Wednesday, August 18, 2010

KETIKA CINTA BERTASBIH SPECIAL RAMADHAN


Assalamualaikum..berkesempatan lagi ku kongsikan sesuatu kepada sahabat yang ku sayangi kerana Allah...

Ramadhan kini kurasakan berlainan sama sekali kerana selain kita menjalankan ibadah puasa dalam sesi pengkuliahan ,tidak dapat tidak aku percaya segelintir dari kaum wanita atau muslimah di luar sana sedang merasakan demam sinetron Ketika CintA Bertasbih versi Romadhan.Moga ia tidak sama sekali mengganggu ibadahmu di bulan yang mulia ini.

Sebenarnya sinetron ini adalah lanjutan dari  kejayaan sebuah filem Ketika Cinta Bertasbih yang diangkat dari novel karangan Habiburrahman El-Syirazy.Siapa tidak kenal penulis ini kerana beliau juga pernah mengegarkan dunia penulisan umumnya sebelum ini dek kerana penangan novel Ayat-ayat Cinta di mana jalan ceritanya cukup Islamic dan menarik.

Memang tidak dinafikan, jika novel diadaptasikan ke filem harus ada kelainannya. Dari sudut pandangan positif, dalam proses pembikinan filem,antara filem Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih memang jauh berbeza. Manakan tidak filem atau drama KCB ini kurasakan amat halus dan sesuai sebagai wadah menyebarkan dakwah. Batas-batas pergaulan dan ikhtilatnya kurasakan dijaga. Mana tidaknya pelakon-pelakon yang terlibat juga telah dipilih  melalui audition yang dijalankan secara teliti.Pelakon-pelakonnya tidak dapat tidak memang tahu akan batas-batas pergaulan dan syariat yang harus dijaga.Namun, ini adalah pandangan semata-mata.Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Alangkah bagusnya kalau Malaysia juga boleh melakukan ini sedemikian rupa.Moga melalui kejayaan filem atau drama yang bercorak Islamic ini dapat membuka mata semua golongan daripada kita untuk berusaha menjadi penulis skrip,produser, pengarah, penerbit yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan utama dan seterusnya menjadikan media sebagai wadah untuk berdakwah dan paling terkesan kepada mad'unya.

p/s: Adakah Nur Kasih juga akan menjadi satu fenomena luar biasa yang setanding dengan drama KCB ini..?Kita tunggu dan lihat.

-BERhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah..hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...