Rendahkan diri dan Hati
Ini adalah salah satu sifat dari Akhlak Islamiah yang amat susah dimiliki dan dikuasai oleh seorang muslim lantaran terpaksa berjuang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.
Ibarat ingin memiliki sifat rendah diri seperti ingin memiliki jejaka/perawan yang berakhlak mulia tambahan pula yang dicari itu diketahui mempunyai wajah yang segak/cantik. Mahu lepas kah? Tentu peluang mahu memiliki itu terpaksa melalui pelbagai onak dan duri. Siapa yang sanggup menolak bakal suami/isteri yang berakhlak mulia dan tidak kurang dari segi wajah. Tapi, kepahitan bisa ditempuh sepanjang melalui ujian memiliki segala yang diidam-idamkan sebelum menjelmanya kemanisan.Tidak mustahil seseorang itu dapat memiliki yang diidam-idamkan tanpa sebarang masalah. Bersyukurlah beliau. Itu nikmat dari Allah. Manakala yang terpaksa berhempas pulas memiliki yang diidam-idamkannya itu tentu mendapat rahsia/hikmah tersembunyi di sebalik ujian yang dilaluinya.
Bersifat rendah diri mestilah kerana Allah bukan kerana manusia. Bukan merendah diri kerana inginkan pujian. Kalau boleh kita selalu berdoa :"Wahai tuhan.. ampunilah daku,jauhilah aku dari sifat takabbur, riak , buruk sangka , ujub,sombong, buruk sangka, ingin dipuji,ingin disayangi, ingin diambil berat,ingin dicintai,ingin di'itu' ingin di 'ini' dan lain-lain keinginan hati"
Pendakwah selalu diuji dengan sikap u'jub(takjub dengan diri sendiri) dan bangga diri. Namun setelah ditewaskan sikap tersebut , ia datang menjelma semula buat kali berikutnya. Tewas .. datang.. Tewas .. datang. Begitulah hingga kita menemui kematian. Saya cuba nak memberi 3 PETUA agar kita sama-sama dapat menewaskan sifat mazmumah ini. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sahaja. Semoga ia dapat dikongsi bersama. Sebagai peringatan, ilmu dan pengalaman manusia terbatas dan lemah. Bandingkanlah apa yang kita ada dengan Kekuasan Allah dan ternyata kita adalah makhluknya!
PETUA PERTAMA!
Pabila suara perasaan ini menjelma dalam jiwa, cepat-cepatlah kita berselawat ke atas junjungan besar Baginda s.a.w. Anda semua tahu bukan bahawa selawat ke atas Baginda banyak cara lafaznya tetapi satu tujuan.
Pabila datang bisikan dalam jiwa /hati/diri seperti: "aku ini cantik,aku ini smart,aku ini handsome,aku ini pandai,aku ini baik,aku ni lemah lembut dengan orang tua-tua, pandai jaga hati" dan lain-lain bisikan, maka cepat-cepatlah BERSELAWAT! Jangan menangguh-nangguh ! Insya Allah dalam sekelip mata , bisikan perasaan tadi akan hilang kerna tewas dalam pertarungan dengan kuasa sakti SELAWAT. Tambahan pula selawat ke atas Baginda mempunyai fadhilat tersendiri. *Allah akan berselawat 10 kali ke atas hambanya yang berselawat ke atas Baginda s.a.w. sebanyak 1 kali. Ini baru ganjaran bagi 1 selawat. Bagaimana agaknya kalau anda berselawat dalam bilangan yang banyak? Tentu banyak fadhilat yang diperolehi.
* Erti 'Allah berselawat' di atas adalah Allah memberi rahmat ke atas yang berselawat.
PETUA KEDUA!
Pabila datang suara perasaan dalam jiwa /diri/hati kita maka lawanlah perkara tersebut dengan menyandarkannya kepada pihak lain. Agar apa yang dibanggakan oleh kita itu nampak 'lekeh' atau 'tak setaraf' dengan apa yang dimiliki oleh orang lain. Macam mana perkara itu? Macam ini..
Datang bisikan perasaan :"aku ini hansome/cantik... tentu ramai yang menaruh perasaan terhadap aku". Bila berhadapan dengan perasaan macam itu, cepat-cepatlah lawan! Begini..
Kita lawan dengan suara hati/jiwa :"ada lagi orang yang lebih hansome/cantik dari aku. Siapalah sangat aku ini....". Maksudnya kita cuba alihkan apa yang kita banggakan itu kepada pihak lain yang lebih layak memiliki perkara tersebut. Contoh terdekat macam ini..
Kita kata : > Tapi Sebenarnya.....
kita pandai > orang lain lebih pandai
kita baik > orang lain lebih baik
kita berani > orang lain lebih berani
kita hansome > orang lain lebih handsome
kita cantik > orang lain lebih cantik
Dan kias atau bandingkan perkara-perkara ini dengan lain-lain suara bisikan yang pernah , sedang dan akan menyerang anda kelak! Kedengaran satu kata-kata (saya tidak dapat pastikan samada ianya adalah Hadis Baginda s.a.w. atau kata-kata hikmat ulamak) iaitu:"Jangan selalu melihat kelebihan yang dimiliki oleh mereka di atas kamu tetapi lihatlah apa yang dimiliki oleh mereka yang di bawah kamu. Itulah salah satu tembok untuk menjadikan kamu bersyukur dengan apa yang kamu miliki."
PETUA KETIGA/TERAKHIR!!!
Iaitulah dengan cara kita melawan suara bisikan dalam diri /jiwa kita yang cenderung untuk memuji diri dengan menyandarkan semua sifat-sifat tersebut kembali kepada Allah jua. Ini hak Allah . Itu hak Allah.
Contohnya apabila datang suara bisikan seperti:" Aku ini kuat,aku ini handsome, aku ini cantik , aku ini cerdik, aku ini... tahu itu ini, masyarakat hormat aku, aku orang penting, aku orang penyantun, bersungguh-sungguh dalam sesuatu kerja dan lain-lain suara bisikan" maka cepat-cepatlah kembalikan semua sifat-sifat itu kepada Allah.
1)Kita kata kita kuat tapi sebenarnya.. Kekuatan itu milik Allah dan Allah lebih perkasa dari makhluk.
2)Kita kata kita handsome/cantik tapi sebenarnya.. Handsome/cantik itu hak Allah dan Allah bersifat dengan cantik mengatasi kecantikan manusia
3)Kita kata kita cerdik/pandai tapi sebenarnya.. Allah lebih mengatasi segala ilmu aku dan ilmu yang aku miliki hanyalah ibarat debu halus yang berada bumi yang luas.
4)Kita kata: Aku ni berakhlak mulia tapi sebenarnya.. Akhlak aku ini adalah pemberian Allah dan Kekasih Allah iaitulah Baginda s.a.w. adalah lebih tinggi akhlaknya dari umatnya. Jauh beza antara aku dan Rasulallah s.a.w.
Insya Allah , dengan melawan kata-kata tersebut tadi kita akan merasa tiada sesuatu pun dalam diri kita ini yang boleh dibanggakan kerna semuanya hak Allah jua. Barulah datang selepas itu sikap merendah diri. Iaitulah merendah diri kepada Allah dan bukannya merendah diri kepada manusia! Sesiapa yang merendah diri kepada Allah dengan sebenar-benar makna merendah diri ,saya percaya dia akan menghormati manusia lain di dunia ini kerna dia tahu bahawa semua manusia adalah sama di hadapan Allah. Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah mereka yg kuat TAQWA!
http://muzakarah.tripod.com/rendahdiri.html
No comments:
Post a Comment