Monday, July 18, 2011

Di kAla haTI iNi......

 Segala puji bagi Allah s.w.t, kita memujinya, meminta pertolongan dan memohon pengampunan padaNya dan kita berlindung kepada Allah dari keburukan diri dan kejahatan amal perbuatan kita. Siapa yang diberi petunjuk tidak akan ada yang menyesatkan dan siapa yang disesatkan olehNya tidak akan ada pula yang dapat memberi hidayah. Tuhan , kuberserah kepadamu, ku letakkan keningku bersujud padaMu, ampuni dosa-dosa.

Di kala hati mentadabbur ayat ini, 

“Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Al-Ankabut: 21)
Allah tahu segala yang terbaik bagiku. Hanya Engkau tempatku berserah. Bukankah setiap hari kita mengharap kepadaNya. Jauh perjalanan luas pemandangan. Lihatlah sendiri bagaimana Allah mentadbir alam ini dengan sempurna. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dunia ini adalah suatu persinggahan. Jika dunia ini persinggahan, mengapa kita tidak banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan, kerana kita cuma ada satu persinggahan. Maka amal kebaikan kita di dunia inilah bekalan kita.

Di kala hati mengharap…pujuklah hati..
Moga dikurniakan hati yang memahami ayat-ayat Allah,
Moga dikurniakan mata yang dapat melihat bukti keesaan Allah,
Moga dikurniakan telinga yang senantiasa mendengar ajaran dan nasihat Allah,
kerana sesungguhnya dapat dijauhkan dari kalangan orang yang lalai dalam kehidupan yang fana ini sebagaimana membiarkan diri seperti robot-robot yang tidak berguna untuk Tuannya dan akhirnya ditinggalkan dengan amanah yang belum tertunai.
Bukankah Allah berfirman yang bermaksud :
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."(SuRAH AL-ARAF 179)

Di kala hati ini melihat dunia dari langit….
Sungguh!Indahnya ciptaanMu..lalu aku bersyukur kerana dapat melihat kejadiannya dan seisinya yang sungguh sempurna. Di sana ku amati manusia yang pelbagai ragam tidak kurang juga ujian yang menimpa manusia kepada Sang  Pencinta Pencipta.

Di kala hati merintih….didiklah hati..
Kerana menerima ujian dan dugaan, kepada mereka yang ku sayangi dan sanjungi,

Tuhan…
Aku tak pasti bagaimana penerimaanMu,
Dikala mendengar rintihan hati,
Bukan tidak redha dengan ujian dan kesusahan ini,
Namun sekadar ingin mengadu padaMu,
Ujian dan kesusahan ini, mengundangi hikmah dan iktibar buat ku, kerna ku yakin,Itulah tanda kasih sayangMu..

Tuhan..
Kurniakanlah aku cinta Mu,
Dan cinta orang yang cinta padaMu,
Dan cinta orang yang cintakan kekasihMu,
Yang hampir kepadaMu
Dan jadikanlah cinta itu
Yang boleh aku dambakan
Kerna ku pasti kudambakan keredhaanMu…

Di kala hati merasa bertuah mengenali insan-insan itu… 
Baik yang diuji dengan kesakitan,juga kemiskinan serta ketakutan,dan kesusahan ,seperti mana firmannya:

'Dan kami (Allah) pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikan gembira bagi orang yang bersabar' ( surah al-Baqarah:155)

Tabahkan hatinya dan bersabarlah. Masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesutu yang sia-sia. Percayalah, bukan kerana Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah mudah untuk dekat dan akrab denganNya…
“Ujian itu umpama telur, engkau menyangka ia adalah penjara bagi sesuatu yang berada di dalamnya, sedangkan dia yang melindunginya, membina dan menolongnya agar menjadi sempurna. Ia hanya diminta bersabar untuk beberapa saat dan sehingga sampai waktunya ia menetas lalu keluarlah makhluk yang baru”
Demikianlah seorang mukmin, apabila diuji diibaratkan juga seperti di dalam telur. Percayalah apabila keluar dari segala macam ujian yang diberi oleh Sang Pencipta, pastinya engkau mulia di sisiNya dan jadilah mukmin yang hebat menegakkan syiar Islam. Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik.
 
Di kala hati ini merenung ayat itu...
"Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal.(Al-Imran,160)

Percayalah..janji Allah itu pasti, engkau hanya perlu berusaha, berdoa dan bertawakallah kepada Allah kerana cukuplah Allah tempat kita berserah diri.

Semoga setiap denyut jantungmu adalah untuk Islam yang satu. Ingatlah Allah dalam hatimu, nescaya tiada duka untukmu.Ingatlah Allah dalam jiwamu, nescaya musibah dunia tiada untukmu. Kelmarin, Allah membantumu. Percayalah,hari ini,esok dan selama-lamanya Allah tetap membantumu wahai insane yang kusayangi kerana Allah.

Insan terpilih,
Oleh itu, percaya dan yakinlah setiap langkahmu akan diberkati Allah kelak."..Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agamaNya).Sesungguhnya, Allah Maha Kuat,Maha Perkasa"(Surah Al-Hajj: 40)



Thursday, July 14, 2011

Kembara Dakwah di bumi Sabah (BhGn 2)



Alhamdulillah, syukur nikmat Islam dan Iman yang masih wujud dalam diri dapat sekali lagi penulis meneruskan coretan pengalaman di blog yang tidak seberapa ini.

3 Julai 2011, kembara dakwah diteruskan dengan program Jejak Mualaf di Masjid UMS yang tersergam indah. Para mualaf yang hadir adalah dari Hidayah Centre. Ceramah disampaikan oleh Ustazah Noodianah binti Alwi, Penolong Pengarah, Penerbitan & Perhubungan Awam, JAKIM Cawangan Sabah dan merupakan salah seorang pengasas Teratak Fitrah. Melalui ceramah beliau, kami dapat mengetahui serba sedikit mengenai perbezaan orang yang memasuki Islam di Sabah dan Wilayah Persekutuan. Di Sabah, kes-kes yang melibatkan perebutan antara agama ini tidak akan timbul kerana saudara Muslim di Sabah dikehendaki mengangkat sumpah di Suruhanjaya Sumpah secara sukarela jika ingin memasuki agama Islam. Selesai slot Ustazah, tiba slot kami bersama para mualaf yang hadir. Penulis berkenalan dengan seorang pelajar tingkatan 3 yang berasal dari Johor dan kini menetap bersama ibu saudaranya selepas beliau memasuki Islam. Agak tersentuh juga cerita yang disampaikan oleh Nurul Iman ini kerana di sekolah beliau tidak dapat memakai tudung kerana takut guru Kristian akan mengetahui statusnya dan apabila beliau meminta tunjuk ajar dari rakan sebilik tentang solat , kawan-kawan seislamnya tidak mampu merendah diri kerana khuatir apa mereka ajarkan itu adalah salah. Penulis dimaklukan bahawa beliau kali pertama memakai tudung pada hari itu, dan seusai solat Zohor, penulis sendiri yang mengajarnya memakai tudung dengan rapi. Sungguh!pengalaman yang penulis tidak akan lupakan. Moga Allah sentiasa membantu Nurul Iman mendalami ilmu agama dan selamatkan dirinya dari godaan syaitan. Apabila Allah menghendaki seseorang itu mendapat hidayah, maka di mana-mana sahaja mereka akan menemui Islam agama fitrah ini. Menurut Nurul Iman sendiri , dia mendapat hidayah kerana beliau rajin membaca buku-buku Sirah Nubuwwah dan sMak Cik Hamidah pula mendapat hidayah apabila diuji dengan kesakitan kerana saka. Program tersebut berakhir dengan meninggalkan seribu satu kenangan kepada para delegasi kali ini.

Keesokan nya 4 Julai 2011, program seterusnya adalah lawatan rasmi ke Universiti Malaysia Sabah. Kami dimaklumkan universiti ini adalah Universiti yang terindah di Asia Tenggara. Masakan tidak, panorama tepi laut yang indah dan damai. Bermula dengan lawatan ke perpustakaan UMS yang sangat besar dan maklumat yang banyak serta ke Muzium Aquarium Marin yang menempatkan segala macam jenis ikan di dalamnya. Kemudian ke Canselori mereka yang di dalammya terdapat muzium UMS yang menempatkan sejarah penubuhan Universiti itu serta lawatan ke konti radio K.K FM iaitu salah satu stesen radio swasta yang terdapat di dalam UMS di mana juruhebah mereka juga terdiri daripada pelajar UMS sendiri. Walaupun kami tidak dapat bersiaran langsung seperti mana lawatan kami ke Batam, Indonesia, kami diberi peluang untuk merakam suara bagi ucapan sempena menyambut bulan Ramadhan. Juruhebah di sana sangat sporting dan terima kasih diucapkan kerana sudi menerima kunjungan kami ke situ. Ekspedisi diteruskan dengan melawat Yayasan Sabah iaitu antara pusat pentadbiran di negeri itu. Kami diberi penerangan mengenai fungsi Yayasan Sabah dan seterusnya ke Galeri Tun Mustapha iaitu tokoh perjuangan Sabah dan antara salah seorang pejuang agama Islam di bumi Sabah. Selepas itu kami berpeluang ke Restoran @tmosphere iaitu restoran berputar di bangunan Yayasan Sabah tersebut berada di tingkat 20++ sambil menikmati suasana Sabah dari bangunan pencakar langit. Selepas itu kami kembali ke Kolej Kediaman Kingfisher untuk berehat.

5 Julai 2011. EKspidisi diteruskan dengan melawat Kampung Tanjung Aru koTA Kinabalu yang mana perkampungan mereka terletak di atas laut. Apabila diperhatikan agak naïf juga kawasan tersebut dan kami dapat melihat perkampunagn mereka antara tempat tumpuan pelancong kerana terdapat di tengah-tengah perkampungan tersebut jeti untuk menuju ke tengah lautan. Serba serbi mereka lakukan di atas laut dan hampir penulis tidak faham keadaan kehidupan mereka.



6 Julai 2011. Lawatan ke USIA terpaksa dibatalkan kerana pihak mereka dikehendaki hadir ke Wacana Minda anjuran JAKIM cawangan Sabah. Kami juga berpeluang menyertai Seminar Wacana Minda tersebut yang bertajuk Ancaman Islam Liberal; ‘Realiti dan Solusi’ disampaikan oleh Prof Madya Dr. Khalif Muammar A. Harris dari UTM , Johor. Sedikit sebanyak menambah ilmu penulis yang sedikit ini mengenai gerakan Islam Liberal. Menurut beliau terdapat dikalangan agamawan yang telah menulis buku bertajuk “Indahnya Kahwin Sesama Jenis”.Astagfirullahalazim. Itulah antara akibatnya apabila Al-Quran diterjemahkan mengikut tafsiran sendiri. Antara prinsip-prinsip Islam Liberal adalah rasionalisme, penolakan terhadap syariah,pluralism agama, penolakan terhadap autoriti keagamaan,kebebasan mentafsirkan teks-teks agama, mempromosi nilai-nilai Barat, emansipasi wanita dan sewaktu dengannya.

Tibalah masa untuk pulang ke Semenanjung di waktu malamnya, saat yang sukar untuk meninggalkan Sabah yang banyak memberi pengajaran kepada kami dan semestinya kenangan selama di sini tidak mudah untuk kami lupakan. Alhamdulillah, penulis redha dengan ketentuan Allah bahawa ada masalah dengan penerbangan pulang kerana tidak dapat turut serta dengan rakan seperjuangan yang lain ke Semenanjung. Saat-saat akhir itu, penulis merasakan ada satu hikmah dengan takdir ketentuannya, penulis sendiri dapat mengenali seorang insan yang sangat tabah dan kuat semangat dalam menempuh hari-hari mendatang. Penulis jadikannya sebagai inspirasi untuk terus berjaya dalam hidup dan mengecapi keredhaan di akhirat kelak. Semoga Allah sentiasa berada di sisinya dan mendapat rahmat dan kasih-sayangNya.Beruntunglah bagi mereka yang diuji..

"Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan,
tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku tiba-tiba,
Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam,
tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan itu belum pasti untuk selama-lamanya..."

Akhirnya, alhamdulillah penulis sampai ke bumi Perak dengan selamat walaupun berseorangan. Syukur Ya Rob.Mujur terjumpa insan yang berhati mulia membantu penulis membawa  ke stesen bas yang agak jauh apabila ditinggalkan di tepi highway kerana kesilapan maklumat mengenai bas yang dinaiki.  Hanya padaMu tempat aku kembali berserah segala urusan.....

Kembara Dakwah di bumi Sabah (BhGn 1)





“Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Al-Ankabut: 21)

EKSPEDISI DAKWAH SABAH 2011-07-12

Alhamdulillah..syukur dengan limpah kurnianya dapat penulis bersama-sama teman seperjuangan dapat meneruskan Kembara Dakwah pada kali ini .


Pada 29 Julai 2011 yang lepas, terpahat sejarah dalam diari pelajar Dakwah dan Pengurusan Islam sesi 2009/2010 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan kerana berjaya menjalankan Program Ekspidisi Dakwah Sabah. Seramai 14 orang yang mengambil bahagian dalam kembara dakwah pada kali ini. Ucapan terima kasih kepada pengarah program, akh Fikri yang merupakan orang Sabah kerana berjaya membuat program seperti ini serta rakan-rakan seperjuangan. Sungguh begitu banyak mehnah yang terpaksa dilalui dan berkat tekad yang kuat demi melihat ianya menjadi realiti, akhirnya segala urusan dipermudahkan.Alhamdulillah.

Walaupun kapal terbang kami berlepas secara berasingan namun , kami tetap sampai di bumi Sabah dengan selamat. Setelah sampai, kami dibawa ke kolej kediaman Universiti Malaysia Sabah di Kingfisher iaitu penginapan untuk pelajar master sahaja. Banglo yang tersergam indah itu adalah kediaman rasmi bagi delegasi daakwah Sabah pada kali ini.

Pada keesokan harinya 30 Julai 2011, kami diarahkan membuat persiapan dari segi mental dan fizikal kerana selain menghadapi perjalanan yang jauh iaitu kira-kira 9 jam ke Lahad Datu, kami juga akan menghadapi pelajar-pelajar yang mana ada di kalangan mereka yang berada di tingkatan 4 bermasalah di SMK Terusan Lahad Datu kerana kami diberitahu bahawa UMS pernah menarik diri untuk membuat program di sini. Kami bertolak dengan menaiki bas dan buat pertama kalinya penulis sebagai penumpang rasa dihargai kerana diberi air mineral, ubat mabuk dan plastik . Sungguh keadaan ini tidak pernah berlaku di Semenanjung. Sepanjang perjalanan barulah penulis merasa begitu peritnya menghadapi perjalanan yang amat panjang membelah gunung –ganang. Inilah satu cabaran untuk berdakwah di bumi Sabah kerana keadaan muka bumi yang bergunung-ganang amat susah untuk berhubung antara satu sama lain. Kami singgah di pasar Kundasang dan membeli sedikit buah-buahan. Walaupun perjalanan yang dilalui penuh liku, penulis sangat terpegun melihat kejadian Sang Pencipta yang tersergam indah yang tidak dapat ditafsirkan dengan kata-kata. Selepas sehari suntuk perjalanan, pada malamnya sampailah kami di tempat yang dituju . Terima kasih kepada akh Zulfadli yang menyambut ketibaan kami.Kami sangat terkesan apabila melihat beliau berbuka puasa di jalanan sahaja. Kami langsung ke masjid dan turut serta dengan pelajar asrama yang sedang membaca Yasin ketika itu. Selepas sembahyang isyak,kami membuat sesi taaruf bersama pelajar tingkatan Satu dan pembahagian kumpulan untuk aktiviti seterusnya. Untuk pertemuan malam esoknya, kami memberi tugas kepada pelajar tersebut untuk membuat persembahan dengan tujuan agar dapat mencungkil bakat mereka. Setelah selesai program bersama pelajar tingkatan Satu. Kami mengadakan perbincangan untuk menghadapi pelajar tingkatan empat yang bermasalah itu. Perbincangan bersama mahasiswa UMS larut hingga ke lewat malam bagi memastikan segala manhaj-manhaj dakwah yang dipelajari dapat dipraktikkan.

Pada 1 Julai bermulalah program kami bersama pelajar tinkatan 4. Sungguh bersyukur kerana tidak semua yang membuat masalah kerana ada di kalangan mereka yang berpindah di sekolah itu dengan sebab kedudukan rumah mereka yang dekat. Program itu terbahagi kepada dua sesi, walaupun sesi kedua itu pelajar itu semakin berkurang selepas solat jumaat, penulis yakin yang hadir pada sesi itu adalah pelajar-pelajar yang mempunyai semangat untuk menimba ilmu dan berjaya. Sesi luahan perasaan yang menyentuh hati penulis. Sungguh setiap manusia akan diuji oleh Allah. Penulis dapati suasana persekitaranlah yang mempengaruhi tinkah laku remaja saat ini. Aku terbaca luahan seorang pelajar ini yang sangat bencikan bapanya. Mengapa ini berlaku kepada seorang anak masakan institusi kekeluargaanlah yang memainkan peranan penting dalam menjamin sahsiah remaja sekarang yang seusia ini mereka sedang memberontak ingin mencuba sesuatu yang baru. Moga penyesalan mereka di akhir program tersebut akan membawa mereka ke puncak kejayaan. Dengan inisiatif sendiri, bagi memastikan janji-janji mereka terlaksana, tertubuhlah group fb XPDC SMK Terusan Lahad Datu. Bagi mereka yang sudi menyertai kami, kami alu-alukan bertujuan memberi sebarang nasihat dan pengajaran berguna kepada mereka. Kenangan terindah bersama SMK Terusan akan menjadi memori yang tidak akan dilupakan sepanjang hidup penulis.

Pada 2 Julai 2011, pengembaraan diteruskan dengan mengembara ke daerah Tawau.
Perjalanan dengan menaiki van yang selesa dengan alunan lagu Hambamu yang dapat menghilangkan rasa letih dalam diri. Terima kasih kepada akh Zulfadli yang sanggup menjadi pemandu pelancong kami. Jasamu tidak dapat kami balas walau kami tahu kamu juga letih membawa kami. Kami singgah di Hutan Simpan Madai Baturong Kunak. Subhanallah,sungguh indah tanpa dapat ditafsirkan dengan kata-kata. Kadang-kadang fitrah manusia sendiri akan berasa tenang dan damai apabila melihat kehijauan alam. Setibanya di Tawau, kami diarahkan untuk menemuramah beberapa peniaga di Pasar Tanjung untuk mendapat maklumat serba sedikit mengenai realiti umat Islam di Sabah. Alhamdulillah, beberapa orang peniaga dapat kami interview dan ternyata persaingan sengit antara Islam dan Kristian terjadi di sini kerana jangan sangka mereka yang bernama Islam di dalam kad pengenalan itu adalah beragama Islam. Menurut Puan Hajjah Raja Nurhaeda, antara faktor yang menyebabkan perkembangan Islam di Sabah kurang aktif adalah kerana sikap para pendakwah yang tidak mahu menjejaki dan mendekati mad’u-mad’u di kawasan pedalaman. Perjalanan kami diteruskan untuk pulang ke Lahad Datu semula kerana pada malamnya kami akan pulang semula ke Kota Kinabalu. Ternyata perjalanan kali ini adalah peristiwa yang tidak dapat kami lupakan kerana bas yang kami naiki ke Kota Kinabalu hampir berundur kebelakang semula semasa menaiki bukit. Hanya kepadamu kami berserah Ya Allah. Alhamdulillah kami sampai ke destinasi yang di tuju ketika waktu Subuh.

BERSAMBUNG....

"JOM jadi persis tabiin Al-Hasan Al-Basri...
Jika beliau menyruruh orang berbuat kebaikan, beliau terlebih dahulu melakukannya..
Jika beliau menyuruh orang melakukan maksiat, beliau adalah orang pertama meninggalkannye.."
Renung-renungkan..dan selamat beramal...





Wednesday, June 15, 2011

Coretan Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid (MTQN) kali ke-17 PEYATIM Peringkat Kebangsaan dan Asean



Bismillahirrahmanirohim...
“Barangsiapa mengkehendakki pahala dunia Kami berikan pahala itu dan barangsiapa mengkehendakki pahala akhirat Kami berikan pahala itu. Dan Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran:145)

Alhamdulillah, syukur dengan nikmat Islam dan Iman yang dikurniakanNYA dapat jua penulis berpeluang menyertai Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid (MTQN) kali ke-17 PEYATIM Peringkat Kebangsaan dan Asean sebagai urusetia program tersebut. Penulis berasa bersyukur kerana telah terpilih oleh Allah untuk sama-sama memeriahkan program tersebut.

Pada dasarnya, anak-anak yatim di negara ini amat beruntung kerana kerajaan mahupun orang perseorangan sangat bermurah hati untuk melihat kebajikan mereka terjaga. Tidak seperti di Indonesia yang pernah penulis lawati, hanya yang sedar akan kepentingan menjaga anak yatim sahaja yang mengerjakan amalan murni ini. Namun begitu, kita juga harus melihat aspek-aspek yang lain di mana mereka juga ada kelebihan dari negara kita.

Penulis juga merasa bertuah kerana banyak menimba pengalaman untuk mengendalikan program besar-besaran seperti ini. Program sebegini memang menguji diri bukan sahaja dari segi mental tetapi fizikal dan emosi. Teringat dengan kata-kata staff bahawa kita ini memang tidak boleh memuaskan hati orang lain. Jadi kita perlu bertindak mengikut arahan. Namun adakalanya kita dapat puaskan hati orang lain jika kita membuat ihsan dan memikirkan altenatif  lain. Itu semua terpulang kepada kebijaksanaan seseorang dalam mengendalikan masalah.

Pertemuan dengan seorang pengasas Pusat Anak Yatim amat terkesan dalam diri penulis. Beliau digelar Pak Wan seorang yangg nampak tenang dan kelihatan muda walaupun umurnya lebih dari itu. Pak Wan berterima kasih kepada kami dan menyatakan  bahawa hanya insan terpilih sahaja yang dapat sama-sama membantu anak-anak yatim ini. Ketahuilah mereka ini begitu istimewa dan beruntunglah mereka yang memuliakan anak-anak yatim. Pak Wan menasihati kami supaya kelak jangan segan silu jika ada  sesuatu hajat datanglah ke rumah mereka dan minta mereka mendoakannya. Insyaallah doa mereka termakbul.

Hebat! Inilah yang dapat menggambarkan semangat anak-anak Yatim ini. Mereka memang semangat dalam memenangi acara yang dipertandingkan seperti mendeklamasikan sajak, azan,tilawah Al-Quran, Nasyid, berzanji, syarahan Bahasa Melayu dan Inggeris. Masing-masing menggayakan pakaian yang cantik-cantik dan seragam menyerlahkan lagi kematangan mereka. Perasmian pembukaan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar , Negeri Sembilan dan Perasmian penutup dirasmikan oleh Dato’ Haji Mubarak Bin Dohak, D.T.N.S Undang Luak Sungei Ujong. Terima kasih kepada Presiden PEYATIM, YM Dato’ Dr Hj Tengku Mahmud Mansor yang manganjurkan program ini.

Berkongsi pengalaman bersama delegasi Thailand yang cukup peramah. Mujur mereka fasih berbahasa melayu dan mungkin itulah puncanya kami amat menyenangi mereka sehingga boleh memanggil panggilan AYOH dan ABOH. Ada peristiwa yang menarik berlaku apabila Ayoh menanyakan kepada kami  tentang adab mengadap sultan atau raja bagi orang Melayu. Persoalan yang membuatkan kami berfikir ialah agama Islam sudah bertapak di Malaysia sudah lama dan mengapa jika mengadap sultan, tidak dapat tidak seseorang itu akan meletakkan tangan di kepala seperti menyembah sultan. Ayoh beritahu kami bahawa itu adalah amalan penganut Buddha yang membuat sebegitu di tokong. Kami terdiam sejenak dan ayoh seakan-akan membuat provokasi ke atas kami. Siapalah kami untuk mengubah adat istiadat Raja-Raja wahai ayoh weh…

Penulis tertarik dengan ucapan Profesor Dato’ Dr. Muhammad Muda, Naib Cancelor USIM di dalam buku cenderamata yang disediakan menyarankan kita agar melihat contoh makhluk yang Allah ciptakan iaitu semut. Mampukah manusia mencipta makhluk seperti semut yang merupakan jurutera dan arkitek yang hebat, canggih dan menakjubkan dalam hal ehwal pengeluaran, pembinaan dan pembikinan bangunan. Jika kita perhatikan sesungguhnya sarang semut sangat unik. Ianya mempunyai pelbagai peringkat yang pelik sekali. Para ilmuwan dan saintis menemukan bahawa sarang semut tidak dapat ditandingi dengan rumah yang dibangunkan oleh manusia di mana rumah tersebut dilengkapi dengan kelengkapan seperti kamar khusus untuk menyimpan makanan, slot peredaran udara, bilik untuk anak-anak dan sarang untuk beristirehat. Sebab itulah Al-Quran menamakan rumah-rumah ini dengan perkataan masakin (sarang-sarang) yang merupakan sebutan dan nama yang teliti dan mendalam sekali dari sudut ilmiah dan menjadi bukti akan kemukjizatan Al-Quran. Semangat semut juga tidak dapat ditandingi oleh manusia. Mereka mengikut arahan dan mampu mengangkat satu beban yang lebih berat daripada mereka sendiri. Allah SWT berfirman melalui lisan semut yang bermaksud “Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari";    ” An-Naml:18

Alhamdulillh….selepas majlis tersebut berakhir, kami dijemput makan malam bersama-sama TNC Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Dollah . Di dalam ucapannya, Dato’ menyatakan anak-anak yatim ini bukanlah kurang dari segi wang ringgit kerana rata-rata mereka sudah mampu mempunyai telefon bimbit yang canggih, tetapi kurangnya keprihatinan dan kasih sayang. Ini kerana kita dapat melihat interaksi dan cara komunikasi mereka memang berlainan. Selain itu, Dato’ berterima kasih kepada kami kerana dapat memikul tanggungjawab sebagai urusetia dengan jayanya kerana rata-rata mendapat komen yang positif. Dato’ juga menyatakan kami berjaya mempraktikkan kemahiran-kemahiran yang dipelajari seperti kemahiran menyelesaikan masalah, critical thinking, komunikasi berkesan dan etika & moral yang bagus selain menunjukkan kemahiran keusahawanan yang tinggi iaitu berkerja keras dan rajin berusaha dan sanggup  menghadapi risiko. Hanya kami sahaja yang tahu kebenaran kata-kata Dato’ itu kerana kami yang melaluinya. Akhir kata , moga mahasiswa/i USIM dapat menjadi golongan Abrar(orang-orang yang berbakti)  yang diidamkan oleh USIM khususnya. J
Terima kasih kepada yang terlibat dalam program ini. Moga kita sama-sama mendapat ganjaran di sisi-NYA.







Saturday, June 4, 2011

Kursus Praktikal Penyembelihan dan Majlis Berkhatan Masyarakat Orang Asli


Assalamualaikumwarahmatullah…
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat lagi kita bernafas di muka bumi ini dan yang paling penting kita  masih menikmati nikmat Islam dan Iman…maka beruntunglah bagi mereka yang  berakal dan mensyukuri segala nikmatNya
Untuk perkongsian pada kali ini adalah mengenai pengalaman penulis bersama-sama masyarakat di Perkampungan orang asli Kampung Tekir baru-baru ini pada 30 & 31 Mei di bawah program Kursus Praktikal Penyembelihan dan Majlis Berkhatan Masyarakat Orang Asli Peringkat Daerah Seremban, Rembau dan Port Dickson. Pihak SPMM telah menghantar seramai 11 orang sukarelawan untuk menguruskan sukaneka dalam program tersebut.
Antara objektif program yang berlangsung selama dua hari  ini adalah memberi kefahaman yang lebih jelas kepada masyarakat orang asli tentang Islam sebagai satu cara hidup , memberi kefahaman kepada masyarakat orang asli mengenai kepentingan hidup bermasyarakat, dan pendedahan kepada orang asli tentang syarat,rukun dan kaedah penyembelihan mengikut hukum syarak.

Hari pertama iaitu pada 30 Mei 2011, masyarakat orang asli baik Islam dan bukan Islam berpeluang menyertai bengkel dan praktikal penyembelihan yang disampaikan oleh Ustaz Mat Nawi bin Mahmood yang merupakan penceramah yang sama ketika penulis menguruskan program sembelihan Halal anjuran Sekretariat Pendakwah Muda di kampus USIM sendiri. Kemudian, pada sebelah petangnya sekretariat sukarelawan USIM pula mengambil alih untuk menguruskan program sukaneka. Susah tapi seronok. Pelbagai ragam kanak-kanak dan dewasa dapat dilihat pada program itu. Dan yang pasti mereka cukup kreatif dalam membuat kraftangan.

Pada malam hari akan diadakan majlis bacaan Yaasin , tahlil dan doa selamat di surau.Alhamdulillah, akhirnya meriah juga surau yang tidak berpenghuni sekian lama. Namun,  penulis agak terkilan  kerana tidak dapat menyertainya kerana sebahagian sukarelawan ada kelas keesokan harinya.
Pada keesokan harinya 31   MEI 2011. Majlis perasmian penutup program Kursus Praktikal dan Penyembelihan & Majlis Berkhatan Masyarakat Orang Asli Peringkat Daerah Seremban, Rembau dan Port Dickson telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hasim Bin Rusdi yang merupakan ADUN Labu, Negeri Sembilan. Penulis sendiri tidak pernah melihat sambutan yang menggalakkan dari penduduk kampung jika dibandingkan dengan program sebelum ini yang pernah dibuat di kampung yang mana kanak-kanak dan dewasa mengambil bahagian dalam pertunjukan nyanyian dan tarian sewang .
Majlis perasmian penutup dimulai dengan ucapan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli. Kemudian, penulis tertarik dengan ucapan pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan yang menerangkan bahawa program yang dijalankan ini bukanlah untuk menarik masyarakat orang asli memeluk Islam  tetapi untuk mendedahkan kepada mereka cara hidup Islam yang unik kerana yang menentukan seseorang itu Islam adalah dengan melalui hidayah sahaja dan bukan sogokan lain seperti wang, makanan , perlindungan dan sebagainya kerana itu adalah nikmat sementara.

Akhir kata, terima kasih kepada pihak yang terlibat seperti JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan Kemajuan Orang Asli Seremban, Jabatan Kesihatan, Masjid Pasir Puteh dan Polis diraja Malaysia dan sekretariat USIM yang telah menjayakan program Kursus Praktikal dan Penyembelihan & Majlis Berkhatan Masyarakat Orang Asli Peringkat Daerah Seremban, Rembau dan Port Dickson.

Saturday, May 14, 2011

Catatan Diari Lawatan Antarabangsa Jejak Islam di Batam Indinesia



Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh..
Segala puji bagi Allah s.w.t,kita memujinya, meminta pertolongan dan memohon pengampunan padaNya dan kita berlindung kepada Allah dari keburukan diri dan kejahatan amal perbuatan kita. Siapa yang diberi petunjuk tidak akan ada yang menyesatkan dan siapa yang disesatkan olehNya tidak akan ada pula yang dapat memberi hidayah..
Bersyukur kehadrat Ilahi setelah bersusah payah untuk menguruskan gerak kerja lawatan antarabangsa Ekspedisi Jejak Islam di Batam, Indonesia, akhirnya berakhir dengan jayanya. Sungguh setiap apa yang diimpikan akan berhasil jika kita benar bersungguh-sungguh berusaha mendapatkannya. Terima kasih kepada Dr. Adanan Mat Junoh dan En. Rosli serta Mas 
Yassin yang banyak membantu kami.
Di sini penulis ingin mencatatkan memori-memori indah sepanjang lawatan di bumi Indonesia.
Kami memilih Batam, Indonesia sebagai tempat destinasi menjejaki warisan Islam yang ada di bumi Batam ini. Sungguh! bumi Batam ini amat berdekatan dengan negara Malaysia kerana jika menaiki feri mengambil masa kira-kira satu jam setengah sahaja dari terminal Stulang Laut,Johor. Lawatan kami disertai seramai 17 orang mahasiswa dan mahasisiwi pengajian Da’wah dan Pengurusan Islam tahun 2.
Hari Pertama. Kami bertolak dari USIM pada jam 11.00 malam dan terus ke terminal Stulang Laut, Johor untuk mengambil tiket feri yang sudah ditempah. Penulis sebenarnya amat terpegun apabila kami lewati tempat tersebut lebih kurang pukul 3.30 pg, rata-rata yang kelihatan ialah anak-anak muda yang melepak. Sangat meriah tempat tersebut seperti bukan pukul 3.30 pg. Penulis cuba memberanikan diri untuk merayau melihat keadaan kawasan sekeliling dan akhirnya tiba di pantai penulis melihat botol-botol arak bersepah di tepi pantai. Kini baru penulis tahu bahawa berdekatan tempat itu terdapat kelab-kelab malam untuk hiburan para pemuda-pemudi. Kini penulis dapat mengetahui serba sedikit realiti kehidupan yang mana hanya didengari di media elektronik dan media cetak mengenai gejala sosial yang 
semakin parah di kalangan remaja.
Hari kedua. Setelah menguruskan tiket dan pasport, kami mula berangkat dari terminal Stulang Laut, Johor ke Terminal Batam Centre. Perasaan kami bercampur baur apabila impian kami menjejaki bumi Batam akan menjadi realiti sebentar lagi. Sepanjang di dalam feri penulis sangat teruja melihat keindahan Sang Pencipta. Sungguh indah pemandangan laut dari atas feri . Kami memintal buih-buih lautan yang memisahkan Malaysia dan Indonesia. Apabila kami lewati perairan Singapura, feri yang kami naiki bergerak dengan perlahan kerana polisi kerajaan Singapura sendiri yang telah mengehadkan kelajuan jika melewati kawasan mereka. Penulis dapati kerajaan Singapura amat prihatin terhadap alam sekitar. Mereka telah memagar sepanjang kawasan perairan laut mereka supaya tidak dicerobohi dan dicemari.
Setibanya di Terminal Batam Centre, kami di sambut dengan pemandu pelancong kami Mas Yassin namanya. Dia terus membawa kami ke tempat penginapan kami di Pusat Informasi Haji yang berdekatan dengan terminal tersebut. Sungguh teruja apabila penulis mendapat tahu ianya adalah hotel yang seratus peratusnya mengikut syariah Islam. Hotel ini tidak tersedia minuman keras, tidak membenarkan lelaki bukan mahram naik ke bilik , hanya untuk suami isteri biarpun ia non muslim. Alangkah bagusnya kalau di Malaysia banyak terdapat hotel-hotel sebegini. Sungguh meyakinkan bagi masyarakat  Islam khususnya.
Kami diberi masa untuk check in hotel dan bersiap sedia untuk ke Pantri Asuhan Yayasan Darul Aitam Batam. Pantri ini telah di bina semenjak tahun 2003 atas usaha persendirian yang menempatkan seramai 33 orang anak yatim dalam lingkungan umur 1 thn hingga 18 thn. Anak-anak yatim ini ditempatkan di dalam satu bangunan 2 tingkat dan yang hanya memisahkan mereka hanya tingkat atas dan tingkat bawah. Terpancar wajah-wajah ceria mereka menyambut kedatangan kami yang memerlukan bantuan bukan sahaja dari segi makanan, pakaian, tempat kediaman malah yang lebih utama ialah kasih sayang. Bersyukurnya kita jika masih mempunyai orang tua. Kami kagum dengan kecekalan para pembantu di pantri asuhan ini kerana ketahuilah ini usaha yang luar biasa yang tidak semua orang sanggup menempuhnya. Kami beramah mesra dengan mereka saambil memberi sumbangan yang tidak seberapa. Penulis terkesan akan cerita mengenai seorang pelajar di pantri ini yang hampir di bunuh kerana kepentingan peribadi ibunya. Sungguh menyanyat hati apabila seorang ibu yang sudah terlanjur dan membuat maksiat sanggup membunuh anaknya sendiri yang luar nikah itu. Mujur anak ini dapat diselamatkan oleh pihak yayasan kerana sanggup mengambil anak kecil ini. Bezanya keadaan di Malaysia kalau tidak salah ialah kerajaan yang membantu pembangunan pusat-pusat anak yatim seperti ini.
Hari Ketiga. Alhamdulillah, kami terus bersemangat menjejaki Islam di bumi Batam. Kami sangat terharu kerana diberi kepercayaan untuk ke udara secara lintas langsung di Radio Serumpun f.m iaitu salah satu radio swasta di Batam. Wakil yang telah ke udara untuk menerangkan tujuan penjelajahan kami di bumi Batam ini adalah mentor kami Dr Adanan dan En. Rosli serta Nur Azimah.  Kami sangat teruja kerana warga Batam menyambut baik delegasi lawatan antarabangsa kali ini. Namun ada saranan di waktu sesi soal jawab oleh seorang warga batam supaya lawatan kami dilanjutkan ke bahagian Kepulauan Riau Lingggi yang mempunyai khazanah Islam yang asli. Saranan tersebut telah  di sambut baik oleh Dr. Adanan.
Selepas wakil delegasi kami ke udara di Radio Batam iaitu Serumpun FM 91.7 (on air) kami berangkat ke Lembaga Management Zakat, Infaq dan Sadoqah Al-Kahfi . Di sana kami pelajari cara mereka menguruskan harta umat Islam di Batam. Kami dapat makluman bahawa masyarakat di Batam ini kebanyakannya adalah pendatang dan mereka membina pusat zakat ini khusus untuk membantu umat Islam di kawasan ini. Kesusahan mereka terpancar apabila di ceritakan mereka pernah membawa dua mayat dalam satu van akibat kekangan kenderaan. Namun semangat membantu umat Islam dan menyedari betapa pentingnya amalan fardhu kifayah menjadikan mereka sangat kuat sehingga segala urusan pengkebumian jenazah diuruskan oleh mereka sendiri. Antara saranan mereka kepada kami ialah tunaikan amanah sesuai dengan sunnah.
Menjelang petang kami telah ke Lembaga Adat Melayu. Di sana kami lewati bangunan baru yang di bina dengan kerjasama pemerintah di sana kerana sebelum ini lembaga Adat Melayu ini juga terbina oleh pihak persendirian iaitu swasta. Walaupun terdapat masalah pengurusan untuk melawat tempat ini, kami tetap disambut dengan ceria oleh Pengarah Lembaga ini dan Dato’-Dato’ juga turut hadir. Kami diberi penerangan serba ringkas dan mempunyai maksud yang amat mendalam. Ya! Sungguh,terpisahnya  Melayu di kota Batam dan Melayu di Malaysia ialah dasar penjajah. Penjajahlah yang memisahkan kita. Lawatan di Lembaga Adat Melayu telah memberi seribu satu kenangan dan menyuntik semangat para peserta lawatan untuk lebih giat membangunkan Islam supaya tidak terjadi seperti Melayu Singapura kerana Melayu di dapat tidak dia juga adalah beragama Islam.Penulis juga terkesan tentang salah faham masyarakat mengenai syarat-syarat lelaki yang dapat mencium bau syurga. Beliau juga menyarankan kepada kami supaya tidak memanggil negara Indonesia dengan panggilan “INDON” kerana ia amat sensitif yang mempunyai kaitan dengan sirah Hindon yang memakan hati Saidina Hamzah pada zaman Rasulullah SAW.
Hari keempat. Kami tidak dapat melawat ke tempat yang ditetapkan kerana hari tersebut adalah cuti umum. Kesempatan ini kami di bawa menyelusuri pantai pulau Batam. Indah khabar dari rupa. Kebanyakan pantai telah dibangunkan resort yang dipelapori oleh orang beragama Buddha. Ini kerana kami dapati terdapat patung Buddha yang sangat besar di lereng-lereng bukit. Selain itu, kami juga singgah di Pantai Sekupang dan apa yang mengejutkan kami apabila berada di sana ialah pengajian Bible sedang dijalankan di tepi pantai. Sangat bijak pendakwah Kristian ini giat menyebarkan dakwah mereka. Moga ia dapat di tiru oleh para pendakwah Islam juga. Kawasan pesisir pantai mereka tidaklah begitu cantik berbanding dengan di Malaysia. Dr. Adanan memberitahu kami bahawa mengikut teori Moslow yang mempunyai lima tingkatan, antara sebab pantai mereka sebegitu ialah kerana ada keperluan lain yang lebih penting untuk mereka penuhi dan ia berlainan dengan negara maju seperti Malaysia dan Singapura.
Pada hari kelima pula, kami telah melawat ke Pusat Dakwah Muhammadiyah ASEAN di Batam. Untuk pengetahuan Pusat ini mempunyai banyak cawangan di serata Indonesia. Pusat ini digelar Muhammadiyah yang bererti pengikut junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Tempat tersebut di kelilingi sekolah dan antara fokus pusat dakwah ini adalah memperkasakan ilmu di kalangan anak bangsa sendiri. Kami sungguh terharu kerana presiden pusat dakwah tersebut sanggup menyambut kami walau keadaannya tidak mengizinkan kerana mengalami sakit gout. Untuk makluman, Pusat ini juga telah menubuhkan Maahad Said Bin Zaid. Kami berpeluang berkunjung ke Maahad ini tetapi kurang bernasib baik kerana pelajar-pelajar di sana sedang bercuti. Maahad tersebut menyediakan Program Bahasa Arab, Pengajian Islam dan Program Tahfizh Al-Quran. Pengajar Maahad ini adalah lulusan tinggi terkemuka di Timur Tengah dan Indonesia sendiri sehingga dapat menghasilkan suasana yang kondusif bagi mahasiswa dalam penguasaan bahasa arab itu sendiri. Kami amat tertarik dengan usaha pihak ini kerana terbinanya Maahad ini adalah juga sumbangan dari dermawan Dubai. Maahad ini menyediakan program praktikal di desa-desa terpencil di pelosok nusantara  selama tiga bulan bagi melahirkan para daie yang benar-benar ditugaskan untuk menyambung warisan Islam di sana. Pengajaran hasil drpd kunjungan Pusat Dakwah Muhamadiah adalah banyak sekali orang Islam menukar agama kerana indomee. Sewajarnya AKIDAH tidak boleh dijual beli dengan apa pun. Bak kata En. Rosli bahawa ada antara keluarga yang hidup di pedalaman menukar agama mereka kerana mahukan keperluan harian dan makanan. Sungguh menyanyat hati kerana missionary fokus kepada masyarakat Islam yang kurang pegangan agama dan hidup dalam kemiskinan yang akhirnya memaksa mereka berbuat demikian.
Seterusnya petang hari, kami telah berkunjung ke Universitas Batam, Indonesia yang mana telah dibina oleh Yayasan Griya Husada dan diberi nama awalnya ialah Abulyatama. Universiti ini didirikan pada 30 Mei 2000 dan mempunyai empat fakulti iaitu fakulti Hukum, Teknik, Ekonomi dan Kesihatan. Perbincangan kami lebih menjurus kepada pertukaran maklumat antara USIM dan UNIBA serta mereka sungguh kagum kerana mendapat tahu  bahawa pelajar-pelajar di Malaysia berpeluang menimba ilmu dengan pinjaman PTPTN manakala pelajar-pelajar mereka di sana hanya diberi biasiswa dan untuk keluarga yang mampu membiayai pengajian sahaja.

Hari keenam. Kami berpeluang menelusuri kepulauan Riau dan melihat sendiri mercu tanda di Pulau Batam iaitu Jambatan Berelang yang menghubungkan pulau-pulau di Batam. Untuk pengetahuan proses pembinaan jambatan ini telah diimport khas teknologi dari Jerman. Delegasi Lawatan Antarabangsa Jejak Islam di Batam  kali ini merasa agak rugi kerana tidak dapat berkunjung dan berdiskusi dengan Walikota di Batam ini kerana telah kami dibatalkan pada saat-saat akhir. Ingin sekali kami bertanya bahawa sejauhmana perkembangan Islam di bumi Batam ini walaupun kami dapat tahu bahawa masyarakat Islam di bumi Batam ini peratusannya menurun lebih kurang dari 90% ke 70%. Banyaknya kerja kita semua untuk fahamkan umat ini dengan Islam yang lebih luas. Semoga semangat beramal untuk Islam itu akan menjadi lebih luas kerana fahaman Islam mereka yang lebih luas.
Hari ketujuh. Setelah seminggu berada di bumi Batam Indonesia, tibalah masa untuk pulang ke Malaysia. Seperti hari-hari biasa sepanjang di bumi Batam, kami keluar seawal 5.30 pg waktu Indonesia untuk beriadah . Hari terakhir itu kami rasakan semacam hari pertama kami jejakkan kaki di bumi Batam. Semestinya menyimpan kenangan manis yang tidak dapat kami lupakan. Kami menaiki feri dari Batam Centre ke Stulang Laut, Johor Bahru pada pukul 11.00 pg dengan membawa lebihan beg yang sudah beranak pinak. Alhamdulillah kami tiba di USIM pada jam 7.00 petang.
Moga lawatan ini dapat memotivasikan para peserta supaya lebih maju dan cemerlang serta menjadi insan pembela agama di kemudian hari. Moga ceramah motivasi dari Dr. Adanan Mat Junoh dapat membakar semangat kita supaya terus menggapai cita-cita walau pernah kecundang di tengah jalan. Antara saranan Dr. Adanan ialah “ jangan tanya dari mana kita datang tetapi tanya ke mana kita nak pergi”. Serta kata-kata dari wakil Lembaga Adat Melayu iaitu senantisalah menjadi orang yang “lapar” iaitu sentiasa mahu berusaha dan senantiasa menjadi orang yang “bodoh” iaitu sentiasa mahu belajar dan menuntut ilmu. Akhir kata daripada penulis, Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Al-Ankabut: 21)






Saturday, April 16, 2011

Moga kita tidak hilang peluang da'wah



Assalamualaikm..salm da'wah buat semua...


Alhamdulilllah...sampai juga di Perkmpugn Org Asli Kg Tekir Labu buat semester ini..terubat rase rindu jua.
Kami berurusan dgn M.Cik Gayah..masih seperti dulu...jauh dr sudut hati M.cik mahukan ade orang membimbing masyarakat Islam di sini..kalo nk cerite..kesian sgt..mereka mahukn pemahaman Islam tetapi tiade org yg mahu membimbing..buat pengetahuan semue..ustz yg mengislamkan mereke sudah berpindah dan ustz skrg hanye menjenguk mereka sebulan sekali..ad ke patut..M.cik Gayah sebenarnye ingin mengadu permasalahan ini kepada pihak berwajib..namun setelah kesihan melihat ustaz  itu yang mengatakan dirinya tidak berkemampuan ( anak sulung & belum berkahwin)..M.Cik menutup mulut dan M.Cik harap pihak kami pula dapat membantu Ustaz tersebut terutamanya pengarah Program E'POS...En. Hafiz..Namun di sini terdapat persoalan yang berlegar2 di kepala..mengapa mereka menempatkan ustaz muda sebegini dan cuma seorang sahaja untuk mengawal kampung ini..?Wallahualam...

Alhamdullih kami dapat perkembangan terbaru dari M.cik Gayah..seorang dari anak buah M.Cik  telah memeluk agama Islam..
Dan kami dapat tahu pengarah JAKIM juge turut turun padang untuk mengenalpasti pasangan Islam yang sudah beranak pinak tetapi masih belum diijabkabulkn secara sah..terima kasih kepada yang terlibat dalam kerje2 dakwah di Kg ini.

Terasa ingin berehat di TADIKA selepas membersihkan surau yang semakin berhabuk tidak berpenghuni,
datang pegawai Pusat Da'wah membawa barang untuk agihan kepada masyarakat Islam dan mereke telah menjemput kami untuk datang membantu mereka mengenlpasti pasangn Islam yg sdh berkeluarga tersebut. M.Cik ade menyatakan bahawa sebelum ini mereka cuba mengenalpasti pasangan tersebut dengan pergi ke rumah, namun suami mereka secara tidak langsung terus menaiki moto dan meninggalkan M.Cik Gayah...yang malunya M.Cik Gayah cerita suami tersebut adalah berbangsa Melayu dan berkahwin dengan masyarakt orang asli..Ishh..memalukan orang Melayu betul.

Sebenarnye..hati ini ingin juga mengajak seberape ramai yang mungkin untuk mngikuti lawatan kali ni..namun apakan daya..wlwpun hujan....

Allah berfirman maksudnya:

“Apa kena dengan kamu, apabila diseru supaya keluar berjuang, kamu menjadi berat. Adakah kamu telah redha dengan kehidupan dunia yang hampir?”. (At-Taubah 9:38)

“Bahkan kamu lebih mengutamakan kehidupan dunia sedangkan akhirat lebih baik dan lebih kekal”.(Al-A’laa 87:16-17)

Buat sahabat2..Jgnlah jadikan final exam sbgi alasn.kerna tgjwb kite lebih dr i2..

“Siapa yang menolong agama Allah, Allah pasti bakal menolongmu.”
 Itulah janji Allah yang hanya sebagian kecil saja manusia tahu dan meyakini...Sungguh aku sudah merasinya!!

Keberlangsungan posting dari http://langitkeinsafan.blogspot.com/2010/10/selamatkann-merekaaa.html



..wslm..

Saturday, April 2, 2011

Sucinya seorang gadis....

Gadis… sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok yang menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian Sang Kumbang untuk mendekatimu, namun … tidak semua bunga senang di dekati lantaran duri mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharuman serta kilauan warnanya memancar indah mengundang kegaguman terhadap sang kumbang … tapi Awas !!! duri yang memagari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.


Ingatlah bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya dengan pandangan nfsu dan syahwat melainkan bertambahnya keiamanan salah seorang antara mereka. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika di bandingkan dengan sesuatu yang terdedah… umpama mutiara yang di dedahkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah…

Nabi ada bersabda : “Tidak ada satu fitnah yang terlebih besar dan bermaharajalela selepas wafatku kepada kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita”.

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang Hak dan yang Batil apabila kau letakkan cinta itu di atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah. Sebelum kau mendekati cinta yang majazi ini, cintailah dirimu terlebih dahulu dengan mengkaji hakikat dirimu yang akan membawa dan menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang kepada sang Pencinta sebenar iaitu Penciptamu.

Mencintai ALllah dan Rasul-Nya melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila di berikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak lantas terburai hancur, tapi apabila hatimu di serahkan kepada Allah ia akan bertaut kembali …

“Cintakan manusia itu sesekali tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan kerana ia tidak kekal, cinta seringkali membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa zahir dan batin. Oleh kerana itu, tiada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian yang sebenar dan kenikmatan yang akan menghancurkan segala kenangan2 buruk melainkan hanya CINTA kepada PENCIPTA dan PENCINTA sejati dan abadi…

Sumber..http://warkahbersama.blogspot.com/2011/03/gadisku-sepi-mewangi.html....

Tuesday, March 1, 2011

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL USIM

Assalamualaikm...
Alhmdulillah..syukur.kerana dapat melayan blog ni setelah sekian lama ditingalkan....

Terkesan dengan pandangan saudari di http://cahayaimthiyaz.blogspot.com/  bertajuk  rela vs terpaksa...
Sungguh aku menginsafi diri apabila kusedari bahawa akulah antara salah seorang yang menyertai perarakan Maulidur Rasul tersebut..jujur aku katakan bahawa aku amat teruja sebenarnya apbl terpilih bersama2 dalm perbarisan tersebut kerana dapat melihat gelagat warga USIM dan memang semacam hari keluarga kerana melihat staff akademik dan staff bukan akademik bergabung beganding bahu untuk sama-sama menyertai perarakan tersebut.Moga selepas ini kita benar-benar menghayati tujuan perarakan itu dan bukan sekadar satu event tahunan malah lebih dari itu.
Antara gelagat warga USIM yg dapat diabdikan..















Aku insan kerdil....

Alhamdulillah...bersyukur kehaadrat Ilahi kerana dapat lagi aku bernafas dan berpeluang meningkatkan ilmu dan amal di bumi yang bertuah ini...semestinya aku bersyukur kerana dapat hidup dengan aman dan damai tatkala sahabat2 kita di negara lain di timur tengah khususnya menghadapi segala macam kesulitan untuk terus pemperjuangkan nasib mereka....dan juga aku bersyukur kerana dapat melalui dan menangani detik2 stress bergelar  student beberapa minggu yang lepas..alhamdulillah syukur nikmat...

Aku insan kerdil..dan semestinya aku tidak punya apa2 untuk dibanggakan...

Tiba2 mengenagkan keluargaku yang aku rindui...especially adikku yang seorng ni..seandainnya engkau tahu bahawa antara tanggungjwb seorang muslim ialah berdakwah..alangkah bagusnyee..wahai adikku....kerjalah kerana Allah..pasti engkau akan reda dan puas tanpa mengungkap sekelumit kesusahan yang engkau alami...jgn menyoal tentang takdir andai engkau betul2 tidak mengetahui apa itu qada' dan qadar Allah...moga engkau terus tabah meniti hari2 yang mendatang...dan semakin matang dalam membuat keputsan hidup...


Siapakah kita???
Siapakah kita? Siapakah kita untuk hidup bersendirian sedangkan Tuhan itu ada? Siapakah kita yang mencipta jalan sendiri sedangkan Jalan terbaik telah tersedia? Siapakah kita mahu mengeluh sedangkan nikmat tuhan sentiasa ada? Siapakah kita yang mahu lupa padaNya sedangkan dia tidak pernah lupa memberi denyutan pada nadi kita? Siapakah kita yang mah...u membangga diri dengan kemewahan sedangkan semuanya tu dariNya? Siapakah kita yang merungut tentang kekecewaan sedangkan saat kegembiraan sedikit pun tidak teringat akanNya? Siapakah kita mahu melanggar batas yang ditetapkan sedangkan Tuhan telah mencipta HukumNya dengan sempurna dan menjanjikan Redha pada yang mahu mengikutnya? Siapakah kita mahu menentukan nasib ditangan sendiri sedangkan pancaindera pun dari kurniaanNya? Siapakah kita mahu membeza-bezakan bangsa dan rupa walhal Allah memandang kita sama dan Iman yang menjadi beza? Siapakah kita mahu membenci makhluk lain sedangkan kita juga makhlukNya? Siapakah kita mahu melawan takdir sedangkan kita belum tahu apa yang berlaku dihadapan? Siapakah kita untuk diberi pujian sedangkan pujian kita untuknya pun masih belum mencukupi? Siapakah kita untuk merasa sempurna sedangkan diri masih berdoa meminta padaNya? Siapakah kita yang terus kedekut di dunia sedangkan Tuhan itu Maha Pemurah? Siapakah kita yang mahu hidup tanpaNya sedangkan dia tidak pernah lari dari mendengar rintihan dan doa dari Hambanya? Siapakah kita yang mahu berputus asa dari rahmatnya sedangkan kita terus diberi nafas agar segera bertaubat kepadaNya? Siapakah kita mahu menganiaya orang lain dengan kejam sedangkan setiap perbuatan kita dihakimiNya? Siapakah kita yang sentiasa mempertikaikan kewujudanNya sedangkan bukti-bukti kewujudan sudah terpampang di depan mata? Siapakah kita yang meninggalkan sujud kepadaNya sedangkan dosa tidak pernah lari dari hambaNya? Siapakah kita yang terus mempersoalkan nasib kehidupan sedangkan Tuhan dengan rela memberi sandaran yang tidak pernah rebah pada hambaNya yang berserah diri kepadanya? Siapakah kita mahu meletakkan harapan pada manusia sedangkan harapan dari Allah tidak pernah mengecewakan? Siapakah kita untuk terus menikmati kehidupan dunia sedangkan Allah menetapkan mati itu pasti dan akhirat akan menanti? Siapakah kita untuk berbahagia di dunia tanpa mengenang dosa sedangkan Tuhan tidak pernah lupa? Siapakah kita untuk terus berlagak biasa tanpa memikirkan dimana tahap iman kita? Bukankah kita cuma hambaNya..yang tercipta dari tanah cuma? Tuhan kurniakan agama untuk tidak mengecewakan manusia..namun manusia sentiasa mengecewakan agama.. Tuhan kurniakan akal untuk berfikir kekuasaanNya namun manusia sentiasa lupa.. Janji Allah pasti terlaksana! Hukum Allah tetap berlaku! Tatkala Allah berkata 'Kun fa ya kun" Maka bila jadi akan jadilah! Kenapa masih meraguiNya?Kita cuma hambaNya yang hina..sentiasa meminta...Tatkala diberi pula terus lupa,tatkala diberi bala untuk mengingatinya kembali ..kita menangis kecewa denganNya..Bukankah kita patut bersyukur kerana Allah itu rindukan doa dan rintihan kita..agar kita kembali pada jalanNya? Bila kita teguh pada jalanNya tatkala diberi ujian untuk menambahkan pahala kita mengeluh minta dijauhkan sengsara?Minta dicepatkan kedukaan hilang?Sedangkan Allah itu menyayangi kita dan memberi ujian untuk terus mendengar kalimah kesyukuran padaNya agar dapat pertolongan pahala diberi namun kita pula yang mengelak sedangkan belum tentu Syurga milik kita dengan pahala yang baru sedikit cuma? Kita cuma hambaNya.. Matinya bila-bila..Renung2kanlah...wallahualam...-iluvislam.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...