaik-baik harta adalah harta yang baik di tangan orang yang soleh. Moga setiap harta yang kita peroleh menjadi salah satu nikmat terbesar dan digunakan untuk ketaatan kepada Allah dan kita mesti akui bahawa ianya akan menjadi bencana bila ia digunakan untuk keburukan. Ini kerana, manusia akan ditanya di hari kiamat tentang hartanya dimana ia mendapatkannya dan kemana ia infakkan.
Penjagaan alam sekitar mesti diterima sebagai sebahagian daripada dakwah dan jihad di jalan Allah.Untuk peringatan penulis dan warga pembaca…lebih kuat Iman, lebih kuatlah kita menjaga alam persekitaran..walau di Manjung tiada bendang tapi aku membesar di kawsan bendang dan sungguh aku pencinta ALAM DAN ALLAH...Ya Allah, selamatkan kami dari kemurkaanMu... Allahua'lam…


dunia oh dunia...budak zaman dulu main dengan alam..budak zaman sekarang main ngan teknologi...(kredit to along n adi time kecik2)



Contengan jALaNan iNSAN kERDIL... 

Wednesday, March 7, 2012

DILAHIRKAN MUSLIM-BERTUAH....DILAHIRKAN BUKAN MUSLIM-TIDAK BERTUAH...BETULKE??



Kebanyakan muslim kt m'sia ni suka bila dgr ada org yg masuk Islam, n dorg akan semakin suka kalau mualaf tu ada cerita trsendiri cmna dorg dpt hidayah. Tapi x ramai yg nak SHARE Islam dgn non muslim atau at least bantu mualaf kuatkn akidah. Brtambah malang bila x ramai yg tahu cmna nak SHARE Islam dgn non muslim, n dlm masa yg sama, x ramai yg nak blaja cmna nak SHARE Islam dgn dorg. Pastu x ramai yg tau cmna nak bantu mualaf, n dlm masa yg sama, x ramai yg nak blaja cmna nak bantu dorg ni. Kalau ada pun yg cuba bantu mualaf, kebanyakannya (bukan semua, tp majoriti) akan cakap pasal hukum hakam n ibadah2 dulu. Padahal akidah mesti dilebihkn dulu sambil prkara2 lain x diabaikan.



Pastu bila ada mualaf nak murtad, mulalah salahkn pihak Kristian, pihak Hindu, pastu kata jabatan agama atau NGO Islam atau jemaah2 Islam x buat keje lah, salahkn pihak itu ngn pihak ini lah. Senang citer, yg x salah ialah diri kita sendiri je (dulu sy pun cmni jgk beb).


Ce bygkn klu majoriti muslim kt m’sia ni ialah kaki2 SHARE Islam dgn non muslim. Pastu majoriti ni blaja cmna nak Present Islam kt non muslim yg level mubaligh Kristian n level murtad, blaja cmna nak jwb soalan2 dari non muslim dgn pndekatan FRIENDLY (bukan marah dorg bila kita ditanya soalan), blaja cmna nak handle org2 yg dah murtad atau hampir murtad atau golongan problematic muslim (brmasalah akidah atau akhlak) dgn pendekatan LOVE-LOVE-LOVE (bukan pndekatan MENGHUKUM DOSA-NERAKA-DOSA-NERAKA), so rasa2nya majoriti kita akan takut x dgn gerakan Kristianisasi?


Kalau 1 hari nnt majoriti muslim kt m’sia dah ada skill kt atas, rasa2nya kita seronok x utk jmpa golongan mubaligh Kristian? Realiti skrg ni, kbykn kita tahu marah je kt mubaligh Kristian ni. Dorg buat keje dorg je. Dorg sangka dorg berada di pihak yg benar, sbb tu lah dorg cuba nak “selamatkan” kita (pada pandangan/sangkaan dorg). Tapi kita? Majoriti kita dah cukup brpuashati kalau solat 5 waktu, puasa penuh, tutup aurat, x makan babi, dll. Tp bila masuk bab SHARE Islam dgn non muslim – aku x pandai lah… 

Persoalannya, bila nak blaja spaya jadi pandai?


Sunday, March 4, 2012

Tuesday, February 28, 2012

Ketika hati ditarbiyah....

Bismillahirahmanirrahim..... akhirnya berkesempatan untuk mengupload video dalam blog yg serba simple ini...sama-sama kita renungkan ayat-ayat pembangun jiwa bagi mereka yang sedang menghadapi tarbiah dari Allah S.W.T..alangkah bahagianya jika setiap insan mengerti apa itu tarbiyah..iaitu didikan Allah ke atas diri hambaNya agar terus thabat dalam jalan kebenaran..tiada apa yang indah selain kekayaan ilmu..tiada apa yang bahaya selain kemegahan harta dan ketahuilah tiada apa yang bahagia selain mersakan tarbiyah dari PenciptA...ayat daripada surat cintaNya yg amat terkesan di jiwa ialah " Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikitpun, tetapi manusia itulah yang menzalimi dirinya sendiri" ( Surah Yunus , 4)

Sekadar renungan bersama..hayatilah...

Saat kita menempuh onak duri dunia, derita sekali sekala mencuit hati..Hati remuk menangis tidak henti, kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati, ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi, Dalam terharu air mata tertumpah jua..
Wahai hamba Ilahi,
Begitullah kehidupan di dunia, kita tidak akan sesekali dapat menjangka apa yang Allah aturkan untuk kita..
Adakalanya kita tersangat gembira, adakalanya kita tersangat kecewa, Namun..jangan risau wahai manusia..Allah itu tuhan kita, Tuhan Yang Maha Luas Kasih SayangNya, Percayalah, Allah tidak akan menduga hambanya, kecuali untuk lihat hambaNya..tersenyum di sana...tertawa di sana..InyaAllah...di SYURGA..yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa..Di dalam hati manusiaada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah...
Wahai hamba tuhan,
Jangan bersedih kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan tidak akan memberi sebarang manfaatpun keesokan harinya dan kesedihanlah yang bakal membuat dunia menjadi sempit padahal dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah dam meraih SYURGANYA..
Wahai hamba Allah,
Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirian kamu sepanjang hidup dan usiamua.Jangan putus asa..senyuman yang engkau berikan dan air mata yang kau titiskan simpanlah jadikan tauladan dan pedoman..You don't know everything..but Allah knows everything..Do'nt be sad Allah always wif u..=)

Monday, February 20, 2012

Aku pilih pandangan Allah!!!


Bismillahirahmannirrahim… rsubhanallah..segala puji bg Allah...indunya kurasai untuk kembali sebagai penulis maya setelah lama bergelumbang dengan alam muka buku yang kadangkala  kuakui semakin hari semakin leka dan lalai sehingga terfikir kesannya apabila melihat keputusan peperiksaan yang agak sedikit mengecewakan. Tapi aku redha ya Allah..aku hamba yang lemah,  kadang2 dahagakan ujian-ujian dariMu…namun aku mohon Ya Allah..janganlah Engkau pikulkan kepada aku apa yang aku tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan aku,serta ampunkanlah dosa aku dan berilah rahmat kepada aku Ya Allah..aku  yakin semua yang terjadi  itu adalah ujian yang dapat menyedarkan aku tentang hakikat kehidupan hambaMu yang sebenar. Aku juga beriman dengan firman tuhan bahawa  apabila manusia bertanya : kenapa aku diuji? Lantas Al-Quran Menjawab :Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Surah Al-Ankabuut : 2). Jadi apa yang aku dapat simpulkan bahawa dengan ujian Allahlah kita dapat mengukur tahap keimanan kita setinggi mana.




Artikel yang menarik untuk dikongsi bersama dan mari kita renung-renungkan…
Apakah yang kita ingin capai sepanjang hidup sebagai makhluk yang dimuliakan oleh Allah? Kenapa kita kurang bersyukur?Kita bukan sahaja dimuliakan dengan akal yang membezakan kita dengan makhluk yang lain, tetapi kita turut diberi keistimewaan kerana memperoleh nikmat iman dan Islam. Kalaulah kita ini sentiasa sedar halatuju dan matlamat kita pasti kita akan sentiasa menghubungkan perbuatan, pertuturan dan tekad kita untuk menagih redha Allah
Contohnya :
Bila rasa malas study hati terdetik..”Nak belajar sehabis baik supaya dapat gembirakan mak..kalau mak redha, InsyaAllah, Allah akan turut redha..”
Simptom rasa malas memanjang….buang masa dengan muka buku dan nafsu ingin mencuba sesuatu yang baru terutamanya fesyen terkini…bila perkara-perkara ini dibelenggu..serta merta sakaratul maut menerjah ruang minda kita dan terus kita pilih untuk dekat denganNya..kesejukan wudhuk dan alunan zikrullah mempu mendamaikan jiwa yang gersang dengan iman..tandus dengan taqwa berbanding hanya buang masa…
Sahabat akhowat , ikhwan, awang dan dayangku yang mulia…
Sememangnya penilaian Allah dan manusia sangat jauh bezanya…mungkin pada pandangan kita perkara yang kita buat itu  tidak salah…tapi cuba tanya balik pada diri..”bagaimana pula pada pandangan Allah?”mungkin kita rasa bercouple tidak salah  ( yela…bukan pegang2pun…sms dan jumpe je untuk lepas rindu..tapi bagaimana pula pandangan Allah..?”) Bukankah agama yang diredhai Allah ialah Islam..jadi bagaimana Islam itu mendidik kita tentang perhubungan lelaki dan wanita? Adakah kita mematuhinya? Mungkin pada kita tidak salah untuk tinggikan suara kat mak atau ayah lagi2 apabila terdapat perbezaan politik…tapi apakah perintahNya dalam al-Quran?Adakah kita ingin tetap dengan pemikiran kita dan mengabaikan segala perintah dan laranganNya..
Jom kuatkan diri!!! Ingat kita berubah bukan kerana orang lain..bukan kerana nak nampak baik..bukan kerana nama..harta..pujian…darjat…tapi kerana kasih dan cinta Allah..itu yang utama…Insyaallah…


Wednesday, January 11, 2012

Jika kiTA menjaga Allah...maka Allah akan menjaga KIta...(TUTUP AURAT)





Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat. Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi.
Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.


1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?
Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.


2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” – (Surah an-Nur ayat 31)

Sumber: http://akuislam.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...