Wahai sahabatku...dijalan Allah, ukhwah ini bukan milikku dan bukan jua milikmu. Ukwah ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia.Aku ingin engkau ketahui bahawa Islam itu indah, percayalah..jika engkau tekadkan hatimu dan bulatkan azammu demi pejuangan mengenal cinta Allah, nescaya engkau akan dapat merasai kemanisan Islam dan Iman. Semoga setiap denyut jantungmu wahai sahabatku adalah untuk Islam yang satu. Ingatlah Allah dalam hatimu, nescaya tiada duka untukmu.Ingatlah Allah dalam jiwamu, nescaya musibah dunia tiada untukmu.Kelmarin, Allah membantumu.Percayalah,hari ini,esok dan selama-lamanya Allah tetap membantumu wahai sahabatku yang kusayangi kerana Allah.
Ketahuilah sahabatku, cukuplah Allah bagiku,hanya Allahlah tempat aku bertawakal dan berserah diri.Ketahuilah jua, jalan dakwah ini bukan pintaku namun aku bersyukur setinggi-tinggi kesyukuran kerana jalan dakwah inilah telah disuratkan untukku.Aku yakin, hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang terus berada di jalan murni ini. Marilah sahabatku bersama-sama kita beriringan tangan menuju cinta Ilahi.Namun hanya itu yang termampu aku lakukan,Allah sahaja yang dapat membuka pintu hatimu. Sepertimana firmanNya yang bermaksud "Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.(Surah An'aam,125)
Sahabatku tercinta, ku doakan semoga engkau tabah mengharungi liku-liku hidup ini. Ketahuilah di hadapan sana banyak lagi cabaran dan rintangan yang harus ditempuhi. Namun apakah tujuan hidupmu sebenarnya? Belum terlambat lagi sahabatku untuk engkau renung-renungkan tiga soalan ini.1) dari mana sebenarnya engkau datang dan diciptakan?2)untuk apa engkau dihidupkan sebenarnya sahabatku?3) dan ke mana akhirnya engkau dikembalikan? Moga tiga soalan ini dapat menyelamatkanmu dari dunia yang fana dan serba menipu ini.
Marilah sahabatku dan diri yang jahil ini sama-sama membuat sebanyak mungkin kebaikan (fastabiqulkhairat) dan tinggalkanlah sebanyak mungkin kejahatan dan keburukan..sesungguhnya keburukan-keburukan ini hanya akan mematikan jiwa-jiwa dan hati-hati kita.Pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita. Ketahuilah hukuman bagi sesuatu kejahatan selain azab seksa di neraka Jahannam ialah kejahatan yang lain selepasnya. Kawallah nafsumu kerana nafsu itu dari syaitan dan syaitan sentiasa ingin menyesatkan manusia. Ketahuilah juga sahabatku bahawa ganjaran bagi sesuatu kebaikan ialah kebaikan-kebaikan lain pula selepas itu selain pahala yang engkau peroleh.
Insan terpilih,oleh itu "Apabila kamu merasa letih kerana membuat kebaikan,ketahuilah sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal.Namun jika kamu berseronok dengan keseronokan dan perkara-perkara lagho,keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan terus kekal"(Saidina Ali bin Abi Talib)

Wahai sahabatku, marilah kita sama-sama berusaha mencapai kesempurnaan iman.Sesungguhnya iman itu adalah segala-galanya bagi kita.'Barangsiapa mencintai sesuatu kerana Allah , membenci sesuatu kerana Allah dan menolak sesuatu pun kerana Allah,maka dia telah mencapai kesempurnaan iman.'Oleh itu, dalam kita melangkah..terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis..pahitnya terasa Ya Allah...tapi ketahuilah dan renunglah kembali di dalam diri kerana mungkin ia mungkin petanda kaffarah dosamu sahabtku lantaran adanya langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan hati.Sahabatku,kadangkala kesusahan mengajar kita erti kesabaran,ketabahan dan keikhlasan..tapi yang utama semakin kita diuji harusnya semakin kita rasa tinggi pergantungan pada yang Esa..lihatlah setiap inci episod kehidupan ini dengan senyuman dan ketenangan.Oleh itu, harusnya kita menganggap bahawa setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.Itulah istimewanya Islam.Percayalah kepada Qada' dan Qadar.
Akhir kata, marilah kita renung-renungkan firman Allah ini "Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal.(Al-Imran,160)
Oleh itu,percaya dan yakinlah setiap langkahmu akan diberkati Allah kelak."..Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agamaNya).Sesungguhnya, Allah Maha Kuat,Maha Perkasa"(Surah Al-Hajj: 40)
Semoga bermanfaat untuk diri dan sahabat ...
No comments:
Post a Comment