"Biar hati mati ditolak cinta insani, Biar badan lesu ditohmah kata keji,Janganlah kau menangis wahai mata hati,Menangislah andai cintamu ditolak Ilahi,Hidupkan hatimu dengan redha Ilahi,Moga kita antara pengemis cinta Ilahi,Perindu SHAHID yg abadi...."
Wednesday, August 18, 2010
KETIKA CINTA BERTASBIH SPECIAL RAMADHAN
Assalamualaikum..berkesempatan lagi ku kongsikan sesuatu kepada sahabat yang ku sayangi kerana Allah...
Ramadhan kini kurasakan berlainan sama sekali kerana selain kita menjalankan ibadah puasa dalam sesi pengkuliahan ,tidak dapat tidak aku percaya segelintir dari kaum wanita atau muslimah di luar sana sedang merasakan demam sinetron Ketika CintA Bertasbih versi Romadhan.Moga ia tidak sama sekali mengganggu ibadahmu di bulan yang mulia ini.
Sebenarnya sinetron ini adalah lanjutan dari kejayaan sebuah filem Ketika Cinta Bertasbih yang diangkat dari novel karangan Habiburrahman El-Syirazy.Siapa tidak kenal penulis ini kerana beliau juga pernah mengegarkan dunia penulisan umumnya sebelum ini dek kerana penangan novel Ayat-ayat Cinta di mana jalan ceritanya cukup Islamic dan menarik.
Memang tidak dinafikan, jika novel diadaptasikan ke filem harus ada kelainannya. Dari sudut pandangan positif, dalam proses pembikinan filem,antara filem Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih memang jauh berbeza. Manakan tidak filem atau drama KCB ini kurasakan amat halus dan sesuai sebagai wadah menyebarkan dakwah. Batas-batas pergaulan dan ikhtilatnya kurasakan dijaga. Mana tidaknya pelakon-pelakon yang terlibat juga telah dipilih melalui audition yang dijalankan secara teliti.Pelakon-pelakonnya tidak dapat tidak memang tahu akan batas-batas pergaulan dan syariat yang harus dijaga.Namun, ini adalah pandangan semata-mata.Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
Alangkah bagusnya kalau Malaysia juga boleh melakukan ini sedemikian rupa.Moga melalui kejayaan filem atau drama yang bercorak Islamic ini dapat membuka mata semua golongan daripada kita untuk berusaha menjadi penulis skrip,produser, pengarah, penerbit yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan utama dan seterusnya menjadikan media sebagai wadah untuk berdakwah dan paling terkesan kepada mad'unya.
p/s: Adakah Nur Kasih juga akan menjadi satu fenomena luar biasa yang setanding dengan drama KCB ini..?Kita tunggu dan lihat.
-BERhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah..hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah..
Tuesday, August 17, 2010
Usrah itu tak wajib @ wajib?
ASSALAMUALAIKUM....salam ukhwah kepada semua pengunjung..apa khabar iman? moga sihat walafiat hendaknya.
Kenangan terindah sewaktu aku diamanahkah untuk mengadakan Smart Group sedikit sebanyak memberi pengajaran buatku.Macam-macam reaksi dibangkit dan ditanya mengenai kewajipan usrah yang telah disepakati dalam mesyuarat agong organisasi.
Sudah lama aku membaca article dari emel yang ku terima..namun baru sempat ku kongsikan dengan sahabat sekalin....semoga bermanfaat...
------------------------------------------------------------------------------
Begini, usrah itu wajib kepada orang yang menjadi ahli da’wah dan tidak wajib kepada yang bukan ahli da’wah.” Permulaan jawapan yang sengaja dibiarkan berselirat. Ya. Umpama mengena lagi, kali ini dari adik muslimin. “Erm.. macam mana tu abang hakim, bukan ke setiap orang yang mengatakan lailaha illa allah itu seorang daie”. Jelas kelihatan dan keserabutan di muka setiap peserta.
Ana menjawab, “Sebenarnya, kewajiban menyertai usrah ini jatuh kepada ahli da’wah iaitu orang yang telah berintima’ @ menyertai jemaah islam secara langsung. Sebagai analogi, hanya orang yang mendaftar di university sahaja yang wajib masuk ke lecture. Masyarakat yang tidak mendaftar di universiti tidak wajib untuk masuk ke lecture walaupun umur mereka sebaya.”
Justeru, dengan persetujuan menyertai jemaah islam bererti kita telah bersetuju menurut segala perancangan yang disusun oleh jemaah. Perkara pokok sebuah jemaah ialah tarbiyyahnya dan tunjang tarbiyyah ialah usrah.
Menyertai usrah adalah wajib kepada ahli jemaah kerana disitu tempat percambahan fikrah jemaah berlaku. “Abang Hakim, maknanya usrah tue tempat kita menuntut ilmu ye?” seorang peserta mengajukan soalan. Ana tersenyum. Bagus, mereka semua bersemangat dan tidak tidur.
“Usrah bukanlah tempat menuntut ilmu!” Beberapa orang peserta kelihatan tercengang dan terkebil-kebil mata. Ana menyambung lagi, “Usrah juga bukanlah tempat untuk berukhuwwah” Kelihatan kerut di beberapa muka peserta. Sengaja ana biarkan mereka terus berfikir.
Sebenarnya usrah adalah tempat untuk kita berbincang, bukan untuk menadah kitab. Usrah bukanlah tempat untuk berukhuwwah, tapi tempat untuk membina ukhuwwah. Outcome dari usrah barulah kita katakan mendapat ilmu dan ukhuwwah.
Sebagai analogi, di kilang kereta, orang tak naik kereta. Di situ tempat buat kereta. Dari besi yang besar, keras serta tidak berwarna, ia diketuk, dipanaskan , di pandu uji , dibentuk acuan dan kemudian dicat. Besi itu dipasangkan pula dengan stering, tayar , cermin dan pelbagai lagi. Setelah proses ‘tarbiyah’ itu berlaku, barulah sebuah kereta yang canggih dan lawa di pasarkan. Berebut-rebutlah kita memuji kemantapan kereta itu. Itu jika proses pembuatannya teliti, kalau cincai…. Bersiap sedialah dengan komen dan kutukan pengguna.
Begitulah dengan usrah, segala proses pembentukan itu berlaku dalam usrah. Dari seorang yang tidak dikenali kepada orang yang terkenal. Hasilnya hanya dapat dilihat di luar usrah. Sebab itu dahulu pernah dipopularkan satu istilah, “Usrah yang sebenar bermula dengan tasbih kafarah dan berakhir dengan al fatihah.”
Tidak wajib menyertai usrah kerana dia bukan ahli da’wah. Menurut al Fadhil Ustaz Fathi Yakan, mad’u boleh diklasifikasikan kepada 2 golongan. Golongan istifadiah dan golongan jamhariah.
Golongan istifadiah ialah golongan ekslusif. Mereka sudah ada kesedaran islam. Bahkan mereka sudah mula dan mahu menyebarkan islam. Bagi golongan ini, mereka wajib berusrah kerana mereka merupakan golongan yang sudah berintima dengan jemaah. Mereka inilah yang kita gelarkan sebagai ahli da’wah.
Golongan jamhariah ialah golongan orang awam. Mereka baru nak berjinak-jinak dengan Islam. Kalau di UTP, mereka ialah adik-adik smart group. Mereka belum lagi menjadi ahli da’wah. Pendekatan kena berbeza dengan orang yang berlatar belakang pendidikan Islam. Kena banyakkan program sampingan seperti ziarah, riadah, makan bersama, rehlah dan apa sahaja yang boleh menarik minat.
Ingatlah , usrah bukanlah tempat untuk menuntut ilmu, tapi tempat untuk membina kefahaman. Selamat berusrah adik-adikku. (^^)/"
SUMBER DARI
weblog : http://respeks. blogspot. com
CorEtaN BuatMu
Wahai sahabatku...dijalan Allah, ukhwah ini bukan milikku dan bukan jua milikmu. Ukwah ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia.Aku ingin engkau ketahui bahawa Islam itu indah, percayalah..jika engkau tekadkan hatimu dan bulatkan azammu demi pejuangan mengenal cinta Allah, nescaya engkau akan dapat merasai kemanisan Islam dan Iman. Semoga setiap denyut jantungmu wahai sahabatku adalah untuk Islam yang satu. Ingatlah Allah dalam hatimu, nescaya tiada duka untukmu.Ingatlah Allah dalam jiwamu, nescaya musibah dunia tiada untukmu.Kelmarin, Allah membantumu.Percayalah,hari ini,esok dan selama-lamanya Allah tetap membantumu wahai sahabatku yang kusayangi kerana Allah.
Ketahuilah sahabatku, cukuplah Allah bagiku,hanya Allahlah tempat aku bertawakal dan berserah diri.Ketahuilah jua, jalan dakwah ini bukan pintaku namun aku bersyukur setinggi-tinggi kesyukuran kerana jalan dakwah inilah telah disuratkan untukku.Aku yakin, hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang terus berada di jalan murni ini. Marilah sahabatku bersama-sama kita beriringan tangan menuju cinta Ilahi.Namun hanya itu yang termampu aku lakukan,Allah sahaja yang dapat membuka pintu hatimu. Sepertimana firmanNya yang bermaksud "Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.(Surah An'aam,125)
Sahabatku tercinta, ku doakan semoga engkau tabah mengharungi liku-liku hidup ini. Ketahuilah di hadapan sana banyak lagi cabaran dan rintangan yang harus ditempuhi. Namun apakah tujuan hidupmu sebenarnya? Belum terlambat lagi sahabatku untuk engkau renung-renungkan tiga soalan ini.1) dari mana sebenarnya engkau datang dan diciptakan?2)untuk apa engkau dihidupkan sebenarnya sahabatku?3) dan ke mana akhirnya engkau dikembalikan? Moga tiga soalan ini dapat menyelamatkanmu dari dunia yang fana dan serba menipu ini.
Marilah sahabatku dan diri yang jahil ini sama-sama membuat sebanyak mungkin kebaikan (fastabiqulkhairat) dan tinggalkanlah sebanyak mungkin kejahatan dan keburukan..sesungguhnya keburukan-keburukan ini hanya akan mematikan jiwa-jiwa dan hati-hati kita.Pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita. Ketahuilah hukuman bagi sesuatu kejahatan selain azab seksa di neraka Jahannam ialah kejahatan yang lain selepasnya. Kawallah nafsumu kerana nafsu itu dari syaitan dan syaitan sentiasa ingin menyesatkan manusia. Ketahuilah juga sahabatku bahawa ganjaran bagi sesuatu kebaikan ialah kebaikan-kebaikan lain pula selepas itu selain pahala yang engkau peroleh.
Insan terpilih,oleh itu "Apabila kamu merasa letih kerana membuat kebaikan,ketahuilah sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal.Namun jika kamu berseronok dengan keseronokan dan perkara-perkara lagho,keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan terus kekal"(Saidina Ali bin Abi Talib)

Wahai sahabatku, marilah kita sama-sama berusaha mencapai kesempurnaan iman.Sesungguhnya iman itu adalah segala-galanya bagi kita.'Barangsiapa mencintai sesuatu kerana Allah , membenci sesuatu kerana Allah dan menolak sesuatu pun kerana Allah,maka dia telah mencapai kesempurnaan iman.'Oleh itu, dalam kita melangkah..terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis..pahitnya terasa Ya Allah...tapi ketahuilah dan renunglah kembali di dalam diri kerana mungkin ia mungkin petanda kaffarah dosamu sahabtku lantaran adanya langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan hati.Sahabatku,kadangkala kesusahan mengajar kita erti kesabaran,ketabahan dan keikhlasan..tapi yang utama semakin kita diuji harusnya semakin kita rasa tinggi pergantungan pada yang Esa..lihatlah setiap inci episod kehidupan ini dengan senyuman dan ketenangan.Oleh itu, harusnya kita menganggap bahawa setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.Itulah istimewanya Islam.Percayalah kepada Qada' dan Qadar.
Akhir kata, marilah kita renung-renungkan firman Allah ini "Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal.(Al-Imran,160)
Oleh itu,percaya dan yakinlah setiap langkahmu akan diberkati Allah kelak."..Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agamaNya).Sesungguhnya, Allah Maha Kuat,Maha Perkasa"(Surah Al-Hajj: 40)
Semoga bermanfaat untuk diri dan sahabat ...
Subscribe to:
Posts (Atom)