Saturday, May 26, 2012

Semangat mampu menewaskan angan-angan!


Ibn Qayyim al-Jauziyah menulis :

Ramai dalam kalangan orang Kristian dan Yahudi yang sebenarnya berminat pada Islam. Tetapi iblis bertindak menghalang mereka memeluk agama Islam. Kata Iblis;" Jangan bertindak terburu-buru. Fikirkan mengenainya sekali lagi secara matang". Iblis terus-menerus membisikkan kata-kata itu sehingga mereka akhirnya mati sebelum sempat memluk agama Islam.

Iblis turut menghalang orang yang berdosa daripada bertaubat. Akhirnya mereka menjadikan nafsu syahwat sebagai matlamat hidup. Kata seorang penyair,"Jangan segera melakukan dosa kerana nafsu berahi dan jangan melengah-lengahkan taubat sehingga kemudian hari"

Ramai yang ingin berbuat kebaikan, menangguhkannya kerana dihalang oleh iblis. Kepada orang yang hendak belajar,iblis berbisik,"Tunggu dulu!". Kepada orang yang hendak mendirikan sembahyang malam,iblis berbisik, "Engkau masih punya banyak waktu"

Iblis sentiasa mendorong manusia bermalas-malasan dan menjadikan amal kebaikan sebagai angan-angan semata-mata.
Orang yang mempunyai semangat harus bertindak berdasarkan semangatnya. Semangat mampu menewaskan angan-angan. Ketika dalam keadaan semangat, timbul rasa takut dan bimbang sekiranya apa yang ingin dilakukan tidak dapat dikotakan. Mereka juga sedar masa yang berlalu tidak kembali lagi. 

Orang yang hendak melakukan kebaikan, terhalang melakukannya kerana panjang angan-angan. Pada masa yang sama, manusia dibisikkan pula melakukan kejahatan. Akhirnya mereka terus menerus berkeadaan begitu.

Orang yang panjang angan-angan suka membuat andaian. Contohnya mereka berkata, "Sekiranya saya dapat rezeki lebih, saya akan bersedekah". Percakapan sebegitu tidak ada faedah. Antara generasi awal Islam ada berkata, " Saya ingatkan kalian mengenai bahaya membuat andaian, kerana membuat andaian itu adalah pasukan iblis paling besar."

Perbandingan antara orang yang panjang angan-angan dengan yang berwaspada berusaha menyiapkan bekalan secukupnya bagi perjalanan yang jauh itu. Sebaliknya orang yang panjang angan-angan menangguhkan persiapan sehingga akhirnya gagal membawa bekalan secukupnya dan menghadapi masalah dalam perjalanan.

Begitulah perumpamaan manusia di dunia ini. Ada yang sedar dan berwaspada, ada yang terpedaya dan panjang angan-angan. Manusia yang berwaspada tidak cemas apabila kematian menghampirinya. Manusia yang panjang angan-angan sebaliknya berasa takut dan kesal.

Kami memohon keselamatan keppada Allah daripada tipu daya dan pujukan syaitan, kejahatan jiwa dan dunia. Sesungguhnya Allah Maha Dekat dan Maha Mengabulkan Doa. Semoga Allah menjadikan kita termasuk dalam golongan orang yang beriman.

Syaitan itu musuh yang NYATA!


Assalamualaikum...
Salam mahabbah dan salam seislam buat semua muslimin dan muslimat wa ikhwah wa akhowat ahibba lagi osem mosem...

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan nikmat Islam dan Iman berkesempatan penulis mencoretkan sesuatu untuk pedoman buat diri dan sahabat2...

Menjadi seorang yang mengendalikan bulatan gembira melatih diri ini lebih cakna kepada masalah umat khususnya orang-orang yang berada disekililing. Tuntutan ini bukanlah beban tetapi membuktikan bahawa ukhwah yang berteraskan aqidah yang benar dapat melahirkan sebuah pengorbanan yang sebenar.
Walaupun baru mengenali insan itu, luarannya sangat berjiwa besar dan semestinya memiliki darah anak muda yang tidak gentar dalam perjuangan. Namun, jauh dari sudut hati insan yang ku lihat bersamangat itu rupa-rupanya menyimpan seribu satu beban dan semestinya beliau amat kuat untuk menghadapinya. 





Fikir-fikirkanlah!Sungguh! syaitan itu adalah musuh yang nyata disebut berulang-ulang kali dalam Al-Quran. Antaranya dalam surah Yasin, Al-Fatir ;6 di mana Allah menyuruh supaya syaitan dijadikan sebagai musuh.

Sungguh! insan itu adalah manusia yang terpilih untuk menempuh ujian yang tidak semua dapat. Allah uji insan ini dengan syaitan sebagai musuh yang nyata membisik-bisikkan sesuatu untuk memesongkan akidah dalam dirinya. 

Berkesempatan menemani insan ini di Pusat Rawatan Darussyifa, Bangi memberi impak yang besar dalam diri. Sungguh, syaitan itu tidak akan duduk diam dalam usaha untuk menyesatkan manusia. Sungguh! amat beruntunglah bagi insan-insan yang bila mana semakin di uji, imannya akan terus menigkat dan kebergantungan kepada Allah adalah yang paling tinggi. Allahuakhbar.

Berkesempatan juga menemani insan ini masuk ke bilik rawatan, ternyata rohanilah yang harus diberi bius terlebih dahulu. Seperti doktor biasa, si pengamal perubatan Islam itu akan bertanya apakah punca dan penyebab penyakit. Kemudian, penulis yang hanya berstatus peneman juga terasa terbius apabila menerima makanan rohani penguat jiwa juga.Pengamal perubatan berkongsi ilmu dengan kami mengenai hakikat jin yang mana mereka tidak akan duduk diam dalam menyesatkan manusia. (Tiba2 terdengar orang muntah2 di sebelah bilik rawatan.)

Benarlah sejarah iblis yang mana sesudah Allah menjadikan Adam, Allah menyuruh Azazil dan para malaikat sujud kepada Adam bagi menghormati ciptaannya yang mulia. Tetapi Azazil enggan sujud kerana merasakan diri lebih mulia kerana dijadikan daripada api. Lantaran kesombongannya itu, Allah menghalaunya dari syurga dan digelar iblis yang membawa maksud suka memberontak atau derhaka.Kemudian meminta supaya Allah memanjangkan umurnya sehingga ke hari kiamat demi menyesatkan seluruh manusia. Allah menceritaka hal ini dalam sura Sad ayat 79 yang bermaksud ; ‘Wahai Tuhanku,jika demikian,berilah tempoh kepadaku sehingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)’

Peristiwa Khamis malam itu, agar mengejutkan penulis tatkala selepas presentation di bawah subjek gerakan Kristianisasi, penulis mendapat meseg dari insan itu untuk terus menerus mendoakan dirinya. Ya! itulah pesanan dari ustaz di Darussyiffa' supaya meminta doa dari sahabat-sahabat kerana doa itu senjata mukmin. Pada mulanya, penulis dapat melihat keceriaan wajahnya sebelum presentation bermula, tetapi apabila presentation yang menuntut kami menerangkan kajian lapangan yang telah dilakukan serta realiti sebenar gerakan Kristianisasi yang amat sukar mendapat maklumat itu yang terjadi di sekitar Selangor , Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan serta kes-kes murtad yang ada, penulis melihat insan itu menangis dan dalam kesejukan. Beliau mengatakan dirinya tidak boleh mendengar presentation tersebut kerana ada suara-suara halus seakan-akan ingin memesongkan aqidahnya. Nauzubillahiminzalik. Ustaz Harun Din sekuat-kuat imannya kepada Allah pun iblis ingin sesatkan aqidahnya sehingga terpaksa berlawan apalah kita yang iman secebis cuma. Wahai sahabat2, tidakkah anda  sedar bahawa presentation pada malam itu ialah sesuatu yang serius kerana ia melibatkan tanggungjawab dan peranan kita sebagai daie..... Ya Allah, lindungilah kami daripada gangguan syaitan yang direjam. 

Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :

" Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya ".

Pengamal perubatan menyatakan bahawa syaitan2 sentiasa berada di dalam pembuluh2 darah manusia dan sentiasa membisikkan kejahatan dan untuk menutup setiap kejahatan itu hendaklah kita sentiasa berzikir. Subhanallah, begitu hebat kalam Allah dan sejauh mana kita mengamalkan dan membaca kalam Allah yang hebat ini.

Firman Allah s.w.t. :
�Dan Kami turunkan dari Al Qur�an suatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.� (QS. Al Israa�:82)




Penulis kembali mengingatkan kepada insan itu supaya jangan mengalah dengan suara-suara seperti itu dan yang penting jangan menangis kerana ia menggambarkan jiwa kita kecil. Bak kata ustaz di Darussyifa yang mana kita jangan sesekali beri peluang pada syaitan untuk mengganggu  dan menyesatkan kita. Kene lawan diri dan yang boleh kita menangis ialah kerana takutkan Allah. Insan itu mengatakan bahawa dia bukan sedih dan lemah tetapi dia menangis sebab geram akan bisikan2 itu. Penulis sendiri tidak tahu ingin membantu bagaimana, hanya mengingatkan semula nasihat-nasihat ustaz supaya membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang sentiasa diamalkan sebagai benteng dalam diri.

Mungkin selepas ini ingin membantu insan ini mencari daun bidara yang ada disebut dalam Al-Quran untuk dibuat mandi. Di mana agaknya boleh kutemui..ermm..sape2 boley bantu?


Penulis terkesan dengan cerita ustaz di mana ada segelintir golongan yang menyatakan bahawa pelajar pengajian Islam ini adalah “bodoh”. Memandangkan kami dari jurusan agama agak tercabar juga dengan cerita ustaz, namun hakikatnya jauh dari sudut hati penulis membenarkan kenyataan yang perit untuk ditelan itu. Benarlah umat Islam seperti buih-buih di lautan.Samalah dengan pelajar-pelajar yang mengambil jurusan Islam, seperti buih-buih di lautan yang mana bila dihempas ombak, maka buih2 itu terus hilang. Cabaran dunia globalisasi tanpa sempadan ini, jika digunakan sebaik-baiknya maka baik lah hasilnya. Namun, jika terlalu lagho dan lalai menggunakan, maka buruk lah kesannya bukan setakat diri malahan kesannya sampai ke hati,moga tidak mati. Itulah hakikat yang terjadi, namun apabila ada majlis-majlis doa selamat, majlis2 akikah, pandai pula mencari ustaz untuk dibacakan doa. Sungguh, tugas ustaz@ustazah  lebih daripada itu sebenarnya. Apa yang penting ialah sentiasa positif. Yakin pada kalam Allah yang bermaksud jangan kau kata kau beriman sebelum kau diuji. Percayalah yang ujian itulah yang membuatkan kita tinggi di sisiNya..

Antara ayat yang ustaz tekankan untuk diamalkan....

Sekadar renungan…
 Seorang lelaki soleh bernama Abdul Kadir al- Jailani berkata, “Pejamkanlah matamu daripada segala yang diharamkan, cegahlah nafsumu itu hanya memakan makanan yang halal serta peliharalah batinmu dengan bertaqwa kepada Allah. Peliharalah zahirmu dengan mengikuti sunnah Rasulullah. Yang demikian akan muncullah bagimu suara hati yang benar dan tepat, demikian juga kemakrifatanmu kepada Allah”


p/s; Dimanakah kemuliaan sebenar seorang manusia jika nafsu pUN tidak dapat nak dikawal dan ditundukkan..apalagi untuk melawan syaitan dan iblis...tepuk dada,tanye IMAN...



SURAH ANNUR ; 21
" Wahai orang2 yang beriman!Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barang siapa mengikuti langkah2 syaitan maka sesungguhnya dia (syaitan) menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar, Kalu bukan kerana kurniaan Allah dan rahmatnya kepadamu, nescaya tidak ada seorang pun daripada kamu bersih (dari perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dia kehendaki Dan Allah Maha Mendengar , Maha Mengetahui"










Sunday, May 6, 2012

MUKIM12





Asslamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh...


Segala puji bagi Allah s.w.t,kita memujinya, meminta pertolongan dan memohon pengampunan padaNya dan kita berlindung kepada Allah dari keburukan diri dan kejahatan amal perbuatan kita. Siapa yang diberi petunjuk tidak akan ada yang menyesatkan dan siapa yang disesatkan olehNya tidak akan ada pula yang dapat memberi hidayah.

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi dapat bekesempatan menukilkan sesuatu dan moga2 dengan perkongsian ini dapat kita sama2 mengambil ibrahnya.

Baru-baru ini, penulis berkesempatan menghadiri Muktamar Kepimpinan Belia Islam Malaysia 2012  yang bertemakan Kepimpinan Belia : Sejarah dan Hala Tuju di Dewan Muktamar Pusat Islam Kuala Lumpur.

Bertolak dengan menaiki komuter ke Kuala Lumpur dan sambil berjalan melihat persekitarannya adalah satu pengalaman menarik bagi penulis bersama teman-teman seperjuangan. Seakan-akan sedang berjaulah rasanya namun walaupun agak  terlambat tetapi alhamdulillah program tersebut baru sahaja bermula.

Program tersebut dimulakan  oleh Y. Bhg. Ustaz Alias Othman dengan ucaptama yang bertajuk Ke Arah Memperkasakan Belia Islam. Apa yang penulis kagum ialah melihat semangat beliau seolah-olah seperti belia walaupun sudah mencecah umur 70an. Beliau menyatakan bahawa Islam yang diwarisi ummah dewasa ini adalah Islam yang tidak original setelah menghadapi banyak ketewasan-ketewasan sebelum ini sehingga kita dapat lihat Islam sendiri terpisah daripada urusan dunia dan kadangkala seorang Muslim sendiri merasakan Islam tidak mempu menyelesaikan masalah ummah. Pada hemat penulis, ada betulnya kerana kita dapat lihat sekarang seolah2 untuk mempraktikkan Islam adalah asing kerana ada segelintirnya hanya mewarisi agama Islam semata-mata dan bukannya sebagai cara hidup. Tiga perkara yang dilakukan oleh Rasulullah dapat mengubah dunia ialah IMAN, IZZAH, dan AMAN. Baginda dan sahabat mempunyai kekuatan dalaman yang luar biasa dan berpandukan Al-Quran Surah Ar-Rad,11 yang bermaksud '......Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.."...makanya orang-orang yang celiklah (berilmu) yang dapat memimpin dunia. Tidak dapat tidak juga beliau menekankan bahawa yakinlah Islam risalah yang benar. " Sebab itu bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya kamu berada di atas kebenaran yang nyata.." al-naml;79


Sesi selepas itu pembentang dari Arab Saudi telah membentangkan kertas kerja mengenai Ideal Leadership : The Model of Prophet Mohammad PBUH oleh Dr. Saeed Ahmad Al-Uwaisy. Pengisisan yang menarik mengenai kepimpinan melalui tauladan iaitu Rasulullah sebagai rahmatan lil alamin.


Masa agak terhad bagi pembentang-pembentang kerana kelewatan program pada awalnya. Tidak ketinggalan, pembentang seterusnya iaitu Datuk Nik Mustapha Nik Hassan, Ketua Pengarah IKIM membentangkan tajuk Memahami Islam dan Kepimpinan Belia. Kali kedua penulis mendengar perbentangan beliau dan yang pertama sewaktu penulis terpaksa hadirkan diri dalam Perhimpunan Cendiakawan Islam dan Penulisan Maya suatu ketika dulu. Beliau menekankan bahawa adakah kita betul-betul memahami Islam dan dapat membina peradaban Islam. Di mana letaknya instititusi-institusi zakat, perbankan Islam dan sebagainya. Adakah kita betul-betul meletakkan institusi-institusi tersebut di tempat yang sepatutnya dan betul-betul memainkan peranan dalam pembangunan Islam.Adakah ia melibatkan perasaan saling tolong-menolong dan berkasih sayang. Beliau juga turut mengaitkan semasa zaman Rasulullah lagi,masjid memainkan peranan penting sebagai pusat komuniti dan penerimaan tetamu dari pelbagai tempat. Tidak seperti sekarang,sesetengah  masjid hanya tempat untuk sembahyang jenazah dan nikah sahaja dan tidak memainkan peranan penting untuk keseluruhannya. Keadaan sekarang kita dapati dunia Barat diambang keruntuhan kerana definisi keluarga itu sendiri sukar ditafsirkan oleh mereka kerana membenarkan perkahwinan sesama jantina yang tidak akan menghasilkan zuriat. Adakah negara kita ke arah itu.?Nauzubillahiminzalik...Beliau berkata juga.."Masyarakat Islam yang memiliki pemikiran kecil, tertutup, rigid, mekanikal, kiteral dan berfikiran 'simplistik' adalah ciri-ciri negatif yang membantut kemajuan ummah. Peradaban manusia mengikut Islam tidak mungkin tercapai dengan pemahaman Islam seperti itu."


Sidang Pleno seterusnya iaitu PROSPEK DAN CABARAN KEPIMPINAN BELIA KINIyang telah dipengerusikan oleh Prof. Dato' Abang Abdullah Ali. Ahli2 panelnya terdiri drpd insan yang tidak asing lagi iaitu Dr. Zaharudin Abd Rahman, Prof Madya Dr. Harlina Harliza Sir dan Ustaz A'ang Suandi berasal daripada Indonesia.












Saturday, May 5, 2012

Anjuran untuk menyebar luaskan ilmu pengetahuan


Bab Ilmu...HR.Bukhari || No : 102




Orang yang hadir hendaklah menyampaikan ilmu yang didengarnya kepada yang tidak hadir

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الْوَهَّابِ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ مُحَمَّدٍ عَنْ ابْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِي بَكْرَةَ ذُكِرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ قَالَ مُحَمَّدٌ وَأَحْسِبُهُ قَالَ وَأَعْرَاضَكُمْ عَلَيْكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي شَهْرِكُمْ هَذَا أَلَا لِيُبَلِّغ الشَّاهِدُ مِنْكُمْ الْغَائِبَ وَكَانَ مُحَمَّدٌ يَقُولُ صَدَقَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ ذَلِكَ أَلَا هَلْ بَلَّغْتُ مَرَّتَيْنِ

Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin 'Abdul Wahhab berkata, telah menceritakan kepada
kami Hammad dari Ayyub dari Muhammad dari Ibnu Abu Bakrah dari Abu Bakrah Nabi shallallahu
'alaihi wasallam menyebutkan: "Sesungguhnya darah kalian, harta kalian, Muhammad berkata;
menurutku beliau mengatakan, "dan kehormatan kalian adalah haram atas kalian sebagaimana
haramnya hari kalian ini di bulan kalian ini. Hendaklah yang hadir menyampaikan kepada yang tidak
hadir." Dan Muhammad berkata, "Benarlah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam seperti apa yang
disabdakannya, 'Bukankah aku telah menyampaikannya? ' beliau ulangi hingga dua kali.


Pengajaran  hadis

    Anjuran untuk menyebar luaskan ilmu pengetahuan


 Nabi (saw) bersabda:Sampaikan (ajaranku) kepada yang lain walaupun hanya satu ayat” (Sahih Bukhari, Vol.4, Hadis 667)
Sebagaimana yang sedia maklum, bahawa soal menyampaikan ilmu agama adalah suatu perintah yang ditetapkan oleh Allah Taala dan Rasul Nya Nabi Muhammad s.a.w. iaitu tiap-tiap seorang yang mengetahui sesuatu masalah agama,  dituntut menyampaikannya kepada orang lain, sebagaimana ia dituntut mengamalkannya untuk kebaikan dirinya sendiri, kerana tujuan ilmu agama itu dipelajari ialah untuk diamalkan dan mendatangkan faedah,  sama ada kepada diri sendiri atau kepada orang lain.
Oleh itu, sesiapa yang menyembunyikan sesuatu masalah agama,  atau tidak mahu menyebarkannya atau menerangkannya kepada orang yang bertanyakan masalah itu kepadanya, sudah tentu ia menentang perintah Allah dan Rasul-Nya dan menentang tujuan ilmu yang ada padanya. Dengan yang demikian, sudah sepatutnya ia dikenakan azab seksa yang seberat-beratnya .
Selain itu, firman Allah yang bermaksud :
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.” Surah Al-Baqarah ayat 140
Berdasarkan dalil  yang disebut yang berhubung dengannya, alim ulama membuat kesimpulan bahawa orang yang ditanyakan kepadanya sesuatu masalah agama, wajiblah ia menerangkannya.
      Penulis sebagai pemerhati bertauliah kadang-kadang tidak bersetuju dengan pandangan segolongan yang tidak langsung berfikiran terbuka untuk berkongsi ilmu dakwah walhal  kita tidak berpeluang untuk berkongsi ilmu    dan tidak pasti pun dapat menyebarkan ilmu di tempat tersebut. Andai kata takut  ilmu yang disampaikan itu bersalahan dengan apa yang dialami makanya tidak betullah hadis ini . Ingatlah bukan semua yang tidak hadir saja2 tidak mahu hadir tetapi kerana Allah tidak mengizinkan untuk hadir atau mungkin Allah nak uji sesuatu kepada orang2 yang hadir.  

"Sesungguhnya mereka-mereka yang menyembunyikan apa yang diturunkan Allah di dalam al-Quran kerana bertujuan supaya mendapat sedikit habuan dunia, maka tiadalah yang mereka makan masuk ke dalam perut mereka itu, melainkan api neraka..."...Inilah satu kiasan daripada Allah kepada segolongan manusia yang dibayar supaya menyembunyikan kebenaran. Golongan sebegini akan digunakan bila sesuatu perkara yang diharamkan oleh Allah tiba-tiba menjadi kepentingan kepada golongan yang lain.  Surah al-Baqarah:174 

    Akhir sekali , teringat akan nasihat Tan Sri dalam kelas..Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw sabdanya: "Sesiapa yang ditanyakan kepadanya mengenai sesuatu ilmu (agama), lalu ia menyembunyikannya nescaya Allah mengekang mulutnya dengan kekang dari api neraka, pada hari kiamat kelak." (Abu Daud dan Tirmizi)..Nauzubillahiminzalik..

    Dari Ka'ab bin Malik ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesiapa yang menuntut ilmu, dengan tujuan bermegah-megah menandingi alim ulama dengan ilmunya itu, atau dengan tujuan bertengkar dan bertegang-tegang urat dengan orang-orang yang jahil dengan ilmunya itu, ataupun dengan tujuan menarik orang ramai memujinya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam neraka." (Tirmizi dan Ibn Majjah).Moga kita semua tidak tergolong di dalam golongan itu..minta dijauhkan Ya Allah...

Wahai daie..betul ke akhlak kita ni  berpandukan sunnah Rasulullah yang diajar.....Ustaz Azhar Idrus royak
.

"tolong hentikan post2 yg menyemarakkan lagi api permusuhan 

antara kita sesama Islam


jom kembali kpd ruh al-Quran 'ruhama_u bainahum'..



jgn sokong membawa rebah..nanti menang jadi arang kalah jadi 

abu..ayuh kedua belah pihak teruskan kerja dakwah..masih ramai

 yg tidak mengenal Allah diluar sana..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...