Sunday, May 6, 2012

MUKIM12





Asslamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh...


Segala puji bagi Allah s.w.t,kita memujinya, meminta pertolongan dan memohon pengampunan padaNya dan kita berlindung kepada Allah dari keburukan diri dan kejahatan amal perbuatan kita. Siapa yang diberi petunjuk tidak akan ada yang menyesatkan dan siapa yang disesatkan olehNya tidak akan ada pula yang dapat memberi hidayah.

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi dapat bekesempatan menukilkan sesuatu dan moga2 dengan perkongsian ini dapat kita sama2 mengambil ibrahnya.

Baru-baru ini, penulis berkesempatan menghadiri Muktamar Kepimpinan Belia Islam Malaysia 2012  yang bertemakan Kepimpinan Belia : Sejarah dan Hala Tuju di Dewan Muktamar Pusat Islam Kuala Lumpur.

Bertolak dengan menaiki komuter ke Kuala Lumpur dan sambil berjalan melihat persekitarannya adalah satu pengalaman menarik bagi penulis bersama teman-teman seperjuangan. Seakan-akan sedang berjaulah rasanya namun walaupun agak  terlambat tetapi alhamdulillah program tersebut baru sahaja bermula.

Program tersebut dimulakan  oleh Y. Bhg. Ustaz Alias Othman dengan ucaptama yang bertajuk Ke Arah Memperkasakan Belia Islam. Apa yang penulis kagum ialah melihat semangat beliau seolah-olah seperti belia walaupun sudah mencecah umur 70an. Beliau menyatakan bahawa Islam yang diwarisi ummah dewasa ini adalah Islam yang tidak original setelah menghadapi banyak ketewasan-ketewasan sebelum ini sehingga kita dapat lihat Islam sendiri terpisah daripada urusan dunia dan kadangkala seorang Muslim sendiri merasakan Islam tidak mempu menyelesaikan masalah ummah. Pada hemat penulis, ada betulnya kerana kita dapat lihat sekarang seolah2 untuk mempraktikkan Islam adalah asing kerana ada segelintirnya hanya mewarisi agama Islam semata-mata dan bukannya sebagai cara hidup. Tiga perkara yang dilakukan oleh Rasulullah dapat mengubah dunia ialah IMAN, IZZAH, dan AMAN. Baginda dan sahabat mempunyai kekuatan dalaman yang luar biasa dan berpandukan Al-Quran Surah Ar-Rad,11 yang bermaksud '......Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.."...makanya orang-orang yang celiklah (berilmu) yang dapat memimpin dunia. Tidak dapat tidak juga beliau menekankan bahawa yakinlah Islam risalah yang benar. " Sebab itu bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya kamu berada di atas kebenaran yang nyata.." al-naml;79


Sesi selepas itu pembentang dari Arab Saudi telah membentangkan kertas kerja mengenai Ideal Leadership : The Model of Prophet Mohammad PBUH oleh Dr. Saeed Ahmad Al-Uwaisy. Pengisisan yang menarik mengenai kepimpinan melalui tauladan iaitu Rasulullah sebagai rahmatan lil alamin.


Masa agak terhad bagi pembentang-pembentang kerana kelewatan program pada awalnya. Tidak ketinggalan, pembentang seterusnya iaitu Datuk Nik Mustapha Nik Hassan, Ketua Pengarah IKIM membentangkan tajuk Memahami Islam dan Kepimpinan Belia. Kali kedua penulis mendengar perbentangan beliau dan yang pertama sewaktu penulis terpaksa hadirkan diri dalam Perhimpunan Cendiakawan Islam dan Penulisan Maya suatu ketika dulu. Beliau menekankan bahawa adakah kita betul-betul memahami Islam dan dapat membina peradaban Islam. Di mana letaknya instititusi-institusi zakat, perbankan Islam dan sebagainya. Adakah kita betul-betul meletakkan institusi-institusi tersebut di tempat yang sepatutnya dan betul-betul memainkan peranan dalam pembangunan Islam.Adakah ia melibatkan perasaan saling tolong-menolong dan berkasih sayang. Beliau juga turut mengaitkan semasa zaman Rasulullah lagi,masjid memainkan peranan penting sebagai pusat komuniti dan penerimaan tetamu dari pelbagai tempat. Tidak seperti sekarang,sesetengah  masjid hanya tempat untuk sembahyang jenazah dan nikah sahaja dan tidak memainkan peranan penting untuk keseluruhannya. Keadaan sekarang kita dapati dunia Barat diambang keruntuhan kerana definisi keluarga itu sendiri sukar ditafsirkan oleh mereka kerana membenarkan perkahwinan sesama jantina yang tidak akan menghasilkan zuriat. Adakah negara kita ke arah itu.?Nauzubillahiminzalik...Beliau berkata juga.."Masyarakat Islam yang memiliki pemikiran kecil, tertutup, rigid, mekanikal, kiteral dan berfikiran 'simplistik' adalah ciri-ciri negatif yang membantut kemajuan ummah. Peradaban manusia mengikut Islam tidak mungkin tercapai dengan pemahaman Islam seperti itu."


Sidang Pleno seterusnya iaitu PROSPEK DAN CABARAN KEPIMPINAN BELIA KINIyang telah dipengerusikan oleh Prof. Dato' Abang Abdullah Ali. Ahli2 panelnya terdiri drpd insan yang tidak asing lagi iaitu Dr. Zaharudin Abd Rahman, Prof Madya Dr. Harlina Harliza Sir dan Ustaz A'ang Suandi berasal daripada Indonesia.












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...