Saturday, September 25, 2010

Sejauhmana Berertinya Segulung Ijazah....??!!


Ingatan buat diri dan sahabat2..sempene konvo USIM ke-8 ni , aateenye saje je nak kongsi ngan sahabat2 tentang isu hangat dulu, kini dan selamenye..Aje nye ye!!...kome kene le bace ye..teman ambil dalm kitab yang teman bace dan semestinye berkait ngan teman dan kome jugak...kome rase bererti sangat ke segulung ijazah ??
Adalah sewajarnya kita menginsafi keadaan di zaman ini terutamanya di zaman ini yang terdapat segolongan orang yang berbangga dengan segulung ijazah yang diperolehi, samada dalam bidang agama atau bukan. Kadang-kadang mereka tidak memperolehi ilmu dengan jalan talaqi melalui para masyaikh amilin.Mereka kadang-kadang tanpa rasa segan silu menonjolkan diri sebagai seorang alim yang mengetahui hukum hakam  malah berani merendah-rendahkan para ulama’  seolah-olah tidak sama dengan ayat Al’Quran atau hadis yang mereka pelajari.Apa yang zahir dari ucapan mereka tidak lain hanyalah menunjukkan jauhnya mereka dari penguasaan ilmu agama yang sepatutnya. Ada juga umpamanya yang memaksa diri untuk bercakap mengenai hokum-hakam,sedangkan dia sangat asing dengan dunia feqah dan fatwa.Ada juga yang berfatwa haram tentang tasawwuf tetapi amat jauh dari hal dan maqam.ini terjadi kepada mereka yang memegang ijazah dalam bidang agama. Bagi yang bukan dalam bidang agama tentulah lebih mudharat lagi.
Di sini bukanlah salah untuk belajar dan memiliki segulung ijazah.Ia juga bukanlah bermakna memiliki ijazah lalu tidak mahu menyampaikan ilmu agama dan memanfaatkan kepada orang lain. Belajar dan menyampaikan ilmu agama serta memanfaatkannya adalah sesuatu yang dituntut dalam agama, tetapi ia juga tidak bermakna hanya dengan memiliki ijazah lalu merasakan diri sebagai ulama’ atau ahli hokum. Apa yang selalu menjadi ingatan ialah menginsafi diri dengan melihat kemampuan diri (‘ilm) dan kefahaman agama (tafaqquh) diri sendiri, samada memiliki ijazah dalam bidang agama atau bukan dalam bidang agama dan menyerahkan urusan agama terutama sekali yang melibatkan hokum hakam kepada ulama’ yang berkelayakan,agar ia tidak membicarakannya tanpa ilmu dan mengikut hawa nafsu.
Di sini dinukilkan apa yang telah ditulis oleh Sayyid Hasan bin Ali as-Saqqaf di dalam nota kaki bukunya Shahih Shifah Sholah an-Nabi, yang menukilkan tulisan gurunya Al-Mahaddith,Sayyid Abdullah bin Shiddiq al-Ghummari di dalam kitabnya Ar-Radd al-Muhkam al-Matin:
“ Sekiranya kamu meyakini bahawa kertas(syahadah) ijazah yang kamu dapat boleh menjadikan kamu kelompok para ulama’ dan boleh membawamu bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu,maka kamu telah salah dalam keyakinanmu itu,serta ia sangat jauh dari kebenaran.
Tidakkah kamu tahu bahawa kertas(ijazah) inilah yang kadang-kadang merosakkan ilmu, bahkan mematikannya,serta menjadikan orang-orang jahil sebagai ulama’
Dan musibah yang paling besar ialah orang awam menjadikan orang jahil ini sebagai tempat rujukankepada mereka dalam masalah hokum-hukum agama sedangkan tiada sedikit pun beza diantara mereka melainkan dengan sekeping ijazah.
….kerana seorang alim (orang yang berilmu) yang menjadi keutamaannya ialah ilmu.Dia tidak terpedaya dengan kertas atau beberapa lembaran ijazah.Seorang alim adalah orang yang selalu tekun menelaah kitab-kitab dan melakukn mengkajian.
….ijazah yang ada pada zaman sekarang ialah suatu yang baru kerana ia tidak wujud pada zaman ulama’ dahulu .Ia boleh menjadi sesuatu yang tercela dan membahayakankan kerana ia menjadi sebab atau alat untuk penindasan ilmiah sekarang ini.Ia juga menjadi sebab kebergantungan pembawanya (ijazah itu) kepada mencari kerja melalui helah (alasan)keilmuan yang ada tecatat dalam ijazah tadi. Sedangkan para ulama’ dahulu sebelum adanya ijazah , mereka hidup dengan usaha sendiri dan menyebarkan ilmu dengan ikhlas ,maka fikirkannya dengan mendalam!
Adalah ilmu pada masa dahulu, selalu bertambah dan ulama’selalu dalam kemuliaan dan mempunyai kedudukan. Kata-kata mereka di dengar ,arahan-arahan mereka  ditaati ,bukan hanya ditaati oleh orang awam dan rakyat biasa sahaja,tetapi juga oleh raja,khalifah dan orang-orang yang berpangkat.Kita di zaman sekarang macamne pulak?sepertinya orang yang kurang berilmu ini adakalanya mendapat tempat di hati masyarakat...Nauzubillahimizalik...
Huraian ini amat menarik sekali…Sebenarnya ini adalah huraian dari persoalan tentang “Adakah wajib kita percayakan ulama,apakah dalilnya?”
Dan jawapannya yang diberi ialah  jika tiada wajib membenarkan ulama’, nescaya tiada wajib juga membenarkan Qur’an dan hadis nabawi,kerana sampainya Qur’an dan hadis kita dengan jalan ulama’ dan Qur’an (ahli ilmu Qur’an) adapun tiada membenarkan ulama’ dan tiada percayakan mereka itu satu kaedah yang dijadikan asas yang kukuh oleh Kaum Muda, supaya menarik dan membawa orang Islam kepada Kafir,kerana setengah daripada mereka telah menjadi murtad dan menyembunyikan murtadnya,mereka itu berusaha mencari jalan bagi mendatangkan syak kepada orang Islam dengan apa jua jalan.
Adapun dalil wajib mengikut ulama’ terlalu banyak.Kalau sudah kita mempecayai doctor-doktor,jurutera-urutera dan orang-orang yang mahir dalam kira-kira dan pertukangan pada ilmu mereka itu ,betapa kita tidak percaya dan tidak membenarkan ulama’ Islam pada ilmunya.Adapun dalil ijma’ iaitu umat Islam wajib belajar ilmu agama dan telah maklum belajar itu mestilah ada gurunya dan guru itu mestilah orang alim dan bukannya orang jahil.Selain itu,ijma’ umat Islam juga wajib bertanya kepada ulama’di dalam masalah hukum .
Dalilnya daripada Al-Quran iaitu firman Allah yang bermaksud:
“Kemudian kami paksakan Al-Quran iaitu kepada mereka-mereka yang telah kita pilih daripada segala hamba-hamba kami”
Maka mereka yang memakai Al-Quran itu ulama’ maka betapa tidak harus mendustakan orang-orang yang telah dipilih oleh Allah dan orang-orang yang telah diajar oleh nabi akan Quran dan hikmat itu ialah ulama’ daripada sahabat-sahabat dan tiada dapat berjumpa dengan mereka itu adalah ulama’ umat Islam yang kemudian daripada mereka itu.
Golongan yang tidak menerima pendapat orang lain dan merasa diri sudah cukup ilmu serta tidak menghormati para ulama’muhaqqiqin,yang terkenal dengan kedalaman ilmu dan ketinggian himmah serta ketinggian ubudiyah kepada Allah, seringkali tidak beradab dan bersikap keras dan ghuluw (melampaui batas) terhadap para ulama’ini.
Maka , marilah sama-sama lah kita menginsafi diri semoga dijauhi daripada golongan yang melampaui batas dan hendaklah kita tolong menolong dalam kebaikan.. sepertimana dalam firman Allah surah Ar-Rahman,60..((Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula).))
Rujukan : 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah (Muhadir Jull)

Sunday, September 12, 2010

HakiKAT kEMEnangan Umat Islam


Assalaamu'alaikum....salam kemenangan kepada semua pengunjung sekalian...moga kita bertemu kembali dengan romadhan yang akan datang.....bulan yang sentiasa dirindui..bak kata-kata ini..Barangsiapa menanam pokok kerana mengharapkan buahnya,dia akan menyiramnya pada waktu-waktunya. Tanda menyerapnya pohon itu terhadap air ialah daun-daunnyamenjadi hijau subur. Apabila telah subur dan berlalu beberapa lama, kemudian terkena panas matahari dan daun-daunnya menjadi kering, nyatalah pokok itu tidak menyerap air. Apabila daunnya tidak kering, malah menghijau, nyatalah pohon itu menyerap air.
Begitu juga dengan keadaan manusia, di dalam bulan Ramadhan mereka berpuasa, mengerjakan solat, membaca Al Quran dan melakukan berbagai-bagai amalan kebaikan dan kebajikan. Iaitu semata-mata mengharapkan diterimanya semua amalan dengan sebab berkatnya bulan Ramadhan. Tanda diterimanya segala amalan itu ialah sesudah bulan Ramadhan dia masih tetap selalu taat dan selalu beribadah. Puasa enam di bulan Syawal ialah amalan Rasulullah, para sahabat dan orang-orang soleh. Banyak kelebihan-kelebihan dan keutamaannya yang disebut oleh Rasulullah saw dan orang-orang soleh. Sabda Nabi saw.: “Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian mengikut sertakannya enam hari di bulan Syawal, maka dia terlepas dari dosa-dosanya sebagaimana dia dilahirkan oleh ibunya.” “Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan kemudian menyertakan bulan Ramadhan itu dengan puasa enam hari dari bulan Syawal, dia seperti berpuasa setahun penuh.”
Seterusnya sabda Nabi saw.: “Orang yang berpuasa sesudah bulan Ramadhan seperti orang yang mengulangi (perang) sesudah melarikan diri.” Ertinya siapa yang telah selesai berpuasa kemudian berpuasa lagi seperti orang yang lari dari medan peperangan kemudian kembali kepada perang. Maksudnya dia telah berpuasa di bulan Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal.

Sebenarnya penulis ingin menyampaikan apa yang penulis rasa....ketika sibuk mengemas rumah dan mengelap habuk-habuk di almari dan rak-rak buku..penulis terlihat banyak sungguh artikel-artikel mengenai Hizbt Tahrir Malaysia. Mungkin artikel ini ayahanda perolehi dari masjid ketika usai solat Jumaat. Siap diberi kad raya lagi..Mengikut pandangan penulis memang betul lah hakikat kemenangan umat Islam suatu masa nanti adalah tertegaknya sistem khilafah di atas jalan kenabian.....
 
Yang Pergi Itu Akan Kembali(petikan sajak dalam kad raya HT)

Maka di sini kami berdiri dengan seruan setulud hati
Gandinglah tangan ikhlas ini agar kembali tertegak Khilafah yang dijanji..
Ayuh saudaraku!singsing lengan bajumu jauh tinggi di atas siku
melangkahlah dengan derap yang gagah bersama kami menguak segala payah untuk menempuh jalan ke fitrah..supaya kita berjaya masuk ke seluruh gerbang syariah..jangan kau mundur jangan menyerah kalah...
Semoga kita..memperolehi marhatillah wa maghfirah di Idul Fitri bersama mengorak langkah berjuang demi kesatuan dan kegemilangan ummah dalam dakapan ibunda sejati yang didamba penuh tabah Khilafah Ar-Rasyidah Ala Minhaj Bubuwah...

Tuesday, September 7, 2010

Benarkah ada konsep anak kunci syurga dalam agama kristian?


Saya petik dari sebuah blog..sila baca
 
Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia
 
Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ' Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.'

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!'

Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'

'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!'

'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'

'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca 'Bismillah.. .' dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).' (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.' (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.' (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ' (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.' (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..' (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci surga itu?'

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! '

Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.'

Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '

Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .**

NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.

Wallahua'lam

Semana kaya atau besar...tetap Allahuakbar! !!! ittaqullah!! !!!
SUMBER:FCR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...