Friday, January 21, 2011

KETIKA SUJUD KU BERTASBIH



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..


Pagi yang indah dan nyaman,Washfa menguji kebesaran Allah dan bermonolog sendirian... Alhamdulillah..Maha Suci Tuhan Yg Mencipta Alam Semester dan Seisinya..Limpah kurniakan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan kaum kerabatnya...

Tatkala dia menatap laptop comelnya...terus dia mencatatkan sesuatu buat dirinya..

Hati tatkala mahu berkongsi sesuatu di situ sesuatu berbisik seakan-akan menghalang ku berbuat demikian. Aku bukanlah sape2 yang hebat untuk berkongsi pengalaman dan cerita kepada orang lain. Namun jauh di sudut hati mahu berkongsi dengan sahabat2 bukan untuk bermegah-megah tetapi sebagai penguat jiwa yang sentiasa alpa dan leka ini. Aku amat yakin bahawa sejarahlah yang dapat mengembalikan ingatan kita setiap keterlanjuran kita kepada Pencipta....Kini kutahu INILAH SEHRAH KITA....

Aku tidak mahu dianggap sombong dan takabbur oleh sahabat2 kerana siapakah aku yang dijadikan daripada air mani yang hina dan jijik ini mahu berlagak sombong. Namun ku tahu fitrah manusia..tatkala kita tidak punya sesuatu kita diabaikan dan tatkala kita punya sesuatu kita diagung2kan setinggi langit menyebabkan kita sombong dan bongkak...Nauzubillahimizalik..

Kiniku tahu di jalan dakwah ini amat menuntut pegorbanan yang tinggi. Ku tahu di jalan dakwah ini menyeru supaya menghormati seluruh manusia,menyusun pembangunan,menyebarkan kebajikan dan menjamin kebahagiaan melalui akidah tauhid,persaudaraan,persamaan, kemerdekaan dan kesejahteraan.Oleh kerana tauhid ialah suatu kekuatan,persaudaran ialah jalan ke arah kerjasama,persamaan ras ialah jalan keadilan,kebebasan ialah jalan kehormatan dan kesejahteraanialah jalan kemajuan,maka segala tujuan manusia akan diharapkan itu akan tercapai melalui ilmu pngetahuan dan tamadun. Pencapaian ini tidak terpapar indah selagi jauh di bawah lindungan agama (Ahmad Hasan al-Zayyat,al-Wa'yu Islami.)

Arghh...ngomelan kecil kedengaran ....fikiran mula bercelaru....asaimen..kertas kerja..presentation...khatibah...lawatan.....semuanya seakan berlegar2 mcm burung berkejaran...namun hanya manusia yang sedar sahaja diberi kesempatan untuk menerima dengan hati terbuka...cepat2 beristigfar mengenang kebesaran Allah dan yakin Allah memberikan ujian kepada setiap hambanya selagi hambaNya mampu untuk menongkah setiap badai dan rintangan..

Kini aku berpegang pada yakinan ku terhadap pertolongan Allah..aku sedaya upaya untuk mempermudahkan urusan orang lain supaya Allah dapat memudahkan kehidupanku di dunia dan di akhirat kelak.Insyaallah...Sungguh... aku merasai kebahagiaan dan ketenangan apabila membantu sahabat2..dan aku sendiri dapat melihat impaknya..mengimbas lagi sejarah silam..

Kringg...tiba-tiba telefon berdering di saat 15 minit lagi untuk masuk ke dewan peperiksaan..."Assalamualaikum..Kak Ti...ada ape hal ye..".."Waalaikumsalam..Washfa..washfa..ada kat mana ni.akk na mintak tolong sikit..urgent"..."Washfa kat tangga tepi dewan ni...tengah bertakafur...mai la.."..Washfa berasa agak berdebar sambil terus khusyuk menghafal nota2 untuk peperiksaan yang tidak sampai beberapa saat nanti..."Kak Ti..apahal ni tergopoh gapah cari Washfa ni....?".."Nk mintak tolong nie...akk tertinggal kad matrik..risau nanti x bley masuk periksa coz semalam akk pakai beg lain...mintak tolong boley bawakkan akk balik umah jap ambil kad matrik..."fikiran Washfa mula menerawang mencari jawapan yang sesuai sambil melihat nota yang masih belum habis di scan lagi...."ermmm....nak bace nota ni kak..akk amik la moto ni...nek sendiri.."jwb Washfa nada bergurau kerana tahu Kak Ti tidak pandai memandu....."Ok la kak..jom.."...Washfa membonceng Kak Ti sambil berdoa..Ya Allah..Permudahkan urusan ku kelak...


Ku sujud sambil bertasbih menginsafi dosa-dosaku.....di pagi yang hening..sungguh ku merasai kedamaian di sebalik kemengantukan...ku tabahkan diri untuk bermunajat kepadamu kerana ku yakin..bait2 syair ini

Tidakkah kita belajar dari sejarah?
Mengapa kita boleh jadi demikian?
Bagaimana satu empayar yang hebat,
yang bertahan selama 1400 tahun yang lampau
hanya boleh jatuh dengan sekelip mata?
Tidakkah itu satu kepelikan?

Tentu tidak jika kita menoleh pada sejarah

Kerana sejarah melabuhkan tinta
Salahudin adalah orang yang tak pernah tinggal tahajudnya
ketika beliau berjaya membebaskan baitul maqdis
Muhamad Al-Fateh orang yang tak pernah tidur
memikirkan bagaimana untuk menawan Konstatinople
Abu Bakar, Umar, Ali, Ustman, Saad Abu Waqqas,
yang hari-hari mereka tidak pernah kering
dari bacaan Quran, dan telaah ilmu dengan Rasulullah.
Hasilnya mereka berjaya menjadi manusia perkasa!

Tapi apabila kita tidak seperti mereka,
di ketika dunia mengelabui mata kita,
di ketika itu saat iman makin melemah,
dan di saat itulah zaman kehancuran kita!

Nauzubillahimizaik...
Renung-renungkan..moga thabat di jalanNyaa..AMIN.

Thursday, January 6, 2011

Rendah Diri @ Rendah Hati??


Rendahkan diri dan Hati


Ini adalah salah satu sifat dari Akhlak Islamiah yang amat susah dimiliki dan dikuasai oleh seorang muslim lantaran terpaksa berjuang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.
Ibarat ingin memiliki sifat rendah diri seperti ingin memiliki jejaka/perawan yang berakhlak mulia tambahan pula yang dicari itu diketahui mempunyai wajah yang segak/cantik. Mahu lepas kah? Tentu peluang mahu memiliki itu terpaksa melalui pelbagai onak dan duri. Siapa yang sanggup menolak bakal suami/isteri yang berakhlak mulia dan tidak kurang dari segi wajah. Tapi, kepahitan bisa ditempuh  sepanjang melalui ujian memiliki segala yang diidam-idamkan sebelum menjelmanya kemanisan.Tidak mustahil seseorang itu dapat memiliki yang diidam-idamkan tanpa sebarang masalah. Bersyukurlah beliau. Itu nikmat dari Allah. Manakala yang terpaksa berhempas pulas memiliki yang diidam-idamkannya itu tentu mendapat rahsia/hikmah tersembunyi di sebalik ujian yang dilaluinya.
Bersifat rendah diri mestilah kerana Allah bukan kerana manusia. Bukan merendah diri kerana inginkan pujian. Kalau boleh kita selalu berdoa :"Wahai tuhan.. ampunilah daku,jauhilah aku dari sifat takabbur, riak , buruk sangka , ujub,sombong, buruk sangka, ingin dipuji,ingin disayangi,  ingin diambil berat,ingin dicintai,ingin di'itu' ingin di 'ini' dan lain-lain keinginan hati"


Pendakwah selalu diuji dengan sikap u'jub(takjub dengan diri sendiri) dan bangga diri. Namun setelah ditewaskan sikap tersebut , ia datang menjelma semula buat kali berikutnya. Tewas .. datang.. Tewas .. datang. Begitulah hingga kita menemui kematian. Saya cuba nak memberi 3 PETUA agar kita sama-sama dapat menewaskan sifat mazmumah ini. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sahaja. Semoga ia dapat dikongsi bersama. Sebagai peringatan, ilmu dan pengalaman manusia terbatas dan lemah. Bandingkanlah apa yang kita ada dengan Kekuasan Allah dan ternyata kita adalah makhluknya! 



PETUA PERTAMA!
Pabila suara perasaan ini menjelma dalam jiwa, cepat-cepatlah kita berselawat ke atas junjungan besar Baginda s.a.w. Anda semua tahu bukan bahawa selawat ke atas Baginda banyak cara lafaznya tetapi satu tujuan.


Pabila datang bisikan dalam jiwa /hati/diri seperti: "aku ini cantik,aku ini smart,aku ini handsome,aku ini pandai,aku ini baik,aku ni lemah lembut dengan orang tua-tua, pandai jaga hati" dan lain-lain bisikan, maka cepat-cepatlah BERSELAWAT! Jangan menangguh-nangguh ! Insya Allah  dalam sekelip mata , bisikan perasaan tadi akan hilang kerna tewas dalam pertarungan dengan kuasa sakti SELAWAT. Tambahan pula selawat ke atas Baginda mempunyai fadhilat tersendiri. *Allah akan berselawat 10  kali ke atas hambanya yang berselawat ke atas Baginda s.a.w. sebanyak 1 kali. Ini baru ganjaran bagi 1 selawat. Bagaimana agaknya kalau anda berselawat dalam bilangan yang banyak? Tentu banyak fadhilat yang diperolehi. 

* Erti 'Allah berselawat' di atas adalah Allah memberi rahmat ke atas yang berselawat. 

  

PETUA KEDUA!
Pabila datang suara perasaan dalam jiwa /diri/hati kita maka lawanlah perkara tersebut dengan menyandarkannya kepada pihak lain. Agar apa  yang dibanggakan oleh kita itu nampak 'lekeh' atau 'tak setaraf' dengan apa yang dimiliki oleh orang lain. Macam mana perkara itu? Macam ini..


Datang  bisikan perasaan :"aku ini hansome/cantik... tentu ramai yang menaruh perasaan terhadap aku". Bila berhadapan dengan perasaan macam itu, cepat-cepatlah lawan! Begini.. 

Kita lawan dengan suara hati/jiwa :"ada lagi orang yang lebih hansome/cantik dari aku. Siapalah sangat aku ini....".  Maksudnya kita cuba alihkan apa yang kita banggakan itu kepada pihak lain yang lebih layak memiliki perkara tersebut. Contoh terdekat macam ini.. 
  

Kita kata :        >               Tapi  Sebenarnya.....
kita pandai        >              orang lain lebih pandai
kita baik            >              orang lain lebih baik
kita berani         >              orang lain lebih berani
kita hansome     >              orang lain lebih handsome


kita cantik         >              orang lain lebih cantik 




Dan kias atau bandingkan perkara-perkara ini dengan lain-lain  suara bisikan yang pernah , sedang dan akan menyerang anda kelak!  Kedengaran satu kata-kata (saya tidak dapat pastikan samada ianya adalah Hadis Baginda s.a.w. atau kata-kata hikmat ulamak) iaitu:"Jangan selalu melihat kelebihan yang dimiliki oleh mereka  di atas kamu tetapi lihatlah apa yang dimiliki oleh mereka yang di bawah kamu.  Itulah salah satu tembok untuk menjadikan kamu bersyukur dengan apa yang kamu miliki." 



PETUA KETIGA/TERAKHIR!!!
Iaitulah dengan cara kita melawan suara bisikan dalam diri /jiwa kita yang cenderung untuk memuji diri dengan menyandarkan semua sifat-sifat tersebut kembali kepada Allah jua. Ini hak Allah . Itu hak Allah.


Contohnya apabila datang suara bisikan seperti:" Aku ini kuat,aku ini handsome, aku ini cantik , aku ini cerdik, aku ini... tahu itu ini, masyarakat hormat aku, aku orang penting, aku orang penyantun, bersungguh-sungguh dalam sesuatu kerja dan lain-lain suara bisikan" maka cepat-cepatlah kembalikan semua sifat-sifat itu kepada Allah. 


Cuba lihat kata-kata ini.. kita kata tetapi yang sebenarnya..
1)Kita kata kita kuat tapi sebenarnya.. Kekuatan itu milik Allah dan Allah lebih perkasa dari makhluk.
2)Kita kata kita handsome/cantik tapi sebenarnya..  Handsome/cantik itu hak Allah dan Allah bersifat dengan cantik mengatasi kecantikan manusia
3)Kita kata kita cerdik/pandai tapi sebenarnya.. Allah lebih mengatasi segala ilmu aku dan ilmu yang aku miliki hanyalah ibarat debu halus yang berada bumi yang luas.


4)Kita kata: Aku ni berakhlak mulia tapi sebenarnya.. Akhlak aku ini adalah pemberian Allah dan Kekasih Allah iaitulah Baginda s.a.w. adalah lebih tinggi akhlaknya dari umatnya. Jauh beza antara aku dan Rasulallah s.a.w.  


Insya Allah , dengan melawan kata-kata tersebut tadi kita akan merasa tiada sesuatu pun dalam diri kita ini yang boleh dibanggakan kerna semuanya hak Allah jua. Barulah datang selepas itu sikap merendah diri. Iaitulah merendah diri kepada Allah dan bukannya merendah diri kepada manusia! Sesiapa yang merendah diri kepada Allah dengan sebenar-benar makna merendah diri ,saya percaya dia akan menghormati manusia lain di dunia ini kerna dia tahu bahawa semua manusia adalah sama di hadapan Allah. Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah mereka yg kuat TAQWA!
http://muzakarah.tripod.com/rendahdiri.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...