Saturday, May 26, 2012

Syaitan itu musuh yang NYATA!


Assalamualaikum...
Salam mahabbah dan salam seislam buat semua muslimin dan muslimat wa ikhwah wa akhowat ahibba lagi osem mosem...

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan nikmat Islam dan Iman berkesempatan penulis mencoretkan sesuatu untuk pedoman buat diri dan sahabat2...

Menjadi seorang yang mengendalikan bulatan gembira melatih diri ini lebih cakna kepada masalah umat khususnya orang-orang yang berada disekililing. Tuntutan ini bukanlah beban tetapi membuktikan bahawa ukhwah yang berteraskan aqidah yang benar dapat melahirkan sebuah pengorbanan yang sebenar.
Walaupun baru mengenali insan itu, luarannya sangat berjiwa besar dan semestinya memiliki darah anak muda yang tidak gentar dalam perjuangan. Namun, jauh dari sudut hati insan yang ku lihat bersamangat itu rupa-rupanya menyimpan seribu satu beban dan semestinya beliau amat kuat untuk menghadapinya. 





Fikir-fikirkanlah!Sungguh! syaitan itu adalah musuh yang nyata disebut berulang-ulang kali dalam Al-Quran. Antaranya dalam surah Yasin, Al-Fatir ;6 di mana Allah menyuruh supaya syaitan dijadikan sebagai musuh.

Sungguh! insan itu adalah manusia yang terpilih untuk menempuh ujian yang tidak semua dapat. Allah uji insan ini dengan syaitan sebagai musuh yang nyata membisik-bisikkan sesuatu untuk memesongkan akidah dalam dirinya. 

Berkesempatan menemani insan ini di Pusat Rawatan Darussyifa, Bangi memberi impak yang besar dalam diri. Sungguh, syaitan itu tidak akan duduk diam dalam usaha untuk menyesatkan manusia. Sungguh! amat beruntunglah bagi insan-insan yang bila mana semakin di uji, imannya akan terus menigkat dan kebergantungan kepada Allah adalah yang paling tinggi. Allahuakhbar.

Berkesempatan juga menemani insan ini masuk ke bilik rawatan, ternyata rohanilah yang harus diberi bius terlebih dahulu. Seperti doktor biasa, si pengamal perubatan Islam itu akan bertanya apakah punca dan penyebab penyakit. Kemudian, penulis yang hanya berstatus peneman juga terasa terbius apabila menerima makanan rohani penguat jiwa juga.Pengamal perubatan berkongsi ilmu dengan kami mengenai hakikat jin yang mana mereka tidak akan duduk diam dalam menyesatkan manusia. (Tiba2 terdengar orang muntah2 di sebelah bilik rawatan.)

Benarlah sejarah iblis yang mana sesudah Allah menjadikan Adam, Allah menyuruh Azazil dan para malaikat sujud kepada Adam bagi menghormati ciptaannya yang mulia. Tetapi Azazil enggan sujud kerana merasakan diri lebih mulia kerana dijadikan daripada api. Lantaran kesombongannya itu, Allah menghalaunya dari syurga dan digelar iblis yang membawa maksud suka memberontak atau derhaka.Kemudian meminta supaya Allah memanjangkan umurnya sehingga ke hari kiamat demi menyesatkan seluruh manusia. Allah menceritaka hal ini dalam sura Sad ayat 79 yang bermaksud ; ‘Wahai Tuhanku,jika demikian,berilah tempoh kepadaku sehingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)’

Peristiwa Khamis malam itu, agar mengejutkan penulis tatkala selepas presentation di bawah subjek gerakan Kristianisasi, penulis mendapat meseg dari insan itu untuk terus menerus mendoakan dirinya. Ya! itulah pesanan dari ustaz di Darussyiffa' supaya meminta doa dari sahabat-sahabat kerana doa itu senjata mukmin. Pada mulanya, penulis dapat melihat keceriaan wajahnya sebelum presentation bermula, tetapi apabila presentation yang menuntut kami menerangkan kajian lapangan yang telah dilakukan serta realiti sebenar gerakan Kristianisasi yang amat sukar mendapat maklumat itu yang terjadi di sekitar Selangor , Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan serta kes-kes murtad yang ada, penulis melihat insan itu menangis dan dalam kesejukan. Beliau mengatakan dirinya tidak boleh mendengar presentation tersebut kerana ada suara-suara halus seakan-akan ingin memesongkan aqidahnya. Nauzubillahiminzalik. Ustaz Harun Din sekuat-kuat imannya kepada Allah pun iblis ingin sesatkan aqidahnya sehingga terpaksa berlawan apalah kita yang iman secebis cuma. Wahai sahabat2, tidakkah anda  sedar bahawa presentation pada malam itu ialah sesuatu yang serius kerana ia melibatkan tanggungjawab dan peranan kita sebagai daie..... Ya Allah, lindungilah kami daripada gangguan syaitan yang direjam. 

Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :

" Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya ".

Pengamal perubatan menyatakan bahawa syaitan2 sentiasa berada di dalam pembuluh2 darah manusia dan sentiasa membisikkan kejahatan dan untuk menutup setiap kejahatan itu hendaklah kita sentiasa berzikir. Subhanallah, begitu hebat kalam Allah dan sejauh mana kita mengamalkan dan membaca kalam Allah yang hebat ini.

Firman Allah s.w.t. :
�Dan Kami turunkan dari Al Qur�an suatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.� (QS. Al Israa�:82)




Penulis kembali mengingatkan kepada insan itu supaya jangan mengalah dengan suara-suara seperti itu dan yang penting jangan menangis kerana ia menggambarkan jiwa kita kecil. Bak kata ustaz di Darussyifa yang mana kita jangan sesekali beri peluang pada syaitan untuk mengganggu  dan menyesatkan kita. Kene lawan diri dan yang boleh kita menangis ialah kerana takutkan Allah. Insan itu mengatakan bahawa dia bukan sedih dan lemah tetapi dia menangis sebab geram akan bisikan2 itu. Penulis sendiri tidak tahu ingin membantu bagaimana, hanya mengingatkan semula nasihat-nasihat ustaz supaya membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang sentiasa diamalkan sebagai benteng dalam diri.

Mungkin selepas ini ingin membantu insan ini mencari daun bidara yang ada disebut dalam Al-Quran untuk dibuat mandi. Di mana agaknya boleh kutemui..ermm..sape2 boley bantu?


Penulis terkesan dengan cerita ustaz di mana ada segelintir golongan yang menyatakan bahawa pelajar pengajian Islam ini adalah “bodoh”. Memandangkan kami dari jurusan agama agak tercabar juga dengan cerita ustaz, namun hakikatnya jauh dari sudut hati penulis membenarkan kenyataan yang perit untuk ditelan itu. Benarlah umat Islam seperti buih-buih di lautan.Samalah dengan pelajar-pelajar yang mengambil jurusan Islam, seperti buih-buih di lautan yang mana bila dihempas ombak, maka buih2 itu terus hilang. Cabaran dunia globalisasi tanpa sempadan ini, jika digunakan sebaik-baiknya maka baik lah hasilnya. Namun, jika terlalu lagho dan lalai menggunakan, maka buruk lah kesannya bukan setakat diri malahan kesannya sampai ke hati,moga tidak mati. Itulah hakikat yang terjadi, namun apabila ada majlis-majlis doa selamat, majlis2 akikah, pandai pula mencari ustaz untuk dibacakan doa. Sungguh, tugas ustaz@ustazah  lebih daripada itu sebenarnya. Apa yang penting ialah sentiasa positif. Yakin pada kalam Allah yang bermaksud jangan kau kata kau beriman sebelum kau diuji. Percayalah yang ujian itulah yang membuatkan kita tinggi di sisiNya..

Antara ayat yang ustaz tekankan untuk diamalkan....

Sekadar renungan…
 Seorang lelaki soleh bernama Abdul Kadir al- Jailani berkata, “Pejamkanlah matamu daripada segala yang diharamkan, cegahlah nafsumu itu hanya memakan makanan yang halal serta peliharalah batinmu dengan bertaqwa kepada Allah. Peliharalah zahirmu dengan mengikuti sunnah Rasulullah. Yang demikian akan muncullah bagimu suara hati yang benar dan tepat, demikian juga kemakrifatanmu kepada Allah”


p/s; Dimanakah kemuliaan sebenar seorang manusia jika nafsu pUN tidak dapat nak dikawal dan ditundukkan..apalagi untuk melawan syaitan dan iblis...tepuk dada,tanye IMAN...



SURAH ANNUR ; 21
" Wahai orang2 yang beriman!Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barang siapa mengikuti langkah2 syaitan maka sesungguhnya dia (syaitan) menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar, Kalu bukan kerana kurniaan Allah dan rahmatnya kepadamu, nescaya tidak ada seorang pun daripada kamu bersih (dari perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dia kehendaki Dan Allah Maha Mendengar , Maha Mengetahui"










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...