Segala puji bagi Allah s.w.t, kita memujinya, meminta pertolongan dan memohon pengampunan padaNya dan kita berlindung kepada Allah dari keburukan diri dan kejahatan amal perbuatan kita. Siapa yang diberi petunjuk tidak akan ada yang menyesatkan dan siapa yang disesatkan olehNya tidak akan ada pula yang dapat memberi hidayah. Tuhan , kuberserah kepadamu, ku letakkan keningku bersujud padaMu, ampuni dosa-dosa.
Di kala hati mentadabbur ayat ini,
“Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Al-Ankabut: 21)
Allah tahu segala yang terbaik bagiku. Hanya Engkau tempatku berserah. Bukankah setiap hari kita mengharap kepadaNya. Jauh perjalanan luas pemandangan. Lihatlah sendiri bagaimana Allah mentadbir alam ini dengan sempurna. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dunia ini adalah suatu persinggahan. Jika dunia ini persinggahan, mengapa kita tidak banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan, kerana kita cuma ada satu persinggahan. Maka amal kebaikan kita di dunia inilah bekalan kita.
Di kala hati mengharap…pujuklah hati..
Moga dikurniakan hati yang memahami ayat-ayat Allah,
Moga dikurniakan mata yang dapat melihat bukti keesaan Allah,
Moga dikurniakan telinga yang senantiasa mendengar ajaran dan nasihat Allah,
kerana sesungguhnya dapat dijauhkan dari kalangan orang yang lalai dalam kehidupan yang fana ini sebagaimana membiarkan diri seperti robot-robot yang tidak berguna untuk Tuannya dan akhirnya ditinggalkan dengan amanah yang belum tertunai.
Bukankah Allah berfirman yang bermaksud :
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."(SuRAH AL-ARAF 179)
Di kala hati ini melihat dunia dari langit….
Di kala hati ini melihat dunia dari langit….
Sungguh!Indahnya ciptaanMu..lalu aku bersyukur kerana dapat melihat kejadiannya dan seisinya yang sungguh sempurna. Di sana ku amati manusia yang pelbagai ragam tidak kurang juga ujian yang menimpa manusia kepada Sang Pencinta Pencipta.
Di kala hati merintih….didiklah hati..
Kerana menerima ujian dan dugaan, kepada mereka yang ku sayangi dan sanjungi,
Tuhan…
Aku tak pasti bagaimana penerimaanMu,
Dikala mendengar rintihan hati,
Bukan tidak redha dengan ujian dan kesusahan ini,
Namun sekadar ingin mengadu padaMu,
Ujian dan kesusahan ini, mengundangi hikmah dan iktibar buat ku, kerna ku yakin,Itulah tanda kasih sayangMu..
Tuhan..
Kurniakanlah aku cinta Mu,
Dan cinta orang yang cinta padaMu,
Dan cinta orang yang cintakan kekasihMu,
Yang hampir kepadaMu
Dan jadikanlah cinta itu
Yang boleh aku dambakan
Kerna ku pasti kudambakan keredhaanMu…
Di kala hati merasa bertuah mengenali insan-insan itu…
Baik yang diuji dengan kesakitan,juga kemiskinan serta ketakutan,dan kesusahan ,seperti mana firmannya:
'Dan kami (Allah) pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikan gembira bagi orang yang bersabar' ( surah al-Baqarah:155)
Baik yang diuji dengan kesakitan,juga kemiskinan serta ketakutan,dan kesusahan ,seperti mana firmannya:
'Dan kami (Allah) pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikan gembira bagi orang yang bersabar' ( surah al-Baqarah:155)
Tabahkan hatinya dan bersabarlah. Masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesutu yang sia-sia. Percayalah, bukan kerana Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah mudah untuk dekat dan akrab denganNya…
“Ujian itu umpama telur, engkau menyangka ia adalah penjara bagi sesuatu yang berada di dalamnya, sedangkan dia yang melindunginya, membina dan menolongnya agar menjadi sempurna. Ia hanya diminta bersabar untuk beberapa saat dan sehingga sampai waktunya ia menetas lalu keluarlah makhluk yang baru”
Demikianlah seorang mukmin, apabila diuji diibaratkan juga seperti di dalam telur. Percayalah apabila keluar dari segala macam ujian yang diberi oleh Sang Pencipta, pastinya engkau mulia di sisiNya dan jadilah mukmin yang hebat menegakkan syiar Islam. Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik.
Di kala hati ini merenung ayat itu...
"Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal.(Al-Imran,160)
Percayalah..janji Allah itu pasti, engkau hanya perlu berusaha, berdoa dan bertawakallah kepada Allah kerana cukuplah Allah tempat kita berserah diri.
Percayalah..janji Allah itu pasti, engkau hanya perlu berusaha, berdoa dan bertawakallah kepada Allah kerana cukuplah Allah tempat kita berserah diri.
Semoga setiap denyut jantungmu adalah untuk Islam yang satu. Ingatlah Allah dalam hatimu, nescaya tiada duka untukmu.Ingatlah Allah dalam jiwamu, nescaya musibah dunia tiada untukmu. Kelmarin, Allah membantumu. Percayalah,hari ini,esok dan selama-lamanya Allah tetap membantumu wahai insane yang kusayangi kerana Allah.
Insan terpilih,
Oleh itu, percaya dan yakinlah setiap langkahmu akan diberkati Allah kelak."..Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agamaNya).Sesungguhnya, Allah Maha Kuat,Maha Perkasa"(Surah Al-Hajj: 40)
Salam... kata2 yg indah... Insyaallah, ianya akan mnjadi hujah bagi para2 pencari tuhan untuk mluaskan lagi kebesaran Allah... Moga dakwah pena ini akan mnjadi satu medium baru bagi kita untk mnjadi kreatif dalam mnyampaikan dan mmberi pmhaman kepda masyarakt luar yang agak pasif tentang Islam... Jalan dakwh ini mgajarkan kita utk mnjdi lebih kreatif dalm brdakwah kerana dakwah itu adalah SENI.. seni yg sgt abstrak, dan hanya jiwa2 yang seni shja dapat menjlaskan dan memanipulasi makna dakwah yg sbenarnya... Strive 4 mardhatillah..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalammualaikum k.Ngah..
ReplyDeletealHaMdUlILLAH,b’kEseMpAtAn TuK ZIARAH LAGI…RenUngI KaTA2 niE Dr rakan bLoGGeR LAEN...Moga k.ngah lebih BErsEMANGAT!!!(^__^)..
" Orang seperti kita dalam perjalanan ini, gelora lautan yang luas sentiasa mengelilingi kita. Sebagaimana dakwah, ia kerapkali dihalang oleh pukulan badai dan gelora yang ganas. Perahu kecil akan terumbang-ambing ke kiri dan ke kanan. Jika kita duduk di dalam perahu itu kita akan merasa takut, cemas dan bimbang. Katakanlah jika kita tukar enjin itu kepada layar dan pendayung, sudah tentu lebih mencabar dan memerlukan kesungguhan. Namun kita mungkin akan sampai lewat dari orang lain, tetapi kesungguhan dan usaha yang tiada henti walau pun sampai lewat adalah lebih baik dari berhenti di tengah jalan dan langsung tidak sampai ke destinasi yang dituju. "