Sunday, April 8, 2012

rAHMAT atau Bencana?!!


Alhamdulillah..syukur dengan nikmat Islam dan Iman yg masih bertapak di jiwa dan moga2 hidayah tersebut kekal hingga kita mengadap Allah Azzawajalla...

Kepesatan itu…

Tatkala menjamu selera di Restoran Norain Tomyam di tepi jalan di malam hari bersama keluarga tercinta, penulis  terlihat lori2 besar yang lalu lalang di jalan utama kawasan penulis, semestinya penulis merasakan tentu lori2 yang lalu lalang ini menuju ke kawasan Teluk Rubiah yang tidak sampai 3km dari kediaman penulis dan dikhabarkan akan dibuat kilang besi.

Ada yang menyatakan  Zon Pelancongan di Teluk Rubiah akan ditukarkan kepada Zon Industri.Teluk Rubiah dijual atas nama "pembangunan". Dan alasan ianya dijual? Teluk Rubiah Beach & Golf Resort tidak mendatangkan keuntungan yang cukup. Sebenarnya, resort tersebut membuat keuntungan tetapi penyelenggaraan golf course melebihi keuntungan yang dibuat. Penulis sebenarnya kurang pasti sejauh mana  kesahihan fakta tersebut dan mengakui kejahilan penulis terutamanya isu politik di kawasan penulis.


Sepertimana kita ketahui, kedudukan harta sangatlah tinggi dihati manusia, menjadi sesuatu yang sangat dicintai dan berharga bagi mereka. Allah Ta’ala berfirman,

إِنَّ الْإِنْسَانَ لِرَبِّهِ لَكَنُودٌ (6) وَإِنَّهُ عَلَى ذَلِكَ لَشَهِيدٌ (7) وَإِنَّهُ لِحُبِّ الْخَيْرِ لَشَدِيدٌ (8)
“Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada Tuhannya, Dan Sesungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri) keingkarannya, Dan Sesungguhnya Dia sangat bakhil karena cintanya kepada harta.”(Qs. Al-Aadiyat: 6-8)

Lihat sendiri, Allah juga ada mengaitkan sikap manusia yang ingkar hanya semata-mata harta. Itulah sifat manusia yang sebenar dan diri ini tidak terkecuali sehingga Rasululloh shallallahu ‘alaihi wa sallam menggambarkan besarnya kecintaan manusia kepada harta dalam sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam:

لَوْ كَانَ لاِبْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ ؛ لاَبْتَغَى ثَالِثاً , وَلاَ يَمَلأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلاَّ التُّرَابُ , وَيَتُوْبُ الله عَلَى مَنْ تَابَ
Seandainya anak Adam memiliki dua lembah harta; pasti ia menginginkan yang ketiga, sedangkan perut anak Adam tidaklah dipenuhi kecuali dengan tanah, dan Allah memberi taubat-Nya kepada yang bertaubat. (2)

Tambahan juga mengenai pembinaan STESEN Janakuasa Sultan Azlan Shah di Manjung, Perak berasaskan pembakaran arang batu berkapasiti 2,100MW sehari. 
Menara yang tinggi berbentuk silinder boleh dilihat jelas dari perumahan kediaman penulis.



Peristiwa 2 Februari 2012 itu mungkin petanda…

Sebenarnya, dulu penulis tidak ambil pusing mengenai pembangunan pesat di kawasan penulis, tetapi hari demi hari penulis merasakan kepesatan yang dialami ini pasti ada kesannya. Penulis kembali teringat peristiwa yang berlaku di kawasan kediaman penulisan iaitu ribut yang tidak pernah terjadi sehingga menerbangkan atap-atap jiran dan sungguh, penulis bersyukur kerana rumah penulis tidak mengalami kerosakan pada waktu itu dan amat risau kejadian seumpama itu berlaku lagi dan kami tidak terlepas dari bencana tersebut. Tiba2 persoalan mengapa kejadian ini berlaku timbul di benak fikiran.

Lantas penulis kembali mentadabbur firman tuhan yang berbunyi

“Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan-perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [TMQ ar-Rum (30):41].

Di dalam surah Ar-Rum yang mengesahkan bencana hari ini adalah angkara tangan kita. Sungguh, Allah lebih awal menyatakan atau memberi amaran perihal kerosakan akibat tangan manusia ini melalui al-Quran dan sejauh mana kita menghayatinya


Pada 2 Februari 2012, di saat hujan turun ketika itu, penulis amat bersyukur kerana memang diakui amat jarang sekali hujan sampai di kawasan kediaman penulis...namun...dianggarkan lebih 200 buah rumah mengalami kerosakan apabila atap diterbangkn oleh angin dan pokok2 tumbang apabila ribut melanda....alhmdulillh...rumah penulis terkecuali saat itu. Berat mata memndang bert lagi bahu memikul...moga kesabaran bersama jran2 tetanggaku dan penulis dapat melihat semua orang keluar rumah untuk mengetahui cerita yang sebenar dan tidak kurang pula terus terfikir untuk meminta bantuan dari DUN@ Parlimen masing2 untuk mendapat pembelaan. Itulah sikap manusia, jika ditimpa bencana atau kesusahan terus inginkan pembelaan walhal kita sebagai khalifah adakah sepenuh kudrat kita memenuhi perintah dan seruan Allah?

Mungkin ini hanya perasaan penulis sahaja mengaitkan apa yang berlaku ini  dengan kepesatan pembangunan, namun penulis juga akui ianya mungkin antara tanda2 kiamat selain tanda2 yang sudah berlaku ketika ini…Ya Allah apakah persiapan ummatMu ini berhadapan dengan hari Kiamat..sudah cukupkah amalan kami Ya Allah...

“Di antara tanda dan syarat kiamat adalah bahawa anak-anak menjadi pemarah, hujan akan menjadi bencana, dan bahawa jumlah orang-orang jahat akan melimpah.” (hadis riwayat Thabrani dari Ibnu Mas`ud)



Dan mungkin juga Allah nak turunkan bala kat kediaman penulis seperti Tsunami yang berlaku di Acheh di mana penulis sendiri merasai gegarannya kerana dari sudut pemerhatian penulis, banyak juga perkara2 yang tidak sedap di dengar dengan sikap penduduk yang penulis tahu dari ibu antaranya semakin berleluasa anak2 dara mereka membawa kekasih yang bukan mahram untuk bermastautin di rumah  ketika cuti dan semestinya perkara ini berlaku kerana mendapat keizinan dari ibu bapa mereka. Kami memohon hidayah dan petunjukMu Ya Allah. Tunjukilah kami jalan yang lurus...janganlah Engkau bebankan kami dengan beban yang tidak mampu kami pikul Ya Allah...


Solusi


Benarlah kata Saidina Umar ra, Iman itu menaikkan taraf hidup manusia.Isu penjagaan alam sekitar sebenarnya menentukan sejauh mana maju sesebuah negara itu dan tidak salah  penulis mengaitkan isu penjagaan alam sekitar juga adalah isu Islam.

Ini kerana, Islam juga mendidik umatnya supaya sentiasa memelihara dan menjaga kebersihan bumi yang kita diami dengan sebaik mungkin demi kesejahteraan makhluk seluruhnya. Kita dilarang membuat kerosakan sesuka hati kerana khuatir akibat buruk itu akan kembali kepada kita semula.
Percayalah, Allah memberikan harta kepada sebagian hamba yang dikehendaki-Nya dan menahan dari hamba-Nya yang lain yang dikehendaki-Nya. Sebagai ujian dan berbagai hikmah lainnya. Sebaik-baik harta adalah harta yang baik di tangan orang yang soleh. Moga setiap harta yang kita peroleh menjadi salah satu nikmat terbesar dan digunakan untuk ketaatan kepada Allah dan kita mesti akui bahawa ianya akan menjadi bencana bila ia digunakan untuk keburukan. Ini kerana, manusia akan ditanya di hari kiamat tentang hartanya dimana ia mendapatkannya dan kemana ia infakkan.
Penjagaan alam sekitar mesti diterima sebagai sebahagian daripada dakwah dan jihad di jalan Allah.Untuk peringatan penulis dan warga pembaca…lebih kuat Iman, lebih kuatlah kita menjaga alam persekitaran..walau di Manjung tiada bendang tapi aku membesar di kawsan bendang dan sungguh aku pencinta ALAM DAN ALLAH...Ya Allah, selamatkan kami dari kemurkaanMu... Allahua'lam…


dunia oh dunia...budak zaman dulu main dengan alam..budak zaman sekarang main ngan teknologi...(kredit to along n adi time kecik2)



Contengan jALaNan iNSAN kERDIL... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...