Tuesday, October 26, 2010

Al-Fatihah...




Al-Fatihah…Takziah kepada keluarga angkat ku. Moga roh anak-anakmu dicucuri rahmat. Seorang lagi anaknya telah meniggalkan mereka. Aku teringat di saat belajar di Terengganu dulu, sokmo ada masa terluang bersama sahabatku pergi menziarahi keluarga angkatku di Kg. Raja,Jerteh walaupun berhimpit macam ikan sardin menaiki bas S.P Bumi dari Kuala Terengganu ke Besut. Aku rasa damai dengan sawah padi terbentang luas di hadapan rumahnya. Nak kata aku tidak pernah tengok sawah padi, mustahil pulak kerana bapaku sendiri selepas pencen menyara hidup kami menguruskan sawah tinggalan datukku di Seberang Perak. Mungkin juga kerana layanan mereka terhadap kami tidak berbelah bahagi membuatkan kami selesa bersama mereka dan anak-anaknya. Maka kurasakan Program Baktisiswa yang kuikuti semasa di UDM dulu meninggalkan kesan di jiwaku. Sungguh, aku merindui mereka.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, kata beliau; Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda yg bermaksud… ‘Sesiapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim..(Rwyt Bukhari dan Muslim)


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARKIB : 01/09/2010
http://s9.addthis.com/button1-share.gif
3 maut, 3 parah
Oleh KAMARDIN HAMZAH
pengarang@utusan.com.my
BESUT 31 Ogos - Tiga maut manakala tiga lagi parah dalam dua kemalangan berasingan yang kesemuanya membabitkan motosikal di daerah ini, tengah malam tadi dan semalam.
Dalam kejadian pertama pada pukul 12.15 tengah malam, dua remaja terbunuh apabila motosikal mereka bertembung di Kilometer 4 Jalan Jerteh-Kuala Besut dekat Kampung Alor Lintah.
Mangsa, Mohd. Zailani Mustaffa, 19, dari Kampung Gong Tok Tor dan Muhamad Saifullah Jusoh, 17, dari Kampung Seberang Kastam dekat sini. Kedua-duanya merupakan penunggang motosikal.
Pemangku Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Noor Zainy Mohd. Noor berkata, mangsa yang cedera ialah pembonceng kedua-dua motosikal iaitu Mohd. Habibullah Hassan, 19, dari Kampung Pulau Melati, Tok Raja dan Mohd. Khairul Azmi, 24, dari Kampung Geliga Kemaman.
Katanya, Mohd. Zailani yang menunggang bersama Mohd. Habibullah datang dari arah Jerteh ke Kampung Raja manakala Muhamad Saifullah dan Mohd. Khairul dari arah bertentangan.
Beliau berkata, motosikal Mohd. Zailani dan Muhamad Saifullah dikatakan bertembung ketika masing-masing cuba memotong kereta di hadapan mereka menyebabkan kedua-duanya terbunuh di tempat kejadian.
"Mohd Habibullah dan Mohd. Khairul cedera parah dan dihantar ke Hospital Besut sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan," ujar beliau.

Aku terkejut apabila diberitahu berita ini. Sungguh aku percaya bahawa Allah sangat sayangkan keluarga ini kerana berbagai-bagai ujian yang diterima. Maaf kepada ayah dan ma kerana tidak menjenguk berkongsi perasaan seperti dahulu, apabila seorang lagi anak mereka kembali ke rahmatullah.
Kemalangan jalan raya semakin menjadi-jadi…
Menurut Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, jika ditinjau dari sudut undang-undang jenayah Islam, kematian disebabkan kemalangan jalan raya dikategorikan sebagai pembunuhan yang tersilap kerana kecuaian. Ini disebabkan pelaku tidak mempunyai niat untuk menyebabkan kematian tetapi kematian tetap berlaku disebabkan kecuaian pelaku di jalan raya.
Ia dikenali sebagai al-qatl bi khata', pembunuhan disebabkan oleh kesilapan. Hukuman bagi mereka yang menyebabkan kematian disebabkan kecuaian ketika memandu boleh dikenakan diyah yang ringan iaitu membayar kepada ahli waris si mati sebanyak 100 ekor unta atau yang senilai dengannya.
Malahan pesalah juga dikehendaki membayar kafarah iaitu memerdekakan seorang hamba, jika dia tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Begitu beratnya hukuman bagi mereka yang melakukan jenayah pembunuhan tidak sengaja menurut undang-undang jenayah Islam.
Hukuman ini dianggap adil, setiap pemandu sepatutnya mempunyai sikap berhati-hati di jalan raya dan jika dia menyebabkan kemalangan dan kematian kepada mangsa, pemandu terbabit perlu membayar diyah kepada ahli waris si mati.
Kemungkinan besar, mangsa yang terbunuh adalah ketua keluarga yang menyara anak isteri atau ahli keluarganya dan dengan adanya pampasan bernilai 100 ekor unta atau nilaiannya sama, maka ia dapat meringankan bebanan ahli waris yang masih hidup.
Sungguh hebat undang-undang Islam… bilakah kita akan melaksanakan undang-undang sehebat ini. Aku kesian mangsa yang langgar lari. Siapa yang perlu dipertanggungjawabkan??

Sedikit ingatan buat diri dan pembaca yang kupetik dari majalah Solusi.
Usia umpama harta…bukan banyaknya yang menjadi perhitungan tetapi keberkatannya. Harta yang berkat,sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan. Begitulah usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian.
Panjang pendek umur manusia tidak sama.Kita datang ke dunia ibarat menaiki bas dengan destinasi yang berbeza. Tidak semestinya yang naik dahulu akan turun dahulu.Begitu juga sebaliknya.Tidak semestinya yang naik kemudian akan turun kemudian.Panjang atau pendek umur tidak penting.Apa yang penting ialah bagaimana kita menggunakan nikmat usia yang dianugerahkan Allah selaras dengan tujuan Allah untuk menghidupkan kita…
Orang yang bijak ialah orang yang mengingati mati akan terus membuat persiapan bukan sahaja untuk hidup sebelum mati, tetapi juga untk hidup selepas mati.Merekalah orang prihatin sentiasa memanfaatkan ruang berbuat kebaikan.
Rasullullah saw telah mengingatkan akan keutamaan usia melalui sabdanya yg bermaksud- “ Janganlah salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian, jika dia org yg berbuat baik maka mungkin sahaja kebaikannya akan bertambah dan jika dia org yang berbuat buruk, mugkin sahaja dia akan memohon keampunan (Rwyt al-Bukhari)

Marilah kita renung-renungkan ayat dibawah ini…
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ۬‌ۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةً۬‌ۖ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ ((٣٤
Maksudnya : Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu  maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya. (Al A'raaf 7;34)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...