Sunday, July 8, 2012

KAKS SIRI 24 & 25


Assalamualaikum w.r.t..
Salam jihad ekonomi kepada yang menyertai Kursus Asas Keusahawanan Siswa Siri 24 & 25  dan pembaca sekalian di mana program ini berlangsung pada 30 Jun hingga 7 Julai 2012 bertempat di Hotel Vistanan, Kuala Lumpur anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa, USIM dengan kerjasama INSKEN dan MITI.

Sabtu (30 Jun 2012)
Bermula dengan pendaftaran di FEM, para peserta seramai lebih kurang 70 orang pelajar dari pelbagai fakulti dan sesi ice breaking yang diseliakan oleh 4 orang urusetia tahun 3 iaitu Wan, Nazira, Iman, Rizuan dijalankan. Selepas zohor, kami berangkat ke Hotel Vistana, KL dan check in. Pada malamnya bermulalah episod baru bagi para peserta dalam mendalami ilmu keusahawanan. Bermula dengan sesi pembentukan idea di mana idea generation yang bermula dari 'pain point' dari consumer itu membentuk peluang2 yang ada. Idea sahabat2 memang hebat2.Ada yang mencipta pendrive blotooth, troli pasaraya yang ada kalkulator, sarung tangan multi purpose, kipas yang tidak lekat habuk, gadget travel, T-shirt dua muka, sejadah BB dan sebagainya.

Ahad (1 Julai 2012)
Keesokan harinya, sesi pembentukan prototaip di mana wakil MDeC, Cik Khairul Mazwan mengajar cara2 dari idea ke prototaip dan seterusnya kepada pengkomersilan. Seterusnya bermula dengan bengkel Rancangan Perniagaan iaitu 'Bisnes Canvas Model'. Pada malamnya kami disajikan dengan semangat usahawan jemputan iaitu usahawan emas  TRIPLE 999, En. Salahuddin yang merupakan pelajar alumni USIM juga. Beliau kata berbeza orang kaya yang sombong dan orang miskin yang sombong.Orang kaya yang sombong kufur nikmat dan orang miskin yang sombong adalah celaka. Jangan jadi seperti ayam, telur sebiji riuh sekampung tetapi jadila seperti penyu telur beribu2 tapi diam jer.

Isnin (2 Julai 2012) 
Seterusnya kami mendengar ceramah mengenai cara-cara mendapatkan modal perniagaan dari SME Bank, MARA, INSKEN dan TEKUN. Ceramah tentang keusahawanan sosial  oleh wakil SIFE Malaysia dan Taklimat BSN- Social Venture Challenge dan Prosedur Pendaftaran Perniagaan oleh SSM. Banyak juga peluang-peluang yang ada untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan ini. Cuma kesungguhan sahaja dapat merealisasikannya. Info baru yang kami dapat  ialah pihak SSM mengumumkan amaun daftar syarikat hanya RM 50 untuk 5 tahun. Tawaran ini bermula dari bulan Jun hingga Disember tahun ini sahaja.

Selasa (3 Julai 2012)
Bengkel Rancangan Perniagaan diteruskan dengan slot Organisasi dan Kepimpinan oleh En. Hisham dan analisis pasaran oleh En. Noorizzuddin serta En. Hamdi Hakim. Beruntunglah pelajar USIM dapat lecturer2 yang hebat seperti mereka. Pada malamnya kami disajikan lagi dengan semangat usahawanan  yang menceburkan diri dalam pelbagai jenis peniagaan di KLIA sebagai pengganti usahawan kid pengurusan jenazah En. Nik Mohd Erizal Nik Mustapha yang tidak dapat hadir.

Rabu ( 4 Julai 2012)
Perancangan Kewangan pula telah diterangkan oleh En. Agoos Munalis dan petangnya kami belajar bermain Catur Bistari oleh Pn Rozita dan En. Azmil dan siapa yang menang akan mewakili USIM dalam pertandingan  di peringkat kebangsaan nanti.


Khamis ( 5 Julai 2012 )
Seterusnya, ceramah- Komunikasi Berkesan dan membuat keputusan perniagaan oleh penceramah yang tidak asing lagi ialah En. MK FUAD. Sebelum pulang ke kampuas sempat membuat bacaan Yasin untuk saudara Iman kerana sedang terlantar di ICU kerana penyakit asma. Tidak dinafikan suhu di hotel amat dingin.

Jumaat (6 Julai 2012) Persiapan Rancangan Perniagaan

Sabtu (7 Julai 2012) Perbentangan Rancangan Perniagaan


IBRAH

Alhamdulillah, banyak maklumat yang penulis dapat dan moga2 ia berguna untuk masa hadapan.Teringat pengalaman berniaga ayam percik di bazar romadhan tahun lepas (hari2 makan asap). Penulis perhatikan ramai yang tidak solat Asar. Moga2, peniaga Melayu yang beragama Islam mempunyai kesedaran bahawa rezeki itu datang dari Allah dan pembeli2 haruslah pandai memilih peniaga supaya apa yang kita makan itu diredhai Allah. Tidak dinafikan penulis dalam proses 'work to learn'. Projek kuih raya sudah menanti.Walaupun income yang pernah penulis dapat RM1000, pada Ramadhan yang lepas tetapi pada tahun ini tidak dapat terima tawaran projek kuih raya tersebut kerana ingin mengambil lesen dan bekerja dengan ibu sendiri menguruskan rumah dan membantu ibu yang mengambil tempahan menjahit baju raya.

Terbaca artikel  Tan Seri Muhammad Ali Hashim bahawa ketirisan dan kebocoran serta keruntuhan dan kekecundangan usaha bangsa Melayu dan umat Islam di bidang ekonomi selama ini mungkin telah berlaku dan terus-menerus menghantui semua kerana bangsa Melayu dan umat Islam pada umumnya telah tidak
berpegang teguh kepada prinsip anjuran Islam ini.  Pertama, kita telah banyak mengabaikan ”amanah”, dan kedua, kita kerap telah tidak menyerahkan amanah kepada "yang ahli”! 
Moga2 Melayu yang beragama Islam dapat bersaing dengan sihat dalam bidang perniagaan dan menjadikan ia satu jihad ekonomi dapat memperkasakan ekonomi ummah.Terkejut juga bila dapat tahu LTH ada membuat pelaburan dalam AirAsia. Mungkin ada aspek2 yang diambil kira yang kita tidak tahu. 

Ungkapan seorang pejuang yang dilihat orang sufi sebagai Sultan Aulia yang sentiasa dipegang oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus berbunyi 



“Janganlah kamu takut kepada makhluk dan janganlah kamu berharap kepada mereka, kerana hal itu menunjukkan betapa lemahnya imanmu. Hendaklah engkau istiqamah dalam cita-citamu, sehingga engkau memperolehi ketinggian, kerana Allah SWT akan memberimu sesuatu yang layak dengan cita-citamu, dengan kebenaran dan keikhlasanmu. Bersungguh-sungguhlah engkau, songsong dan kejarlah, kerana sesuatu itu tidak akan datang kepadamu begitu sahaja, tanpa berusaha memperolehinya, sedangkan engkau mempunyai kewajiban untuk melakukan amal kebaikan sebagaimana engkau diwajibkan untuk mencari rezeki.”







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...